omniture

IoT dan Tenaga Pintar Jadi Tumpuan di Persidangan CITIE CHINT

CHINT
2019-09-13 10:14 526

WENZHOU, China, 13 September 2019 /PRNewswire/ -- CHINT, penyedia penyelesaian tenaga pintar yang terkemuka, telah merasmikan Persidangan Internet Pelbagai Benda untuk Industri dan Tenaga ("CITIE") sulung di Wenzhou, Wilayah Zhejiang China, yang diadakan mulai 10-13 September.

Untuk hebahan multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/chint_20190911.shtml 

 

 

 

Bertemakan "Saling Menghubungkan Dunia dengan Tenaga Pintar", CITIE meneroka trend terkini, teknologi dan amalan terbaik dalam Internet Pelbagai Benda Perindustrian (IIoT) dan aplikasinya untuk tenaga pintar. Sebagai satu-satunya persidangan antarabangsa China seumpamanya, CHINT mengalu-alukan lebih 800 peserta dari lebih 100 negara seluruh dunia.

21 contracts were signed during the conference
21 contracts were signed during the conference

 

The Conference of Internet of Things for Industry and Energy kicked off in Wenzhou
The Conference of Internet of Things for Industry and Energy kicked off in Wenzhou

 

Nan Cunhui, the chairman of CHINT gave a keynote speech in the opening ceremony
Nan Cunhui, the chairman of CHINT gave a keynote speech in the opening ceremony

 

CHINT is displaying the latest CHINT Industrial Cloud platform in the exhibition
CHINT is displaying the latest CHINT Industrial Cloud platform in the exhibition

"IoT melahirkan penyelesaian tenaga baharu. Bekalan tenaga, penggunaan dan revolusi teknologi menjadi semakin jelas. Tenaga yang lebih mesra alam, lebih berpatutan dan boleh diakses tidak lama lagi akan menjadi suatu kebiasaan," kata Nan Cuihui, Pengerusi CHINT. "CHINT memanfaatkan IoT untuk mencipta gelung ekologi kepada pengguna tenaga, grid kuasa, institusi kewangan dan industri pembuatan, mempromosikan aplikasi inovatif tenaga dan IIoT."

CITIE meneroka transformasi digital dalam pembuatan, kuasa tenaga pintar dan IIoT dalam lima subforum: Tenaga Pintar dan Pembangunan Hijau; Kilang Pintar dan Industri Proses; Pembuatan Pintar dan Transformasi Digital; Bandar Pintar dan Kehidupan Masa Depan dan Forum Teknologi Sensor IoT Antarabangsa ke-7. Lebih 100 pakar global dan ilmuwan mengambil bahagian dalam forum berkenaan. Calon-calon daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, Persekutuan Ekonomi Perindustrian, Grid Negeri dan Akademi Kejuruteraan Cina menyampaikan ucaptama atau mengehoskan forum berkisarkan produk perindustrian 5G+, transformasi digital dalam industri pembuatan dan IoT merata dalam tenaga elektrik. CITIE turut mengundang 80 wakil dari negara-negara Jalur dan Jalan, pakar dan ilmuwan industri ternama, ketua negara dan institusi kewangan wilayah, pemimpin daripada sektor perindustrian dan tenaga dalam ekonomi BRICS serta lebih 200 wakil daripada perusahaan global termasuk Siemens, Echelon, SAP, Veolia dan Alibaba. 

CHINT memperkenalkan Platform Awan IoT Perindustrian mereka di CITIE, melakarkan pencapaian industri bagi penggunaan data raya, IoT dan AI. Menggunakan IoT, strategi Satu Awan dan Dua Rangkaian CHINT (Awan, IoT Tenaga dan IIoT CHINT) telah menghasilkan beberapa aplikasi inovatif dalam bidang tenaga pintar terhubung. IoT Tenaga CHINT ialah ekosistem tenaga pintar yang menyediakan model inovatif yang meliputi bekalan, simpanan, transformasi, pengagihan dan penggunaan. IIoT CHINT ialah hasil daripada 30 tahun pengalaman dan memberikan sistem pembuatan pintar yang fleksibel, cekap dan komprehensif melalui transformasi digital pada produk-produk teras merentas rantaian nilai.

Latar Belakang CHINT

CHINT ialah penyedia penyelesaian tenaga pintar yang terkenal di dunia. Membangun menjadi sebuah perusahaan platform, CHINT menyediakan pakej penyelesaian tenaga untuk institusi awam, pengguna perindustrian & komersial serta pengguna terminal, dengan membina ekosfera operasi tenaga pintar serantau.

Laman Sesawang: http://en.chint.com/ 
Facebook: https://www.facebook.com/chintgroup/ 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/chintelectric/ 
Twitter: https://twitter.com/GroupChint

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201909/chint/video.mp4 
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201909/chint/video1.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576653-2-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576653-2-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576653-2-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576653-2-d?lang=0

Source: CHINT
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities