omniture

Zoomlion bakal Tonjolkan Peralatan Pembinaan Pintar di BICES 2019

Zoomlion
2019-08-30 02:09 408

BEIJING, 30 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) akan mengadakan pameran di Pameran & Seminar Jentera Pembinaan, Mesin Bahan Binaan dan Mesin Perlombongan Antarabangsa Beijing China (BICES 2019) kali ke-15 mulai 4 hingga 7 September di Beijing, China, menonjolkan 32 produk pintar daripada enam kategori yang mempamerkan kekuatan dan pencapaian inovatif jenama ini.

Zoomlion bakal Tonjolkan Peralatan Pembinaan Pintar di BICES 2019
Zoomlion bakal Tonjolkan Peralatan Pembinaan Pintar di BICES 2019

Rangkaian komprehensif produk Zoomlion di BICES 2019 akan merangkumkan peralatan mengangkut tanah generasi baharu, platform kerja udara yang utama dalam industri, jentera konkrit yang memenuhi piawaian emisi negara tahap keenam China selain jentera pengangkat kejuruteraan.

"BICES 2019 akan menjadi pentas untuk Zoomlion mempamerkan inovasi teknologi kami dalam 'Pembuatan Pintar' (IM). Sebagai peneraju dalam industri, ia menjadi matlamat kami untuk mencapai pembangunan mesra alam, pintar dan mampan serta menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan," ujar Guo Xuehong, naib presiden Zoomlion.

Sebagai sektor penting untuk strategi pembangunan Zoomlion, jentera mengangkut tanah akan ditonjolkan khususnya dalam pameran perdagangan tersebut. Jenama ini akan memperkenalkan pengorek siri E-10 generasi baharu yang dibangunkan oleh institut penyelidikan Zoomlion dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) miliknya di Amerika Utara, yang akan mempunyai kelebihan yang tinggi dalam konfigurasi, kecekapan dan kecerdasan, rendah dalam penggunaan bahan api, kadar kerosakan dan kos penyelenggaraan.

Tatkala China melaksanakan piawaian emisi tahap keenamnya, Zoomlion menjadi peneraju untuk melancarkan jentera konkrit baharu yang memenuhi trend pasaran termasuk trak pam konkrit, trak pengadun, pam konkrit yang dipasang pada lori dan kren trak.

Zoomlion akan turut mempamerkan sepuluh platform kerja udara termasuk lif gunting, lif bum artikulat dan teleskopik. Lima lif gunting direka dengan sumber kuasa bateri litium yang asli dan mesra alam daripada Zoomlion. Lif siri penuh dibawa pada platform kawalan jauh pintar dan pengurusan sewa yang disesuaikan oleh Zoomlion ZValley.

Lif bum artikulat ZA14JE dengan lengan melengkung elektrik 14-meter ialah produk baharu yang akan dilancarkan di BICES yang mempunyai kapasiti beban yang unggul dan ciri-ciri pintar yang utama antara produk-produk serupa dalam industri ini.

Selain itu, rig penggerudian berputar ZR160C-3 yang berkuasa, mantap dan andal serta lima kenderaan perindustrian mesra alam akan ditampilkan dalam pameran Zoomlion.

Zoomlion akan berada di reruai S101.

Latar Belakang Zoomlion
Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual hampir 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi 10 kategori utama. Zoomlion ialah syarikat jentera pembinaan pertama China yang disenaraikan dalam kedua-dua bursa saham Shenzhen dan Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://en.zoomlion.com/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190828/2563690-1?lang=0

Source: Zoomlion
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news