omniture

Teknologi Inovatif Dipamerkan di CE China 2019

CE China 2019
2019-09-20 01:37 228

GUANGZHOU, China, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Persediaan untuk CE China yang bakal menjelang, sebuah acara IFA global, semakin meraih momentum dengan peserta pameran mengumumkan teknologi inovatif untuk dibentangkan di pameran perdagangan dari 19 hingga 21 September 2019 di Guangzhou. CE China direka untuk menjadi pameran perdagangan utama China bagi jenama elektronik pengguna dan peralatan rumah di China. Jenama global seperti Haier, Midea dan Severin akan sekali lagi mengambil bahagian di CE China, manakala Beurer, Sennheiser, Kuvings, Miji, Vifa dan Skyworth, serta rakan kongsi baharu CHEARI, Chinas Household Electric Appliance Research Institute, akan mengambil bahagian buat pertama kali. Pada tahun ini, CE China menghubungkan jenama-jenama dari seluruh dunia dengan peruncit tempatan dan pan-Asia sebaik sahaja selepas IFA Berlin di salah satu bandar terpenting untuk pameran perdagangan di China.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8605651-ce-china-2019-innovative-technologies/

Jenama Cina terkemuka di CE China 

Haier ialah salah satu syarikat perkakasan kediaman yang paling laris di dunia.  Ia mereka, membangunkan, mengilang dan menjual produk termasuk penyaman udara, telefon mudah alih, computer, oven gelombang mikro, mesin basuh, peti sejuk, dan televisyen.

Midea ialah jenama antarabangsa untuk perkakasan kediaman. Memperoleh bahagian HA Toshiba pada tahun 2016, Midea menetapkan satu sejarah penting dalam usaha globalisasi syarikat.  Oleh itu, produk Toshiba akan menjadi sebahagian daripada pameran Midea.

Konka mengimpikan masa depan yang hebat. Setelah China menjadi pangkalan pengeluaran panel LCD terbesar di dunia, jenama TV warna Cina Konka mara menerobos pasaran luar negara.  Jenama ini sudah meliputi pasaran Eropah, Amerika Utara dan Selatan dan Pan-Asia.  Kini Afrika akan ditambah dengan kerjasama bersama platform e-dagang terbesar Mesir, Jumia.

Skyworth terkenal kerana produk audio dan video kediaman pintarnya.  Di CE China, jenama ini akan mempamerkan kotak set-atas untuk sistem hiburan kediaman berskrin besar, projeksi kediaman pintar 4K, audio TV pintar dan kotak persidangan tanpa wayar untuk persidangan.  Skyworth memenangi anugerah iF dan red dot atas produk-produk ini kerana rekaan inovatifnya.

IFA Retail University 

IFA Retail University ialah platform berguna untuk jenama antarabangsa dan lebih 300 wakil jualan Asia.  Jenama antarabangsa dapat membentangkan produk dan strategi mereka dalam taklimat penting 20-minit.  Ia menghimpunkan mereka bersama-sama peniaga Asia.  Syarikat Gergasi Runcit Cina Suning merupakan pemula bersama IFA Retail University.

Perkhidmatan rakaman TV untuk media percuma 

Rakan penyiaran antarabangsa TVT.media menerbitkan bahan video komprehensif CE China 2019 di tapak pameran untuk wartawan, bilik berita TV dan media dalam talian. Untuk klip video, temuramah dan rakaman CE China 2019 sila lawati IFA Global Broadcast Center (www.ifa-gbc.com). Penggunaan rakaman adalah percuma.  Salinan boleh diminta.

generated by system

 

Innovative technologies presented at CE China 2019 (PRNewsfoto/CE China 2019)
Innovative technologies presented at CE China 2019 (PRNewsfoto/CE China 2019)

Source: CE China 2019
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Broadcast feed announcements Trade show news