omniture

Persatuan Ginseng Korea umum bukti untuk kesan-kesan Ginseng Korea tingkatkan kesihatan tulang

The Korea Ginseng Association
2019-09-09 11:00 1166

SEOUL, Korea Selatan, 9 September 2019 /PRNewswire/ -- Persatuan Ginseng Korea memperkenalkan bukti baharu keberkesanan Ginseng Korea terhadap kesihatan tulang.

Ginseng Korea merujuk kepada ginseng yang dihasilkan di Korea. Nama saintifik ginseng, Panax ginseng, dinamakan bersempena perkatan Greek 'Panax', yang bermaksud penyembuh untuk semua penyakit; sememangnya ginseng merupakan ubat yang dicari-cari sejak zaman purbakala. Ia terbukti dapat meningkatkan sistem imun dan keletihan sebelum ini, malah kini pula untuk kesihatan tulang, sebagaimana yang dilihat dalam kajian terkini yang dikeluarkan di Korea.

Ginseng Korea
Ginseng Korea

Pada Jun 2019, Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar, Institusi Penyelidikan Biosains & Bioteknologi Korea (KRIBB) dan Hospital Universiti Kebangsaan Chonbuk mengesahkan keberkesanan ginseng Korea terhadap kesihatan tulang dalam satu kajian yang dijalankan selama 3 tahun dan disusuli selama dua tahun lagi. Kajian aplikasi klinikal dijalankan dengan tiga kumpulan peserta wanita berumur lebih 40 tahun dan mengalami kelesapan tulang. Terdapat sejumlah 90 peserta, dengan 30 peserta dalam setiap kumpulan. Peserta-peserta dalam kumpulan kawalan diberikan plasebo, manakala kumpulan-kumpulan lain diberikan ekstrak ginseng (3g sehari dan 1g sehari).

Keputusan menunjukkan bahawa tahap osteokalsin adalah 11.6 kali lebih tinggi berbanding dalam kumpulan ujian berbanding kumpulan kawalan; tahap kalsium adalah 3 kali ganda lebih tinggi dalam kumpulan ujian dengan 3g ekstrak. Perubahan dalam pemeringkatan Osteoartritis sebelum dan selepas mengambil ekstrak tersebut juga signifikan, menunjukkan keberkesanan ginseng dalam mengurangkan kesakitan dan ketegaran lantaran kelesapan tulang.

Dalam ujian terhadap haiwan, ekstrak ginseng (300mg setiap kg jisim badan tikus) diberikan selama 8 minggu dalam Panax yang berusia 112 minggu. Keputusan turut menunjukkan bahawa kepadatan tulang adalah 32% lebih tinggi dalam kumpulan ujian. Kepekatan kalsium dan kesan pembentukan tulang juga lebih tinggi dalam kumpulan ujian.

Presiden Persatuan Ginseng Korea En. Ban menyebut, "Dengan bukti baharu ini tentang keberkesanan ginseng terhadap kesihatan tulang, kami menjadi lebih berbangga dengan Ginseng Korea kami. Kami berharap agar dapat terus mencari bukti berasaskan saintifik untuk faedah-faedah ginseng."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190813/2550284-1?lang=0

 

 

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Clinical Trials/Medical Discoveries