HONG KONG, 11 September 2019 /PRNewswire/ -- Acclime, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan korporat yang berfokuskan Asia, telah dilancarkan secara rasmi, berikutan satu siri pengambilalihan strategik yang berjaya di rantau ini. Dalam pasaran yang bercirikan peningkatan kecanggihan dan kerumitan, visi Acclime adalah untuk mencipta semula sektor perkhidmatan korporat dengan penyelesaian yang inovatif yang disediakan dengan lancar mengikut piawaian global tertinggi. Dua daripada eksekutif paling berpengalaman industri, Martin Crawford dan Debby Davidson, telah bergabung untuk menubuhkan Acclime, yang disokong oleh konsortium pelabur.
Melalui pengambilalihan dan perkongsian dengan firma yang sudah sedia mantap dan sangat dihormati, Acclime telah membina kehadiran yang kukuh di empat pasaran di rantau ini sejak Januari 2019. Syarikat kini mempunyai lebih daripada 150 pekerja yang memenuhi keperluan kedua-dua pelanggan korporat yang tersenarai dan milik persendirian. Di Hong Kong, Acclime memperoleh tiga perniagaan, iaitu BPO Global, Macaw Corporate Services dan Edtoma Corporate Services. Di Thailand, Acclime memperoleh Interactive Associates, manakala di Indonesia dan Vietnam, Acclime memperoleh kepentingan strategik di kedua-dua Magna Praxis dan Domicile Corporate Services.
"Kami melihat peluang yang jelas untuk menjadi pemimpin dalam rejim tadbir urus korporat yang sentiasa berkembang di Asia yang berkembang pesat," Martin Crawford, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Acclime berkata. "Dengan kepakaran dalam negara dan penggunaan aplikasi teknologi terkemuka, Acclime berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi penyedia perkhidmatan sehenti untuk pelanggan-pelanggan yang beroperasi di dalam dan di seluruh rantau ini yang menuntut piawaian antarabangsa tertinggi, walaupun dalam pasaran baru muncul Asia yang sukar untuk dikemudi ini."
Crawford menyedari bahawa syarikat berdepan dengan kewajipan pengawalseliaan dan pendedahan yang semakin meningkat, yang memerlukan sokongan pakar dalam negara. Lebih-lebih lagi, melalui pelaburan langsung asing dan perdagangan rentas sempadan, Asia meningkatkan hubungannya di peringkat serantau dan peringkat dunia. Ini mewujudkan keperluan untuk piawaian tadbir urus korporat yang lebih tinggi dan lebih konsisten.
Pasukan pengurusan Acclime berhasrat untuk membina kehadiran yang besar di setiap pasaran utama Asia.
"Kami aktif mencari peluang untuk memperluaskan jejak kami di pasaran baru muncul lain di rantau ini. Cita-cita Acclime adalah untuk membina rangkaian perkhidmatan korporat yang komprehensif di seluruh Asia untuk membantu pelanggan menavigasi pasaran-pasaran ini dengan lancar," kata Debby Davidson, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi Acclime.
Nama Acclime, menggabungkan dua proposisi utama syarikat: membantu pelanggan untuk 'acclimatise' (menyesuaikan diri) ke pasaran baharu di Asia, dan 'climb' (mendaki) ke puncak pembangunan korporat mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.acclime.com.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190906/2572201-1LOGO?lang=0