omniture

Pelancar skala-sederhana pertama Cina dengan perejang LOX/LCH4 ZQ-2 minta muatan seluruh dunia

Land Space Technology Corporation Ltd
2019-09-04 02:20 455

BEIJING, 4 September 2019 /PRNewswire/ -- Pada 28 Ogos, pembangun pelancar komersial dan penyedia perkhidmatan pelancaran terkemuka Cina LandSpace Technology Corporation Ltd. (LandSpace) mengumumkan semasa MAKS-2019 bahawa syarikat sedang mencari dan menerima muatan daripada seluruh dunia untuk pelancaran sulung pelancar ZhuQue-2 (ZQ-2) proprietarinya yang dikuasakan oleh enjin roket perejang cecair (LRE) LOX/LCH4.

Reruai Land Space di MAKS-2019
Reruai Land Space di MAKS-2019

Presiden LandSpace Zhang Long berkata, "Sebagai pelancar berskala sederhana pertama China dengan perejang LOX/LCH4, ZQ-2 diiktiraf secara meluas sebagai penyelesaian boleh diguna semula yang mesra alam dan berpatutan, direka bagi menyediakan perkhidmatan pelancaran dan penempatan orbit untuk satelit bersaiz kecil dan sederhana." LCH4 membantu meningkatkan kebolehgunaan semula enjin yang tersedia secara meluas dan berkos rendah selain membantu mencegah deposit karbon apabila bahan api terbakar di dalam enjin.

Pelancar ZQ-2 49.5-meter-panjang berukuran 3.35 meter lebar menghasilkan 268 tan tujahan angkat dengan jisim 216 tan. ZQ-2 direka untuk memberi muatan 2-tan (peringkat atas menyokong muatan 4-tan) ke orbit segerak-matahari (SSO) pada ketinggian orbit 500 kilometer dengan tujuan untuk memenuhi keperluan pelancaran satelit-satelit komersial paling kecil dan sederhana dalam pasaran. ZQ-2 menawarkan beberapa antara muka LV-S/C standard, termasuk sistem pengasingan jalur-apit saiz standard, sistem pengasingan kejutan-rendah dan pembahagi satelit kiub (POD), selain penempatan orbit eksklusif bagi muatan besar, perkongsian satelit kecil dan penempatan orbit agregat bagi satelit kiub, antara pilihan pelancaran lain. Selain itu, ZQ-2 menawarkan penyambung LV-S/C rekaan khas untuk menangani jenis misi pelancaran yang berbeza.

En. Zhang menyatakan bahawa pelancar ZQ-2 direka sebagai penyelesaian berkos rendah dan sejagat. Syarikat merancang untuk meningkatkan kebolehgunaan semula dan melanjutkan kapasiti muatan pada masa depan. Siri pelancar cecair ZQ-2, yang direka berdasarkan konsep reka bentuk "satu kombinasi perejang, satu diameter sejagat untuk badan pelancar dan dua tahap tujahan enjin", memberikan kapasiti pelancaran bermula daripada tan kepada puluhan tan dalam kombinasi berbeza dengan matlamat untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai penyelesaian perejang-cecair yang dapat menempatkan satelit pada orbit yang rendah, sederhana dan tinggi.

Kombinasi perejang LOX/LCH4 diiktiraf secara meluas oleh syarikat-syarikat pelancar komersial global sebagai pilihan perejang untuk pelancar berkos rendah generasi seterusnya. Syarikat-syarikat aeroangkasa komersial berpangkalan di AS Space X dan Blue Origin berjaya membangunkan enjin LOX/LCH4 dan memilih LOX/LCH4 sebagai perejang untuk roket generasi seterusnya. ZQ-2 ialah pelancar berkos rendah pertama China dengan kombinasi perejang cecair LOX/LCH4. Pada era akan datang untuk kenderaan pelancaran komersial berkos rendah dan boleh diguna semula, ZQ-2 akan menyediakan pelanggan global dengan perkhidmatan pelancaran yang berkesan kos.

Sebagai satu-satunya firma aeroangkasa swasta Cina yang mengambil bahagian dalam acara MAKS2019, LandSpace telah menandatangani perjanjian perkhidmatan pelancaran satelit sebelum ini dengan beberapa syarikat satelit Cina dan antarabangsa termasuk GomSpace berpangkalan di Denmark, D-Orbit berpangkalan di Itali dan OpenCosmos dari UK. Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada Market@Landspacetech.com atau kunjungi laman sesawang di http://www.landspace.com/

Pelancar ZQ-2 Land Space menyeru muatan seluruh dunia
Pelancar ZQ-2 Land Space menyeru muatan seluruh dunia

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190829/2560150-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190829/2560150-1-b?lang=0

 

Source: Land Space Technology Corporation Ltd
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense New products/services Trade show news