omniture

Electroneum Bolehkan Tambah Nilai Mudah Alih Pihak Ketiga Dengan Pengendali Empat Rangkaian Utama di Brazil

Electroneum
2019-09-09 12:50 121

LONDON, 9 September 2019 /PRNewswire/ --  Setelah kejayaan besar di Brazil dengan pelancaran tambah nilai telefon mudah alih Claro melalui pengendali pihak ketiga, komuniti Brazil Electroneum yang paling pesat berkembang di dunia, kini boleh membeli masa penggunaan dan data bagi empat pengendali rangkaian mudah alih terbesar yang bersama-sama menyediakan perkhidmatan 95% daripada pengguna telefon mudah alih di negara tersebut.

Penambahan nilai mudah alih bukanlah hasil daripada urus niaga langsung atau perkongsian dengan pengendali-pengendali rangkaian mudah alih ini. Sebaliknya, Electroneum telah mengadakan perjanjian penting dengan pengendali pihak ketiga yang membeli masa penggunaan dan data secara pukal daripada MNO (pengendali rangkaian mudah alih) dan menjualnya kepada orang ramai.

Pengguna elekroneum kini boleh menggunakan ganjaran ETN untuk menambah nilai Claro, Vivo, Oi dan TIM. Empat rangkaian ini menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira 220 juta daripada 231 juta langganan telefon bimbit di Brazil, menurut satu laporan.

"Ini adalah kali pertama pengguna ETN boleh menambah nilai telefon mudah alih mereka dengan masa penggunaan dan data dengan pengendali rangkaian mudah alih yang meliputi 95% perkhidmatan di negara ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Electroneum, Richard Ells. "Ia sesuatu yang menarik untuk menawarkan perkhidmatan ini kepada komuniti kami yang paling pesat berkembang."

Brazil mewakili komuniti yang paling pesat berkembang di Electroneum. Ribuan pengguna baharu mendaftar setiap hari kerana lebih ramai orang mendapati betapa mudahnya aplikasi mudah alih Electroneum, yang memberi ganjaran kepada pelanggan sehingga US$3 sebulan dalam ETN.

Ells menjelaskan bahawa syarikat multinasional pihak ketiga membeli masa penggunaan dan data secara pukal daripada MNO terbesar di dunia dan menawarkannya kepada pengguna telefon mudah alih di banyak negara.

Pada bulan Ogos 2019, Electroneum melancarkan perkhidmatan penambahan nilai mudah alih pihak ketiga di Brazil untuk membolehkan ribuan pengguna Electroneum menambah nilai masa penggunaan dan data dengan Claro. Ini membawa kepada perjanjian lanjutan dengan penyedia tambah nilai mudah alih pihak ketiga untuk membolehkan pengguna Electroneum membeli masa penggunaan dan data dengan tiga MNO terbesar yang lain di Brazil.

Awal tahun ini, Electroneum dilancarkan di Afrika Selatan, mewujudkan ekosistem ETN yang membolehkan ribuan pengguna membeli tambah nilai telefon bimbit dan barang-barang harian seperti susu, roti dan kopi, serta membayar perkhidmatan, termasuk mencuci kereta, potongan rambut, dan teksi.

Electroneum terus berkembang dan membuktikan wujudnya utiliti sebenar untuk pengguna mata wang kripto. Langkah seterusnya dalam usaha penggunaan besar-besaran mata wang kripto ETN adalah dengan menjalin hubungan baharu dengan lebih banyak syarikat, peruncit, organisasi, dan kerajaan.

BACA SIARAN AKHBAR PENUH DI SINI.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
olivier.acuna@electroneum.com 
+44-(0)7983-619761 

 

Source: Electroneum
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Retail Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Expansion Joint ventures New products/services Blockchain Financial Technology