XI'AN, China, 9 September 2019 /PRNewswire/ -- Xi'an, ibu kota purba berusia 3,100 tahun di wilayah Shaanxi China yang terkenal dengan Pahlawan dan Kuda Terracotta, melancarkan Program Jelajah Waktu Malam ("Skim") minggu ini, mewujudkan satu kemuncak baharu untuk pelancong di bandar ini. Program ini akan memperkenalkan 30 laluan jelajah waktu malam di seluruh bandar menjelang tahun 2020 dan dijangka dapat meningkatkan pendapatan jualan runcit sebanyak lebih CNY 50 bilion.
Kang Lifeng, timbalan pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Xi'an berkata: "Skim jelajah waktu malam yang baru ditawarkan telah meliputi setiap aspek pelancongan bandar untuk membolehkan pengalaman semua-dalam-satu bermula dengan bersiar-siar pada waktu malam kepada persembahan, katering dan membeli belah. Kami berharap agar program baharu ini akan menggalakkan pengunjung dan penduduk kami untuk berkongsi kemeriahan bandar kami."
Tembok Bandar bersama-sama Stele Forest, sebuah muzium bertema yang memberi tumpuan pada paparan stel batu, epigraf dan ukiran batu daripada dinasti-dinasti lampau, akan melanjutkan waktu operasi mereka. Tapak yang menjadi sebahagian daripada kubu dinasti Ming Xi'an akan turut disepadukan ke dalam laluan baharu tersebut, membawakan pengalaman unik kepada pengunjung dan mengembalikan kemeriahan bandar purba dan makmur itu.
Selain daripada persembahan lagu dan tarian moden khas seperti Majlis Sambutan Gerbang Selatan, Persembahan Everlasting Regret dan Tarian Gaya Tang, bandar ini akan turut memperkenalkan persembahan kaviti Qin opera tempatan, wayang kulit dan konsert gaya purba. Pengalaman kebudayaan juga akan berbeza antara musim memandangkan persembahan tersebut akan menyatukan pembangunan moden dengan budaya serta tradisi tempatan merentas musim.
Bandar ini akan turut menjemput pengunjung untuk mengambil bahagian dalam pelbagai projek pengalaman kebudayaan termasuk hampir 100 pasar malam menjelang akhir tahun 2020 sebagai sebahagian daripada laluan hiburan malam hari. Lampu hiasan di jalanan akan memberi akses kepada pengunjung untuk aktiviti-aktiviti waktu malam utama termasuk gerai penjaja tempatan, kedai cenderamata dan pasar malam.
Bandar ini juga akan meningkatkan dan menambah baik pengangkutan di metropolis dengan menambah perkhidmatan bas waktu malam, melanjutkan waktu operasi mengikut kapasiti dan aliran penumpang, memperkenalkan perkhidmatan teksi dalam talian serta latihan kepada pemandu teksi. Pihak Kerajaan akan turut memperhebatkan rancangan bagi meningkatkan laluan mendaki luar, lorong perlahan dan kawasan kecergasan awam untuk penduduk dan juga pengunjung.
"Skim jelajah waktu malam selari dengan strategi 'Pan-Perjalanan' bandar ini, yang bertujuan untuk meluaskan rantaian industri pelancongan di Xi'an dan meningkatkan pulangan ekonomi," tambah Kang Lifeng.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://cbe.xa.gov.cn/default.htm
Latar Belakang Xi'an
Ibu kota wilayah barat Shaanxi China, Xi'an merupakan destinasi pelancong antarabangsa dengan lebih 3,000 tahun sejarah dan tarikan terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Kota purbanya. Bandar ini, yang dikenali sebagai "muzium luar China," merupakan titik permulaan Jalan Sutera, jaringan laluan perdagangan purba yang diwujudkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat melalui perdagangan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190906/2572134-1?lang=0