omniture

Hanya Berbaki Dua Minggu untuk Daftar CIIE 2019

China International Import Expo
2019-09-14 02:24 633

SHANGHAI, 14 September 2019 /PRNewswire/ -- Tarikh akhir untuk pengunjung profesional mendaftar kehadiran mereka di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) akan jatuh pada 30 September.

Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai)
Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai)

Orang ramai yang merancang untuk menghadiri acara ini perlu membuat pendaftaran secara dalam talian memandangkan pameran berkenaan tidak akan menerima pendaftaran di lapangan, menurut Biro CIIE, salah satu penganjur acara ini.

Dilancarkan pada tahun 2018, pameran perdagangan tahunan ini ialah pameran peringkat kebangsaan pertama di dunia yang memberi tumpuan semata-mata kepada import dan akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) mulai 5 hingga 10 November.

Acara tahun lalu memberi rangsangan penting kepada promosi perdagangan antarabangsa, dengan nilai transaksi dan urus niaga yang dirancang melebihi $57.8 bilion.

Pameran perniagaan tahun ini akan dibahagikan kepada tujuh sektor, meliputi industri-industri termasuk automobil, peralatan pengilangan, makanan dan pertanian, peralatan perubatan dan barangan pengguna, dengan lebih 3,000 pempamer luar negara merancang untuk mempamerkan produk dan juga perkhidmatan mereka.

Teknologi pemanduan berautonomi dan perkhidmatan penjagaan orang tua juga dijangka untuk disertakan tahun ini, dengan keluasan kawasan pameran perniagaan keseluruhan melebihi 300,000 meter persegi.

CIIE berperanan lebih daripada sekadar pameran perdagangan yang ringkas, dengan banyak pempamer dari tahun lalu memperlihatkan bagaimana ia telah membantu mereka berhubung dengan rakan niaga baharu, mendapat pendedahan untuk produk mereka dan meningkatkan pemahaman mereka tentang pasaran Cina.

Lebih 60 negara akan mempersembahkan persekitaran perindustrian dan pelaburan mereka di astaka-astaka negara khusus tahun ini.

Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao akan turut diadakan bersama eksekutif perniagaan global, orang kenamaan politik dan ilmuwan ternama untuk berkongsi pandangan mereka dalam bidang seperti kecerdasan buatan, e-dagang dan reformasi WTO.

Tahun lalu, lebih 800,000 orang, termasuk pembeli dari misi perdagangan besar di seluruh China, menghadiri acara selama enam hari, dengan liputan media untuk acara ini disediakan oleh sekitar 4,100 wartawan dari 65 negara dan wilayah.

Selain daripada pembeli-pembeli Cina, acara ini juga dibuka kepada wakil-wakil daripada firma-firma luar negara, jabatan-jabatan kerajaan dan institusi-institusi awam.

Untuk mendaftar, kunjungi www.ciie.org, pilih "Buyer Registration" ("Pendaftaran Pembeli") di bawah bahagian "Business Exhibition" ("Pameran Perniagaan"), isikan maklumat untuk organisasi anda berserta maklumat individu yang hadir, kemudian hantarkan untuk mendapatkan kelulusan.

Hubungi pakar-pakar serantau Biro CIIE untuk pertanyaan tentang pendaftaran.

Eropah: 



En.  Gu Zuojun 

Tel: +86-21-67008984 

Emel: gzj@ ciie.org

Hong Kong, Macau dan Taiwan: 



En. Lu Naian 

Tel: +86-21-67008949 

Emel: lna@ciie.org

Asia (kecuali Hong Kong, Macau dan Taiwan): 



Cik Wang Yali 

Tel:+86-21-67008517 

Emel: wyl@ciie.org

Amerika: 



Cik Zhang Zhiyi 

Tel: +86-21-67008529 

Emel: zzy@ciie.org

Oceania dan Afrika:



Cik Zhang Shuya 

Tel: +86-21-39796225 

Emel: zhangsy@ciie.org

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190912/2577960-1?lang=0

Source: China International Import Expo
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news