omniture

Coats Lancar Coats Digital

Coats
2019-09-19 15:10 68

LONDON, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Coats, syarikat benang perindustrian yang terkemuka di dunia, melancarkan Coats Digital. Perniagaan teknologi bersepadu ini menghimpunkan semua penyelesaian perisiannya di bawah jenama tunggal baharu yang menggambarkan dan menyelaraskan penawaran kepada pelanggannya dalam industri-industri pakaian dan juga kasut.

Coats Digital menyediakan kepakaran industri yang mendalam digabungkan dengan aplikasi praktikal teknologi terkini termasuk Data Raya dan AI, memberikan penyelesaian perisian yang utama dalam pasaran. Ia akan memanfaatkan kelebihan yang dikaitkan dengan jenama Coats iaitu kepercayaan, kepakaran, kredibiliti dan jejak globalnya. Aspek utama dalam strategi pertumbuhan Coats adalah untuk membina perniagaan penyelesaian perisian yang inovatif untuk pelanggannya.

Faedah untuk pelanggan Coats ialah satu pendekatan kedai sehenti dan suit yang terbaik dalam kelas yang tiada tandingan serta penyelesaian bersepadu secara progresif yang akan turut menerima pakai penjenamaan Coats Digital baharu. Beberapa pemerolehan yang telah dilakukan olehnya dalam bidang ini melibatkan GSD, FastReact dan ThreadSol adalah amat membuahkan hasil. Kini tibalah masanya untuk memudahkan kumpulan pelbagai jenama perisian ini melalui pengembangan pasaran terlaras portfolio produk untuk menyokong pelanggan yang menghadapi tekanan industri yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Keith Fenner, Pengarah Urusan, Coats Digital, berkata: "Ini merupakan permulaan kepada era baharu yang mengujakan bagi penawaran penyelesaian perisian kami. Coats Digital memberi tumpuan yang jelas dan berbeza serta memantapkannya manakala Coats terus menjadi sebuah syarikat pembuatan perindustrian yang mana kami turut menginovasi teknologi masa depan bagi menambah baik sejauh mana industri fesyen membangunkan, meletakkan nilai, menyumberkan dan mengeluarkan produk secara mampan menuju masa depan."

Pelancaran Coats Digital melibatkan logo baharu yang kreatif dengan dua unit: grafik dan teks. Bahagian grafik diinspirasikan oleh perincian rantai Coats yang memberikan sifat digital dan boleh juga ditafsirkan sebagai singkatan CD. Slogannya ialah 'transform with intelligence'. Logonya berwarna biru untuk mengekalkan hubungan dengan logo Coats.

Jejak geografi Coats Digital meliputi lebih 65 negara. Ia menjalin hubungan pelanggan global dengan lebih 5,000 penjual, kumpulan, perniagaan penyumberan dan pengeluar.

Coats Digital akan mempamerkan jenama baharunya di dua acara perdagangan yang akan datang bagi menyokong pelancarannya kepada pelanggan: PI Apparel di New York (Selasa 17 – Rabu 18 September) dan CISMA di Shanghai (Rabu 25 – Sabtu 28 September).

Untuk maklumat lanjut sila ke www.coatsdigital.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/996804/Coats_Digital_Logo.jpg

 

Source: Coats
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Telecommunications Textiles New products/services