omniture

Macinley Butson Dari Australia Menang Stockholm Junior Water Prize 2019

Stockholm International Water Institute (SIWI)
2019-08-29 11:19 97

STOCKHOLM, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Macinley Butson dari Australia telah diumumkan sebagai pemenang bagi Stockholm Junior Water Prize 2019 yang berprestij. Y.A.M. Puteri Mahkota Victoria dari Sweden menyampaikan hadiah dalam upacara penyampaian anugerah semasa Minggu Air Sedunia di Stockholm.

Macinley Butson from Australia wins Stockholm Junior Water Prize 2019
Macinley Butson from Australia wins Stockholm Junior Water Prize 2019

Projek oleh Macinley Butson menghasilkan pelekat ultralembayung yang baharu dan inovatif bagi mengukur tahap pendedahan UV yang besar untuk penyahjangkitan solar pada air. Pelekat SODIS mengukur kadar pendedahan UV solar yang diperlukan untuk membersihkan air minuman melalui dua produk inovatif yang dibangunkan bersama.

Tatkala Macinley yang gembira menerima hadiah beliau pada petang Selasa lalu, beliau mengulas: "Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya kerana saya tidak dapat memahami apa yang baru sahaja berlaku. Individu-individu hebat telah banyak menginspirasikan saya tahun ini dan saya tidak pernah menjangkakan hasil ini. Setiap individu di sini melakukan begitu banyak perkara hebat, saya berasa yakin bahawa masa depan dapat diurus dengan baik dan saya tidak akan melupakan hubungan yang terjalin di Stockholm ini."

Dalam petikan mereka, pihak Juri menyatakan bahawa: "Projek yang berjaya tahun ini menangani aspek kesihatan awam melalui tenaga boleh diperbaharui dan air. Projek ini merangkumkan ciri kesederhanaan dan kemampuan yang tidak menyisihkan sesiapa jua. Air untuk masyarakat: melibatkan semua! Hasil ciptaan ini adalah praktikal, tersedia dan boleh digunakan di seluruh dunia. Projek ini memperlihatkan pengalaman dan kepakaran oleh saintis muda yang berdedikasi dan juga kreatif."

Torgny Holmgren, Pengarah Eksekutif SIWI, berasa amat kagum: "Projek yang menginspirasikan ini mempunyai potensi besar untuk komuniti tempatan dan global. Harapan saya adalah agar projek ini dapat bertindak sebagai pemangkin untuk mengilhamkan golongan muda mahupun tua yang lain untuk menginovasi cara-cara baharu dan mampan untuk mengakses air yang bersih dan boleh diminum."

Diploma Kecemerlangan dianugerahkan kepada Diana Virgovicova, United Kingdom atas penemuan beliau untuk Pemangkin Foto Baharu bagi Menyelesaikan Masalah Pencemaran Air. Dalam petikan mereka, pihak Juri menyatakan bahawa Diana Virgovicova telah, "menyelesaikan cabaran yang terjadi begitu lama dengan membuka jendela baharu dalam menggunakan sains asas, digabungkan dengan teknik-teknik paling terkini dalam kimia untuk merumuskan molekul baharu dengan potensi yang tinggi bagi menjanjikan rawatan air pada masa depan."

Stockholm Junior Water Prize menghimpunkan pelajar-pelajar dari 35 negara. Semasa Minggu Air Sedunia, acara air tahunan yang terkemuka di dunia, pemenang-pemenang kebangsaan berkumpul di Stockholm untuk merebut gelaran antarabangsa. Hadiah tersebut ditaja oleh Xylem, Raincoat Foundation dan Stockholm Vatten & Avfall.

Foto: Jonas Borg

Maklumat lanjut:

Stockholm Junior Water Prize 

Video 

Foto 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/966513/SIWI_Prize_2019.jpg

 

 

Hubungi 
Hawra Daoud
press@siwi.org
+46(0)720 506008

Source: Stockholm International Water Institute (SIWI)
Keywords: Computer/Electronics Education Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Awards Conservation/Recycling Environmental Issues STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)