omniture

Crown Group Menawarkan Pelaburan Yang Pintar Berdekatan Beberapa Universiti Bertaraf Tertinggi Dunia Untuk Pembeli Luar Negara

Crown Group
2019-09-02 09:00 226

SYDNEY, 2 September 2019 /PRNewswire/ -- 16 Julai 2019 Pemaju dari Australia yang terkemuka, Crown Group sedang membangunkan enam projek apartmen perumahan baharu berdekatan enam daripada 200 universIti teratas dunia, menurut QS World University Rankings 2020. Pelabur bijak mengambil peluang ini membeli harta tanah pelaburan yang terbaik berdekatan dengan universiti bereputasi baik - jenis-jenis kediaman yang ditawarkan adalah terhad, kata Crown Group.

Eastlakes Live by Crown Group
Eastlakes Live by Crown Group

"Australia, sebagai salah sebuah bandar raya terbaik dunia, menawarkan satu tawaran yang unik untuk pelajar luar negara terutamanya untuk pelajar dari Asia. Australia ialah sebuah negara barat paling hampir dengan Asia yang berada dalam zon waktu yang sama, dengan cuaca dan kualiti hidup yang lebih baik," ujar Prisca Edwards, Pengarah Jualan Crown Group.

"Bagi para pelajar luar negara yang belajar di Australia, mereka mahu tinggal berdekatan dengan universiti pengajian mereka, sebagaimana sesebuah keluarga mahu tinggal berdekatan sekolah anak-anak mereka. Atas sebab ini, harta tanah yang berdekatan universti terkemuka dunia merupakan pembelian yang paling selamat dan amat menguntungkan serta boleh dilakukan oleh pelabur yang bijak - dan inilah yang menyebabkan apartmen Crown Group menjadi tarikan kepada pembeli luar negara."

Menurut QS World University Rankings 2020 yang diterbitkan pada 19 Jun 2019, pretasi universiti-universiti di Australia adalah baik dan pretasi keseluruhannya meningkat dalam penarafan global, apabila sembilan buah universiti di Australia berada dalam senarai 200 teratas.

Crown Group menyedari peluang ini dan itulah sebabnya kebanyakan pembanguan dimajukan di sekitar kawasan universiti. Pemaju sedang melaksanakan enam pembangunan perumahan berdekatan dengan enam universiti paling popular di dunia, termasuk University of Melbourne (38), University of Sydney (42), University of NSW (43), University of Queensland (47), Monash University (58) dan University of Technology Sydney (140).

Empat pembangunan Crown Group sedang dimajukan dalam lingkungan 5km dari pusat bandar Sydney, yang juga merupakan lokasi tiga buah universiti bertaraf tertinggi dunia. Infinity by Crown Group di Green Square dan Waterfall by Crown Group di Waterloo hampir siap dan sedia untuk menerima penduduk. Kedua-duanya menawarkan studio baharu yang bergaya, apartmen satu, dua dan tiga bilik tidur, untuk dijual atau disewa.

Mastery by Crown Group di Waterloo dan Eastlakes Live by Crown Group di Eastlakes juga menawarkan apartmen gaya hidup mewah untuk jualan, hanya beberapa kilometer dari bandar raya, lapangan terbang antarabangsa dan universiti yang terbaik.

Selain itu, pembangunan perumahan pertama Crown Group di Southbank Melbourne terletak berhampiran University of Melbourne dan Monash University; sementara pembangunan pertamanya di West End, Brisbane, hanyalah beberapa minit pemanduan dari University of Queensland.

"Terdapat pelbagai kelebihan melabur dalam harta tanah yang berdekatan universiti berkelas dunia - permintaan, pulangan sewa dan perolehan modalnya lebih tinggi, kadar kekosongannya rendah dan infrastruktur serta sokongan daripada kerajaan adalah lebih baik," tambah Puan Edwards.

"Kesan sampingan daripada keadaan sekeliling merupakan satu kelebihan. Kualiti penyedia pendidikan membawa kesan yang baik pada kualiti sekeliling. Universiti yang bagus menarik minat golongan penduduk daripada kelas lebih tinggi lantas meningkatkan jumlah pelaburan pihak swasta dan kerajaan dalam prasarana setempat - yang akhirnya menambah lebih nilai kepada harta tanah di kawasan tersebut."

"Harga apartmen berdekatan universiti-universiti terbaik dunia akan meningkat oleh permintaan yang belum pernah berlaku - pelabur bijak sentiasa tahu benda dan lokasi untuk membeli."

Untuk maklumat lanjut tentang harta tanah Crown Group untuk dijual, sila layari www.crowngroup.com.au.

Untuk maklumat lanjut tentang harta tanah Crown Group untuk disewa, layari www.crowngroup.com.au/crown-property-agency.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190826/2561222-1?lang=0

Source: Crown Group
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate