QINGDAO, China, 31 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju TV laser Cina, tidak lama lagi akan melancarkan TV laser skrin sonik di IFA, Berlin pada 6 September 2019. Ini merupakan satu lagi kejayaan teknologi Hisense dalam bidang paparan laser selepas TV Laser Trichroma™.
TV laser skrin sonik Hisense membawa bunyi (40-18kHz) terus daripada skrin dan dengan diafragma Pembesar Suara Mod-Teragih bergetar dalam corak yang kompleks melalui seluruh permukaannya, ia menjamin tahap output yang konsisten dan respons masa tak herot dalam kesemua arah. Kelebihan terbesar pada TV laser skrin sonik Hisense ialah sensasi penyegerakan digabungkan dengan bunyi dan imej. Kesan bunyi turut memberi prestasi yang lebih baik berbanding pembesar suara TV terbina dalam biasa. TV laser skrin sonik Hisense dirancang untuk dikeluarkan secara besar-besaran pada lewat tahun ini.
Hisense mula terlibat aktif dalam bidang paparan laser pada tahun 2007 dan melancarkan TV laser ultra rendah pertama di seluruh dunia secara rasmi pada tahun 2014. Sejak lima tahun lalu, Hisense terus mengukuhkan inovasi teknikal pada TV laser dan menyiapkan beberapa lelaran teknikal. Pada masa kini, Hisense mempunyai lebih 600 paten antarabangsa yang berkaitan dengan paparan laser. Mengikut statistik, jumlah jualan TV laser 80 inci atau lebih menyumbang sebanyak 56% daripada pasaran Cina mulai Januari hingga Jun 2019. TV laser semakin menjadi arus utama bagi TV skrin besar.