omniture

Hotel Management Japan Umum Hotel Berjenama Baharu, Oriental Suites Airport Osaka Rinku, bakal Dibuka pada Disember 2019

Hotel Management Japan Co., Ltd
2019-08-30 06:51 451

- Dihubungkan terus ke Rinku Gate Tower Building dan terletak sejauh 5 minit dengan kereta api dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai | Menerima tempahan mulai 19 Julai (Jumaat) –

OSAKA, 30 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hotel Management Japan Co., Ltd. (ibu pejabat: Shibuya-ku, Tokyo; pengarah perwakilan: Shunzo Azuma; selanjutnya dirujuk sebagai "HMJ"), sebuah syarikat pengurusan hotel, mengumumkan bahawa ia akan membuka sebuah hotel berjenama yang baharu, Oriental Suites Airport Osaka Rinku (258 bilik), pada Disember 2019, dengan penerimaan tempahan bermula pada 19 Julai 2019.

Hotel Oriental Suites Airport Osaka Rinku akan ditempatkan di Rinku Gate Tower Building di tingkat 1, 2, 15, 16, 19-24 dan 26. Lokasi ini memberi akses mudah dengan kereta api (lima minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai) dan boleh diakses melalui laluan Kereta Api Elektrik JR/Nankai.

Hotel ini mempunyai akses terus ke Stesen Bandar-Rinku, yang menempatkan pusat membeli belah Rinku Premium Outlets (dengan kira-kira 210 kedai, menampilkan jenama-jenama tempatan dan luar negara) serta terletak berdekatan dengan kawasan-kawasan terkenal seperti Rinku Park dan Marble Beach.

Konsep hotel ini ialah "Istirahat diadunkan dengan hospitaliti Jepun." Konsep ini dirangkumkan dalam bilik yang luas dan elemen serta keindahan reka bentuk gaya Jepun, kesemuanya bertujuan untuk memberikan keseronokan perjalanan dengan citarasa Jepun sebagai sebuah hotel yang memberi penekanan kepada penginapan libur.

Pemandangan Rinku Gate Tower Building, dengan bilik hotel menempati sembilan tingkat: tingkat 15, 16, 19-24 dan 26.
Pemandangan Rinku Gate Tower Building, dengan bilik hotel menempati sembilan tingkat: tingkat 15, 16, 19-24 dan 26.

Ciri-ciri hotel

  • Hotel ini berada di lokasi yang strategik kira-kira lima minit dengan kereta api dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, dengan akses segera ke laluan JR dan Kereta Api Elektrik Nankai (kedua-dua melalui Stesen Bandar-Rinku), dengan taman, pantai, membeli belah, tarikan pelancong dan sebagainya, terletak berhampiran.
  • Kira-kira 60% bilik mempunyai bilik tidur dan ruang tamu berasingan serta ruang tumpu seluas lebih 30 m2. Hotel ini menampilkan penggunaan skema warna Jepun tradisional untuk ruang dalaman yang kontemporari dan bergaya, memberikan reka bentuk yang lembut dan tenang selaras dengan hospitaliti Jepun dan sentuhan keindahan tradisional.
  • Bilik tamu hotel terletak di tingkat 15, 16, 19-24 dan 26, seraya membolehkan semua tetamu menikmati pemandangan siang dan malam berpanorama dari kedudukan tinggi.

Ciri-ciri kemudahan 

1. Lobi hotel

Lobi depan direka dengan motif yang menumpu pada kerja kekisi gaya kuniko tradisional, memberikan reka bentuk yang lembut dan tenang selaras dengan hospitaliti Jepun.

Lobi hotel & bilik Superior Twin Bay (kawasan lantai 31.8 m2; skema warna: "Cerah")
Lobi hotel & bilik Superior Twin Bay (kawasan lantai 31.8 m2; skema warna: "Cerah")

2. Bilik yang selesa dan santai

Daripada sejumlah 258 bilik hotel ini, kira-kira 200 bilik bersaiz 30 m2 atau lebih besar, memberikan suasana yang luas. Daripada 200 bilik ini, 158 bilik mempunyai bilik tidur dan ruang tamu berasingan, memberikan suasana "di rumah" dengan saiz katil lebih luas daripada 1,200 mm. 

Bilik hotel mempunyai dua jenis skema reka bentuk dalaman: "Anggun" atau "Bergaya" menggunakan warna dan rona yang menerima tetamu dengan mesra dan melambangkan keharmonian Jepun.

Bilik Oriental Suite (ruang tamu dan bilik tidur)
Bilik Oriental Suite (ruang tamu dan bilik tidur)

3. Oriental Suites (75 m2): 7 bilik

Daripada sejumlah 258 bilik hotel, 7 bilik menampilkan rasa "kediaman" dan sesuai untuk penginapan dalam jangka sederhana dan panjang, dengan ciri-ciri dan pengaturan yang begitu menyerupai pangsapuri berperabot, terdiri daripada ruang tamu, dapur, ruang makan dan bilik tidur.

4. Tarikan utama: Pemandangan penuh Osaka Bay 

Kesemua bilik hotel terletak di tingkat tinggi, seraya membolehkan untuk melihat pemandangan yang indah, pada waktu siang dan malam. Di sebelah selatan, tetamu dapat menatap pemandangan malam yang berkerlipan dengan tarikan yang terang seperti roda Ferris "Rinku no Hoshi", manakala di sebelah barat, tetamu dapat melihat Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, membolehkan mereka untuk menikmati pemandangan ketibaan dan pelepasan pesawat yang berlaku sepanjang masa, sepanjang hari.

5. Sarapan: Terdiri daripada hidangan asli yang menyediakan pelbagai cara untuk menikmati "sarapan dengan sup"

Sarapan pagi menyajikan tiga jenis hidangan sup yang berubah mengikut musim dan disediakan dengan gaya Jepun, Barat dan Asia. Sebagai contoh, pengunjung dapat menikmati risoto dengan hiasan berbeza, sebagai hidangan sarapan segera yang dapat menghangatkan anda setelah anda terjaga.

Express Cafe dan Sarapan tiga sup / Kabuki Picture
Express Cafe dan Sarapan tiga sup / Kabuki Picture

6. Express Cafe (Tingkat 2)

Express Café menawarkan seleksi kopi, serta menu yang menyajikan snek dan minuman untuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang. Selain itu, di sudut kafe, tetamu hotel mengambil kopi, teh dan teh berperisa, semuanya percuma.

7. Menyampaikan keindahan Jepun melalui seni visual Jepun, untuk hospitaliti Jepun dan pengalaman "estetika keindahan"

Lobi tingkat 1 hotel ini dan dewan lif tingkat 1 dan 2 menampilkan paparan karya seni oleh Yoshio Okada, yang terkenal sebagai artis cetakan blok kayu ukiyo-e kontemporari serta pelukis gaya sendiri yang telah mencipta pelbagai karya di Jepun. Khususnya, tiga karya yang dipaparkan telah dicipta khas untuk hotel ini, iaitu: "Kabuki Picture," "Genji Monogatari," dan "Kaguyahime." Diharapkan agar melalui karya seni ini, pengunjung dapat mengagumi "estetika keindahan" unik Jepun (dikenali dalam bahasa Jepun sebagai shinobu no bigaku), yang bertujuan untuk menawan imaginasi, mengimbau detik-detik manis, membangkitkan kenangan nostalgia yang berharga serta mewujudkan kepuasan dan kekaguman yang lunak--semua kualiti yang telah dipupuk dalam lukisan Jepun sejak zaman purba. 

Latar Belakang Yoshio Okada

Dilahirkan di Wilayah Hyogo. Pemenang Anugerah Budaya Penerbitan Kodansha Tahunan ke-4. Hasil kerja lain termasuk Ezoushi-Genji-Monogatari, Genji-Tamayura, Ezoushi-Mikatuki-Monogatari dan OKADA-Onna-Ezoushi.

Profil: Oriental Suites Airport Osaka Rinku 

Alamat: 1 Rinkuoraikita, Bandar Raya Izumisano, Wilayah Osaka 598-8511 
Laman Sesawang: www.oriental-s-airport.com/en/
Mula Beroperasi: Disember 2019
Skala Kemudahan: Terletak di Rinku Gate Tower Building, lobi (tingkat 1), kafe dan bar (tingkat 2), bilik (tingkat 15, 16, 19‒24 dan 26)

Bil. bilik tamu: 258 bilik (berkongsi: 58; berkembar: 193; suit: 7)
Kemudahan: Express Cafe (sarapan 06:30-10:00, kafe 10:00-17:00, bar 17:00-22:00)
Akses:
 Akses segera dari Stesen Bandar-Rinku melalui Kereta Api Elektrik JR/Nankai dan lima minit dengan kereta api dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

Syarikat operasi: HMJ International Co., Ltd. 

Hotel Oriental Suites Airport Osaka Rinku dikendalikan oleh HMJ International Co., Ltd. (ibu pejabat: Shibuya-ku, Tokyo; wakil pengarah: Allan Takahashi), sebagai sebuah syarikat operasi, manakala Hotel Management Japan, Co., Inc. (HMJ) bertanggungjawab untuk pengurusan hotel.

Profil syarikat: Hotel Management Japan Co., Ltd. 

Hotel Management Japan Co., Ltd. (HMJ) ialah sebuah syarikat pengurusan hotel yang mengendalikan 19 hotel di Jepun dengan sejumlah 5,785 bilik. HMJ beroperasi secara meluas dalam bidang pengurusan hotel, seperti untuk hotel-hotel rakan kongsi Tokyo Disney Resort®, dan untuk jenama-jenama domestik dan asing seperti "Oriental," "Hilton," "Marriott," dan "Holiday Inn" seluruh negara di Jepun

* Bilangan hotel kumpulan: 19 (jumlah bilik untuk semua hotel kumpulan: 5,785; jumlah kakitangan untuk semua hotel kumpulan: Kira-kira 2,400 orang

http://www.hmjkk.co.jp/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2562563-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2562563-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2562563-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2562563-1-d?lang=0

Source: Hotel Management Japan Co., Ltd
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services