omniture

Peranti Kegagalan Jantung Occlutech AFR Peroleh Kelulusan Tanda CE

Occlutech International AB
2019-09-08 02:08 139

SCHAFFHAUSEN, Switzerland, 7 September 2019  /PRNewswire/ -- Occlutech AG hari ini mengumumkan bahawa pengawal aliran atrialnya, peranti AFR Occlutech, telah memperoleh kelulusan tanda CE untuk membolehkannya dijual di pasaran yang dikawal selia oleh CE Eropah. Occlutech AFR ialah peranti pintasan intra-atrium generasi seterusnya, bertujuan untuk merawat gejala kegagalan jantung dengan menyahmampatkan tekanan intra-atrium abnormal. Ia diletakkan di dalam septum antara atrium kiri dan atrium kanan dalam prosedur invasif yang minima. Ia dihasilkan dalam pelbagai saiz yang membolehkan rawatan unik yang berorientasikan pesakit dan diperibadikan.

Di Eropah dan di seluruh dunia, berjuta-juta pesakit menderita akibat kegagalan jantung dan beberapa ratus ribu meninggal dunia akibat penyakit ini setiap tahun. Ramai pesakit ini mengalami penurunan output jantung yang berpunca daripada kerosakan jantung kiri. Akibatnya, atrium kiri akan melebar dan terlebih jumlah isipadu dan tekanan. Ini membawa kepada gejala klinikal yang paling penting dalam kegagalan jantung, iaitu kongesi paru-paru dan sesak nafas. Dengan meletakkan peranti AFR Occlutech ke dalam septum dan mewujudkan pembukaan septum atrium yang ketat dengan mengekalkan ukuran yang betul bagi pintasan yang diwujudkan, tekanan intra jantung dikurangkan dengan ketara, dan dengan itu meningkatkan fungsi jantung.

"Dengan kelulusan CE Occlutech AFR, kami mengambil satu lagi langkah besar ke arah menjadi penyedia terapi penyakit jantung kongenital dan struktur yang berbilang francais." kata Sabine Bois, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Occlutech AG. Selain itu, beliau menyatakan bahawa "Occlutech AFR dengan keberkesanan, keserbabolehan, kemudahan dan keselamatannya mempunyai potensi sebenar untuk merevolusikan cara pesakit kegagalan jantung dirawat."

Occlutech ialah salah satu syarikat terkemuka dalam bidangnya, dengan beberapa produk utama termasuk okluder PFO yang canggih, okluder ASD antara lainnya. Occlutech mempunyai jualan produk jantung kongenital dan struktur di lebih 80 negara dan mengekalkan kemudahan pembuatan dan R&D di Jena, Jerman dan Istanbul, Turki. Occlutech telah membangunkan banyak produk dan teknologi baharu untuk meningkatkan rawatan pesakit dalam bidang  ini dan bidang yang berkaitan. (www.occlutech.com)

Hubungi:

Sabine Bois
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Occlutech Group
Telefon Mudah Alih: +49-160-90792130
Emel: sabine.bois@occlutech.com

Susanne Göransson
Pembantu Eksekutif
Telefon Mudah Alih: +46-704-33-65-21
Emel: susanne.goransson@occlutech.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/971275/Occlutech_International_AB_Logo.jpg

 

 

Source: Occlutech International AB
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements New products/services