omniture

Komitmen tanggungjawab sosial Medix diiktiraf menerusi akreditasi kelestarian utama dunia

Medix peroleh akreditasi GRI bertaraf dunia, tekankan impaknya terhadap isu kelestarian kritikal seperti kesaksamaan dalam sektor penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sosial
Medix Group
2019-09-12 05:36 104

LONDON dan HONG KONG, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Medix Group ("Medix" atau "Syarikat"), penyedia penyelesaian pengurusan kesihatan yang inovatif dan berkualiti tinggi terkemuka, telah menerima akreditasi penuh daripada Global Reporting Initiative (GRI), organisasi antarabangsa bebas yang telah mempelopori laporan kelestarian sejak tahun 1997. Akreditasi berprestij ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha dan pengakuan Syarikat terhadap impaknya dalam isu kelestarian kritikal seperti kesaksamaan global dalam sektor penjagaan kesihatan, pendidikan, inovasi dan kesejahteraan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Medix Group, Sigal Atzmon
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Medix Group, Sigal Atzmon

 

"Medix, sebagai syarikat yang berkongsi nilai, berbangga menerima pengiktirafan penting ini terhadap amalan perniagaan kami yang lestari dan menyumbang kepada pewujudan amalan terbaik global," kata Sigal Atzmon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Medix Group. "Kami berusaha setiap hari untuk memperbaiki kehidupan pesakit dan benar-benar komited untuk membina ekosistem kesihatan dan insurans global yang lebih baik dan lebih lestari."

Syarikat menerbitkan Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) komprehensif yang pertama untuk operasinya pada tahun 2018. Laporan ini membentangkan perkembangan kerja dan perniagaan Medix secara telus dan bertanggungjawab, dan dengan jelas menunjukkan bahawa nilai yang dikongsi, tanggungjawab sosial dan kelestarian merupakan teras cara Syarikat menjalankan perniagaan dan operasi.

Laporan CSR Medix juga menunjukkan bagaimana Medix menangani beberapa cabaran global yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan. Khususnya, laporan ini menyoroti bagaimana perkhidmatan Medix membantu mendemokrasikan sistem penjagaan kesihatan dan mengubah dinamik antara penyedia penjagaan kesihatan, pesakit dan keluarga dengan membantu menavigasi perjalanan perubatan mereka, membuat pilihan kesihatan yang terbaik, dan memberikan hasil perubatan yang lebih baik. Isu penjagaan kesihatan global yang penting termasuklah:

  • Walaupun teknologi perubatan, ubat dan rawatan baharu menjadi kaedah yang menyelamatkan nyawa, orang ramai tidak mempunyai akses kepada semua ini.
  • Populasi yang semakin tua mempunyai tuntutan yang lebih tinggi terhadap perkhidmatan perubatan.
  • Terdapat kekurangan profesional perubatan yang kritikal di seluruh dunia: menurut artikel yang diterbitkan dalam Human Resources for Health, Januari 2018[1], terdapat kekurangan 7.2 juta pekerja penjagaan kesihatan, angka yang berkemungkinan besar akan berganda pada tahun 2035.
  • Kos perubatan terus meningkat untuk pesakit dan kerajaan, di seluruh dunia, yang mendorong ketidakmampuan.
  • Ketaksamaan penjagaan berbeza-beza antara negara, bandar bahkan juga doktor.

"Medix amat mempercayai kebaikan dalam memberikan bantuan kepada orang ramai dan menyediakan mereka alat untuk memastikan mereka mempunyai akses kepada penjagaan perubatan berdasarkan bukti kualiti," kata Atzmon. "Kami meningkatkan hasil perubatan untuk semua pesakit dengan menangani masalah kebolehaksesan, kemampuan dan kelestarian, menyediakan pesakit dengan suara dan mendemokrasikan landskap penjagaan kesihatan. Kami mendayakan pemiawaian kualiti penjagaan global dan berkongsi kepakaran global, dan pada masa yang sama mengambil kira pengawalan kos perubatan."

Medix ialah syarikat Nilai Dikongsi dan tersergam di persimpangan pertembungan kepentingan bersama para penyedia penjagaan kesihatan, pembayar dan pesakit. Dengan berbuat demikian, Syarikat memainkan peranan penting dalam kelestarian dan pendemokrasian penjagaan kesihatan untuk menambah baik kesejahteraan sosial dan ekonomi.

Di peringkat global secara purata setiap tahun, lebih 20% kes yang diuruskan mempunyai diagnosis yang berubah, lebih 43% kes memperolehi laluan rawatan yang lebih optimum disyorkan dan diselaraskan oleh Medix manakala perundingan, ujian, rawatan, dan prosedur yang tidak diperlukan dapat dielakkan dalam lebih 55% kes.

Dalam tahun 2018:

Rantau

Perubahan Diagnosis

Perubahan rawatan

APAC

25.7%

59.6%

Timur Tengah & Afrika Utara

13.6%

24.9%

Eropah & Asia Tengah

31.8%

55.4%

Amerika Utara

19.4%

52.8%

Salah satu perkhidmatan utama Medix ialah Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM), yang meliputi penilaian semula keadaan perubatan secara lengkap oleh pasukan perubatan yang khas, penilaian semula rawatan yang disyorkan menggunakan nasihat peribadi daripada pakar terkemuka dunia dalam bidang yang berkaitan. Sepanjang proses tersebut, Medix memastikan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan penyeliaan rawatan berterusan yang optimum untuk rawatan perubatan terbaik di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ini ialah contoh utama di mana Syarikat bekerja secara langsung untuk memastikan hasil yang bertanggungjawab sosial.

Pelanggan Medix biasanya datang pada masa yang paling mencabar dan melihat Syarikat sebagai suar harapan dan laluan yang jelas. Dengan mempertimbangkan keadaan ini, Medix berbangga dengan pelbagai perkhidmatan dan pendekatan yang berpusatkan insan melalui ekosistem nilai yang dikongsi bersama. Medix komited sepenuhnya untuk memperbaiki sistem penjagaan kesihatan dan pada masa yang sama kesejahteraan sosial dan ekonomi.

Anda boleh memuat turun Salinan penuh laporan di sini.

Latar Belakang Medix Group

Ditubuhkan pada tahun 2006, Medix Group merupakan penyedia terkemuka global bagi penyelesaian pengurusan kesihatan yang inovatif dan berkualiti tinggi. Dengan pejabat di London, Hong Kong, Shanghai, Singapura, Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Melbourne dan Tel Aviv serta kumpulan pelanggan melebihi 3 juta ahli di lebih 90 buah negara, Medix menawarkan pelanggannya – sebahagian besarnya penginsurans kesihatan & hayat, kumpulan kewangan, syarikat besar dan institusi kerajaan – perkhidmatan tambah nilai yang penting dalam dunia penjagaan kesihatan. Pasukan perubatan Medix terdiri daripada 300 doktor dalaman bersama-sama jururawat, pakar penyelidikan, pasukan pentadbiran perubatan dan rangkaian global yang diiktiraf berkualiti daripada lebih 3,000 pakar dan 1,500 hospital terkemuka.

Hubungi

Shay Keinan
+852 3896 0400
shayk@medix-global.com

Adam Wyldeck
+852 9865 1377
Adam.wyldeck@bcw-global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2573705-1?lang=0 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2573705-1LOGO?lang=0

Source: Medix Group
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital