omniture

Sino Park Menang Anugerah Bandar Lestari dan Penempatan Manusia 2019

The Sino Park
2019-09-09 10:15 410

Model penempatan manusia Cina gamit tumpuan dunia

ADDIS ABABA, Etiopia, 9 September 2019 /PRNewswire/ -- GFHS kali ke-14 telahpun diadakan pada 6 September lalu di UNCC bertempat di Addis Ababa, Etiopia. SCAHSA 2019 diumumkan secara rasminya. Sino Park, yang terletak di Kawasan Pemandangan Yushan Shanghu tingkat 5A memenangi "Anugerah Penempatan Manusia Global" dan menjadi projek kediaman pertama di Suzhou yang memenangi anugerah ini sejak penubuhannya selama 14 tahun.

The 14th Global Human Settlements experts set a high value on the environmental protection and construction level of Yushan Shanghu as well as the Sino Park project from Sunac.
The 14th Global Human Settlements experts set a high value on the environmental protection and construction level of Yushan Shanghu as well as the Sino Park project from Sunac.

Vera Songwe, Timbalan Setiausaha Agung PBB; Anwarul K. Chowdhury, bekas Penolong Setiausaha Agung PBB dan Pengerusi GFHS; Shamshad Akhtar, bekas Penolong Setiausaha Agung PBB; Joyce Msuya, Timbalan Pengarah Eksekutif Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Lv Haifeng, Setiausaha Agung GFHS serta pegawai, duta dan datuk bandar negara-negara berbeza menghadiri forum berkenaan dan menyampaikan anugerah kepada projek-projek yang berjaya.

Anugerah SCAHSA ialah salah satu anugerah penempatan manusia yang paling penting di dunia. Dikenali kerana kebebasan, kewibawaan dan piawaiannya, ia digelar sebagai "Hadiah Nobel untuk penempatan manusia global" dan telah mendapat sokongan padu dan pengiktirafan tinggi daripada Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial serta badan-badan berkuasa Antarabangsa yang lain.

Kemenangan Sino Park memberikan gambaran penuh bahawa pembangunan persekitaran kehidupan Changshu Yushan Shanghu berada di kedudukan tinggi di dunia dan ini juga merupakan satu kejayaan bersejarah untuk landskap China menuju ke persada dunia.

Terletak di daerah utama Changshu, Kawasan Pemandangan Yushan Shanghu meliputi kawasan berkeluasan kira-kira 42 kilometer persegi. Ia membentuk pola ekologi "gunung dan tasik" bertaraf dunia di Changshu dengan gunung dan tasik yang luas di sekelilingnya. Meliputi keluasan kira-kira 100,000 meter persegi dan sebagai contoh kawasan vila berkepadatan rendah, Sino Park bersama-sama dicipta oleh Sunac China (01918.HK), Excellence Group dan Jingrui Holdings, tiga syarikat gergasi hartanah Cina yang terkemuka.

Sunac China, penyedia perkhidmatan bersepadu untuk keluarga Cina, memberi tumpuan pada pemupukan mendalam dan strategi pembangunan butik berkualiti tinggi. Ia telah menyusun atur hampir 100 bandar di lapan wilayah utama. Sunac mengekalkan kedudukan 4 teratas dalam senarai kedudukan jualan perusahaan hartanah Cina pada tahun 2018. Dengan bergantung kepada sumber serantau dan sebagai usaha lelaran berkualiti tinggi untuk siri halaman dalam, Sino Park berjaya mewujudkan budaya landskap Cina dengan piawaian tertinggi di dunia. Ia telah melakar pencapaian hebat dalam merancang dan mereka bentuk penempatan manusia serta menyediakan program Cina untuk menjadi rujukan seluruh dunia.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2569443-1?lang=0

Source: The Sino Park
Keywords: Environmental Products & Services Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Awards