omniture

Kejohanan Dota 2 Antarabangsa 2019 bermula di China

Perfect World Co., Ltd.
2019-08-26 15:29 467

SHANGHAI, 26 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Kejohanan Dota 2 Antarabangsa 2019, juga dikenali sebagai TI9, bermula di Mercedes-Benz Arena di Shanghai, China pada 20 Ogos. Ini adalah kali pertama bandar raya Asia menganjurkan kejohanan tahunan ini sejak tahun 2011.

Majlis pembukaan Kejohanan Dota 2 Antarabangsa 2019
Majlis pembukaan Kejohanan Dota 2 Antarabangsa 2019

Pada majlis pembukaan, Gabe Newell, pengasas bersama pembangun permainan video Amerika dan pembangun permainan Valve, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan warga Shanghai kerana menganjurkan acara itu bagi pihak seluruh komuniti Dota 2, dengan berbicara dalam bahasa Cina : "Xie xie, Shanghai (Terima kasih, Shanghai)!"

Gabe Newell, pengasas bersama Valve, berucap kepada para pemain dan penonton di majlis pembukaan
Gabe Newell, pengasas bersama Valve, berucap kepada para pemain dan penonton di majlis pembukaan

Para penonton di lokasi menyaksikan persembahan tarian kipas Cina untuk muzik iringan yang merupakan gabungan sempurna orkestra simfoni dan muzik rakyat Cina, yang mewakili gabungan budaya Timur dan Barat. Selepas itu, dengan iringan bunyi gendang perang yang bersemangat, pasukan yang mengambil bahagian menaiki pentas. Sebagai juara bertahan atas kemenangan mereka tahun lepas, pasukan OG uncul di pentas sebagai pasukan terakhir, mempamerkan kebanggaan acara TI9: The Aegis Shield.

Tatkala majlis perasmian berakhir, permainan pembukaan acara utama bermula antara pasukan PSG.LGD dan VP. Enam belas pasukan dari seluruh dunia telah bersaing sengit untuk masuk ke stadium utama. Barisan akhir peserta akan memulakan perlumbaan akhir enam hari untuk mengejar piala kejohanan. Menjelang akhir majlis pembukaan, himpunan hadiah untuk diagihkan di TI9 telah melebihi US$ 33 juta, dengan 45.5 peratus diperuntukkan kepada pasukan kejohanan. Jumlah himpunan hadiah TI9 melebihi Piala Dunia, menjadi pertandingan e-sukan pertama di dunia dengan hadiah tunggal melebihi puluhan juta dolar.

Dasar-dasar e-sukan Shanghai yang menggalakkan membuka jalan bagi kejayaan TI9

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, satu siri dasar yang menggalakkan bertujuan untuk menarik sektor e-sukan dikeluarkan oleh kerajaan Shanghai kerana bandar ini berusaha untuk mengubah tempatnya menjadi ibu kota e-sukan global. Pada tahun lepas, di acara di Vancouver (Kanada), bekas naib Datuk Bandar Shanghai, Weng Tiehui mengumumkan bahawa acara TI9 akan berlangsung di bandar Cina pada tahun 2019.

Menjelang musim panas ini, dasar serantau yang menggalakkan, digabungkan dengan acara e-sukan teratas seperti TI9, telah menjadikan Shanghai bandar paling menarik di mata para peminat e-sukan di seluruh dunia.

Peminat-peminat e-sukan yang menyaksikan pertandingan itu berkata bahawa lokasi-lokasi yang hebat di mana TI9 berlaku menunjukkan sejauh mana China telah "memperolehi kelayakan" mereka dari segi mengadakan acara sukan e-sukan di dunia.

Filem promosi TI9 sangat berjaya mempamerkan karisma di bandar ini. Penciptaan suasana e-sukan di beberapa stesen metro termasuk stesen-stesen Muzium Seni China dan Century Avenue menunjukkan kuasa lunak budaya yang dicerminkan oleh gabungan sektor e-sukan, budaya Cina secara umum dan budaya bandar Shanghai.

Budaya e-sukan di stesyen metro Shanghai
Budaya e-sukan di stesyen metro Shanghai

Perfect World untuk membina jenama acara e-sukan

Sebagai pengedar rasmi Dota 2 di tanah besar China, Perfect World mengekalkan hubungan yang sangat baik dengan Valve, dengan matlamat untuk menyampaikan pengalaman pertandingan permainan dan e-sukan yang berkualiti tinggi kepada pemain. Keputusan Valve untuk mengadakan TI9 di Shanghai bukan sahaja merupakan keuntungan besar untuk pemain yang berpangkalan di China tetapi juga di seluruh Asia, keputusan itu juga merupakan penegasan penuh kejayaan pengurusan jangka panjang acara itu di samping keupayaan pelaksanaan Perfect World.

Sebelum ini, Perfect World telah mengumpulkan banyak pengalaman melalui penganjuran beberapa pertandingan e-sukan kelas dunia Valve. Ditubuhkan pada tahun 2015, Kejohanan Asia Dota 2 (DAC) telah berjaya dilaksanakan tiga kali, menjadi salah satu acara Dota 2 yang besar dan paling berpengaruh di luar siri TI. Perfect World juga mengadakan pertandingan profesional seperti Perfect World Masters dan SuperMajor, dan mengadakan dua pertandingan bertaraf dunia hanya dalam 2018 itu sendiri.

Dalam lapangan yang bukan profesional, Perfect World telah membangunkan College League (Liga Kolej) dan City Challenge (Cabaran Bandar) untuk menggalakkan pemain menyertai sistem ini, membina pemain baharu dan menguatkan kuasa sistem acara yang standard dan komprehensif.

Kejohanan Asia Dota 2 (DAC) 2015
Kejohanan Asia Dota 2 (DAC) 2015

Dengan pengaruh yang lebih tinggi daripada jangkaan, TI9 bukan sahaja merealisasikan impian e-sukan untuk profesional dan peminat, tetapi juga memberi dorongan tambahan kepada sektor e-sukan China. Sektor ini dijangka memperoleh keterlihatan yang lebih besar daripada produk, acara, broker pasukan dan segmen industri lain, manakala syarikat e-sukan yang terkemuka yang mana Perfect World ialah salah satu daripadanya, dijangka menjadi penerima manfaat yang utama dan terus mengekalkan kelebihan mereka dalam pertandingan akan datang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190821/2557834-1-a?lang=0
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20190821/2557834-1-b?lang=0
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20190821/2557834-1-c?lang=0
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20190821/2557834-1-d?lang=0

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications