omniture

Polpharma Biologics Umum Urus Niaga Pengkomersialan Global untuk Biosimilar Natalizumab, Perubatan Sklerosis Berbilang Utama

Polpharma Biologics S.A
2019-09-03 13:15 128

GDAŃSK, Poland, 3 September 2019 /PRNewswire/ -- Polpharma Biologics S.A. ("Polpharma Biologics") hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasuki perjanjian pengkomersialan global dengan Sandoz AG untuk biosimilar natalizumab. Ubat ini sedang dalam pembangunan klinikal Tahap III untuk merawat relapsing-remitting multiple sclerosis (RRMS). Di bawah perjanjian ini, Polpharma Biologics akan bertanggungjawab untuk pembangunan, pembuatan dan pembekalan bagi biosimilar kolaborasi ini.

Polpharma Biologics ialah syarikat biofarmaseutikal Eropah yang menumpukan kepada pembangunan dan pembuatan biosimilar dan ubat biologik baharu. Syarikat ini, dengan syarikat-syarikat bersekutu lain dalam Polpharma Biologics Group, menawarkan perkhidmatan biologik bersepadu bermula dengan pembangunan selular hinggalah kepada bekalan produk komersial.

"Perjanjian komersial penting ini menandakan satu peristiwa penting dalam komitmen berterusan Polpharma Biologics untuk menghasilkan biofarmaseutikal yang lebih mampu milik dan berkualiti untuk pesakit di seluruh dunia," kata Jerzy Starak, Pengerusi Polpharma Biologics. "Kami gembira untuk menggabungkan kepakaran dengan rakan kongsi kami Sandoz AG untuk memperluaskan akses pesakit kepada pilihan rawatan penting ini untuk RRMS. Natalizumab adalah yang pertama daripada beberapa pembangunan peringkat akhir yang kami jangka akan diumumkan dalam masa terdekat."

Sekitar 85% orang yang mempunyai sklerosis berbilang (MS) didiagnosis dengan RRMS1. Selain beban peribadi MS untuk pesakit dan keluarga, kemampuan untuk memperoleh ialah satu cabaran penting untuk ubat-ubatan MS di seluruh dunia. Laporan baru-baru ini menekankan bahawa kemampuan untuk memperoleh dinyatakan sebagai cabaran yang paling biasa untuk mengakses terapi MS di 46% daripada 90 negara yang terlibat1. Di tempat lain, ia telah diketengahkan bahawa penyediaan akses kepada terapi yang mengubah suai penyakit (DMT) untuk MS memberikan cabaran yang besar kepada sistem penjagaan kesihatan2.

Natalizumab, yang merupakan satu DMT, menawarkan pesakit pilihan terapeutik yang berharga untuk merawat RRMS. Rakan kerjasama Polpharma Biologics akan mengkomersialkan dan mengedarkan ubat ini setelah mendapat kelulusan di semua pasaran melalui satu lesen global eksklusif. Terma-terma khusus perjanjian ini adalah sulit.

Latar Belakang Polpharma Biologics

Polpharma Biologics ialah syarikat biofarmaseutikal Eropah yang menumpukan kepada pembangunan dan pembuatan biosimilar dan ubat biologi baharu. Polpharma Biologics Group beroperasi di seluruh pusat kecemerlangan di Poland, Belanda dan Switzerland yang menyediakan penyelesaian bersepadu di sepanjang rantaian nilai biofarmaseutikal. Polpharma Biologics Group menawarkan pembangunan barisan sel, pembangunan produk dan proses, pembuatan klinikal dan skala komersial untuk menyokong rancangan proprietari dan portfolio produknya, pembangunan kontrak berkualiti tinggi dan perkhidmatan pembuatan kepada rakan industri di seluruh dunia.

Polpharma Biologics: www.polpharmabiologics.com

Rujukan

  1. Multiple Sclerosis International Federation. The atlas of MS international report. Tersedia daripada: http://www.msif.org/wp-content/uploads/2014/09/Atlas-of-MS.pdf [Terakhir diakses: Julai 2019].
  2. D'Amico E, et al. Pharmacoeconomics of synthetic therapies for multiple sclerosis. Expert Opin Pharmacother 2019:1–10.

Hubungan media 

Edward Oliver
Ruder Finn UK
+44 (0) 20 7438 3095
+44 (0) 789 409 5426
eoliver@ruderfinn.co.uk

 

Source: Polpharma Biologics S.A
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services