omniture

WAIC 2019 Labuhkan Tirai dengan Komitmen $1.39 Bn untuk Ubah Shanghai jadi Hab Teknologi AI Global

Perjanjian perkongsian awam-swasta $1.39Bn akan disokong oleh $6.9 Bn tambahan menerusi kredit lanjutan yang disediakan oleh Bank-bank AI terkemuka
WAIC 2019
2019-09-07 01:50 523

SHANGHAI, 7 September 2019 /PRNewswire/ -- Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) kali kedua yang mengalu-alukan ratusan syarikat, syarikat baharu dan universiti global, melabuhkan tirai pada 31 Ogos dengan memperkenalkan beberapa projek AI rintis dan perjanjian kerjasama antarabangsa, yang bakal mengubah Shanghai menjadi salah satu hab teknologi yang terbesar di negara ini.

Beberapa projek AI yang rintis dan perjanjian kerjasama antarabangsa ditandatangani di majlis ini
Beberapa projek AI yang rintis dan perjanjian kerjasama antarabangsa ditandatangani di majlis ini

Dana Pelaburan AI Shanghai ialah satu perkongsian awam-swasta yang disokong oleh Kerajaan Perbandaran Shanghai dengan dana yang dijangka mencecah 10 bilion RMB (USD 1.39 Bilion). Bersama-sama dana ini, rancangan tujuh langkah untuk mendorong pencapaian teknologi di Shanghai bagi menyebarkan teknologi AI ke setiap pelosok bandar, bermula dengan penjagaan kesihatan dan pendidikan kepada pengurusan bandar dan pembangunan perindustrian turut diperkenalkan.

Secara keseluruhan, 33 projek penting telah ditandatangani semasa majlis ini, termasuk pelancaran penting enam ibu pejabat penyelidikan global yang dikhususkan untuk pembangunan dan pelaksanaan teknologi Kecerdasan Buatan termasuk:

  • Pusat Inovasi AI IBM
  • Pusat Inovasi AI Global Kuang-Chi
  • Institut Penyelidikan Algoritma Kecerdasan Buatan Shanghai
  • Institut Sains dan Teknologi Pintar Shanghai
  • Ibu Pejabat China SenseTime Group dan Ibu Pejabat R&D Global
  • Shanghai Artificial Intelligence Research Institute Co., Ltd.
Enam institut penyelidikan dikhususkan kepada pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan yang diperkenalkan dalam acara ini
Enam institut penyelidikan dikhususkan kepada pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan yang diperkenalkan dalam acara ini

Bagi menyokong pembangunan sihat industri AI, sejumlah lima perusahaan menerima 50 bilion RMB (USD 6.9 Bilion) dalam bentuk kredit oleh sebuah persatuan bank-bank AI Shanghai, termasuk wakil-wakil daripada ICBC, CCB, Bank of Communications, Shanghai Pudong Development Bank, Shanghai Bank.

Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2019 menyaksikan pakar-pakar teknologi global termasuk Amazon, IBM, Microsoft, Tesla, Huawei, Alibaba dan Tencent berhimpun di Shanghai bersama-sama hampir seratus pakar industri, 26 pengasas syarikat baharu unikorn, 50 pelabur ternama dan beberapa penerima Turning Award dan hadiah Nobel bagi menyampaikan pandangan mereka tentang trajektori industri AI. Acara tiga hari ini memperoleh 70 projek penting untuk bandar ini dan minat yang belum pernah terjadi sebelum ini daripada semua lapisan masyarakat dapat dilihat semasa berlangsungnya pesta teknologi ini yang menggamit perhatian 80,000 pemimpin industri dari lebih 60 negara, lebih 240,000 pengunjung dan lebih 900 wartawan.

Latar Belakang Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2019

Menerusi tema "Ketersambungan Pintar, Peluang Tanpa Batasan," Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2019 ialah platform untuk saintis AI, pemimpin dunia dan usahawan untuk berkongsi pandangan mereka tentang inovasi dan aplikasi AI, menghimpunkan individu-indivu dengan minda paling bijak di bawah satu bumbung bagi membolehkan mereka memberi penjelasan tentang masa depan lebih baik yang dikuasakan oleh teknologi pintar. Ia bertujuan untuk menghubungkan yang terbaik antara yang terbaik daripada dunia akademik dan industri untuk berkolaborasi dan menawarkan peluang kepada penginovasi berbakat bagi mengubah dunia, bertemu pelabur dan menyebarkan idea mereka ke seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190904/2569527-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190904/2569527-1-b?lang=0

 

Source: WAIC 2019
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Contracts Venture Capital