omniture

Jalan Sutera Xinhua: Pertanian organik sumbang kepada pembasmian kemiskinan daerah di Shanxi China Utara

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-18 02:23 441

BEIJING, 18 September 2019 /PRNewswire/ -- Forum pertanian organik antarabangsa kali ke-6 bagi komuniti Chehe, bertemakan "Pertanian organik dan pembangunan berkualiti tinggi", baru-baru ini diadakan di Datong, Wilayah Shanxi China utara, menghimpunkan pakar-pakar dan para ilmuwan berkaitan untuk membincangkan pembangunan pertanian organik.

Pakar-pakar menekankan bahawa pembangunan pertanian organik merupakan satu langkah penting untuk meningkatkan pembangunan berkualiti tinggi pertanian Shanxi yang melibatkan pertanian kering organik. Model pertanian organik di Chehe, masyarakat peringkat kampung di Daerah Lingqiu Datong, adalah hasil perancangan terlebih dahulu, sokongan perindustrian, operasi pasaran dan penyertaan sosial.

Dengan tanah suai tani seluas 1,213 mu (kira-kira 0.81 kilometer persegi) antara kawasan seluas 27 kilometer persegi, Chehe, dengan pertanian sebagai sumber pendapatan utama, mempunyai 32 isi rumah miskin berdaftar yang melibatkan 77 daripada 182 penduduk kampung.

Berdasarkan kelebihan sumber ekologi semula jadi dan dengan projek pembangunan komprehensif pertanian organik Chehe rintis, Lingqiu berusaha untuk membina taman-taman pertanian organik sejak tahun 2013.

Dengan menerima pakai mod pembangunan "pertanian organik berserta ekopelancongan dan pembinaan semula perkampungan," ia telah menggalakkan perusahaan perindustrian yang terbesar di daerah tersebut unutk melabur dalam pertanian organik, menubuhkan sebuah syarikat yang mengkhusus dalam pengurusan pertanian organik dan menjalankan aktiviti pertanian organik, pembiakbaikan dan projek transformasi pertanian yang lain. 

Pemindahan tanah telah memainkan peranan penting dalam pembinaan Chehe, memberi punca pendapatan kepada penduduk kampung yang meliputi pemindahan tanah, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan buruh dan dividen lebihan syarikat.

Setakat ini, pemindahan 1,213 mu tanah suai tani yang telah disiapkan di Chehe dengan 200 mu (kira-kira 0.13 kilometer persegi) tanah baru dibangunkan, 500 mu (kira-kira 0.33 kilometer persegi) tanah telah diubah suai manakala 700 mu (kira-kira 0.47 kilometer persegi) pertanian organik daripada bijirin kering, sayur-sayuran dan sebagainya telahpun dibangunkan.

Berperanan sebagai platform komunikasi untuk pengamal pertanian organik, forum antarabangsa Chehe mengenai pertanian organik bukan sahaja mengumpulkan kebijaksanaan pakar dan ilmuwan, tetapi turut membantu Lingqiu untuk menarik pelaburan, mengubah kawasan pergunungan yang tandus menurut konsep ideologi dan format perindustrian, kata Zhang Qiang, Ketua Parti Daerah Lingqiu dan timbalan pengarah Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Perbandaran Datong.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308331.html

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service