omniture

Country Garden Alu-alukan Menteri Kewangan Malaysia sebagai Tanda Kerjasama China-Malaysia Semakin Berkembang

Forest City Malaysia
2019-08-31 23:34 526

- Semasa lawatan beliau ke ibu pejabat Country Garden di China, Menteri Lim Guan Eng mencadangkan Johor Bahru, di mana letaknya Forest City Malaysia, kepada syarikat sebagai pangkalan terdepan untuk memperkenalkan teknologi tinggi yang lebih sofistikated kepada Malaysia.

FOSHAN, China, 31 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Country Garden Holdings (HK 02007) ("Country Garden"), syarikat induk bagi pemaju dan pengendali Forest City Malaysia CGPV, baru-baru ini mengalu-alukan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng ke ibu pejabatnya di Guangdong, China untuk berbincang tentang peluang pembangunan dengan faedah kepada kedua-dua pihak dalam jalinan kerjasama China-Malaysia yang semakin berkembang.  

Semasa kunjungan pada 18 Ogos, kagum dengan penggunaan teknologi yang inovatif oleh Country Garden dalam mengubah tanah yang tidak diusahakan menjadi hab komersial yang menggalakkan, Lim mencadangkan agar syarikat mempertimbangkan Johor Bahru, lokasi letaknya Forest City Malaysia sebagai pangkalan terdepan untuk memperkenalkan teknologi tinggi yang lebih sofistikated kepada Malaysia.

Lawatan Lim dibuat semasa terlaksananya inisiatif kerjasama perdagangan dan infrastruktur yang semakin berkembang antara China dan Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif Jalur dan Jalan China, yang banyak memberi manfaat kepada pembangunan Forest City.

Awal tahun ini iaitu pada bulan April, syarikat perkhidmatan maritim Malaysia KA Petra dan pengendali pelabuhan berpangkalan di Hong Kong Hutchison Ports menandatangani satu perjanjian untuk melabur lebih daripada US $150 juta dalam projek di perairan pelabuhan Johor Bahru, diiktiraf sebagai kemudahan pemindahan kapal-ke-kapal (STS) "terbesar di dunia". Projek ini dijangka menyumbang sebanyak lebih RM 18 bilion setiap tahun kepada ekonomi Malaysia dan memacu pengaglomeratan dan pembangunan pergudangan, pengangkutan, perdagangan, kewangan dan industri-industri berkaitan lain di kawasan kejiranan.

Dalam bulan yang sama, China dan Malaysia juga telah memperbaharui komitmen untuk membina projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang akan menghubungkan kedua-dua negara ini melalui rel berkelajuan tinggi. Selain itu, agensi-agensi kerajaan serta syarikat-syarikat gergasi teknologi Cina dan Malaysia telah memeterai perkongsian bagi meningkatkan kolaborasi dalam bidang robotik, automobil, pembuatan pintar dan Internet Pelbagai Benda. Bagi menjadikan hubungan dagangan yang positif antara kedua-dua negara berkembang, Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, menyebutkan dalam salah satu ucapan awam beliau bahawa kerajaan Malaysia, "akan memastikan ia akan menjadi mudah untuk Cina menjalankan perniagaan di sini."

Di samping projek-projek infrastruktur dan perdagangan yang semakin berkembang antara China dan Malaysia, Forest City akan turut mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan kerajaan Malaysia di wilayah Johor Bahru. Kerajaan Malaysia merancang untuk menggandakan saiz Iskandar SEZ, apabila Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengakui kepentingannya sebagai hab ekonomi Malaysia seterusnya. Iskandar Development Authority of Malaysia (IRDA) turut mencadangkan pembinaan jaringan Transit Aliran Bas (BRT), menghubungkan bandar-bandar utama di wilayah ini dengan cekap.

"Forest City terletak di kawasan yang mempunyai kelebihan lokasi yang luar biasa dan potensi ekonomi yang amat besar." Zhou Jun, Pengurus Besar Pengurusan Jenama Forest City Malaysia menyatakan bahawa, taman perindustrian pembuatan pintar akan dibina untuk menarik perusahaan berteknologi tinggi, bertujuan untuk membina sebuah bandar lestari dengan pangkalan ibu pejabat korporat dan komuniti yang boleh didiami.

Latar Belakang Forest City 

Forest City bersama-sama dibangunkan oleh Country Garden dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd (EDSB) yang disokong oleh kerajaan negeri Johor. Ia terletak secara strategik di Wilayah Pembangunan Iskandar, Malaysia yang pantas berkembang, menyuntik satu lagi sumber pertumbuhan di ASEAN. Ia terletak bersebelahan dengan Laluan kedua Tuas, mencakupi kawasan berkeluasan kira-kira 30 kilometer persegi, termasuk empat pulau buatan manusia, pusat peranginan golf dan taman perindustrian IBS. Forest City diberi kedudukan sebagai bandar perindustrian pintar dan hijau yang merancang untuk membangunkan lapan industri utama, termasuk industri Pelancongan & MICE, Penjagaan Kesihatan, Pendidikan & Latihan, Ibu Pejabat Serantau, Kewangan Berhampiran Pantai, E-Dagang, Teknologi Baru Muncul serta Hijau & Pintar, menggabungkan konsep reka bentuk penyepaduan persekitaran, teknologi dan industri bagi mewujudkan tempat tinggal dan ruang kerja yang ideal serta didorong teknologi, membina model utama untuk bandar raya masa depan.

Untuk menyemak tahap kemajuan tapak Forest City, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Forest City, sila kunjungi:

Laman Sesawang: http://www.forestcitycgpv.com
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/forest-city-country-garden-pacificview
Facebook: https://www.facebook.com/ForestCityCGPV

Source: Forest City Malaysia
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate