omniture

BookDoc, berusaha jalin kerjasama untuk jadi Ekosistem Penjagaan Kesihatan Generasi Seterusnya Asia Tenggara ingin kumpul Siri A daripada Rakan Kongsi Strategik

Tahun ini mencatatkan lebih 100 perkongsian strategik di lebih 20 bandar merentas Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Hong Kong.
Sejak memulakan operasi pada tahun 2015, BookDoc berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan lebih 450% selama empat tahun berturut-turut dan kadar pertumbuhan tahunan kompaun dua angka sepanjang tempoh berkenaan.
BookDoc
2019-09-20 16:33 349

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- BookDoc beroperasi merentas kontinum penjagaan kesihatan yang menghubungkan pesakit kepada golongan profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa, di mana-mana juga (Cari & Tempah) dengan lebih 40,000 penyedia penjagaan kesihatan, membawa perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada hujung jari pengguna (Tele-Runding), memberi insentif kepada pengguna untuk kekal aktif (Activ) yang boleh ditebus di lebih 1,800 lokasi luar talian dan dalam talian, menyediakan platform e-dagang melalui lebih 5,000 produk dan perkhidmatan (Pasaran) serta kebolehcapaian kepada peringatan kesihatan dan maklumat perubatan (Berita/Acara). Model perniagaan uniknya menawarkan ekosistem sehenti yang menghubungkan pengguna kepada sumber penjagaan kesihatan dalam talian dan luar talian yang komprehensif.

Hari ini, BookDoc secara lancar berintegrasi dengan navigasi (Google Map, Waze), pengangkutan (Grab, Uber, Malindo Air), penginapan (Agoda, Airbnb), restoran dan tempat tarikan yang disyorkan (TripAdvisor) dan peringatan kesihatan/berita (MIMS), merupakan yang pertama dan satu-satunya platform penjagaan kesihatan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia turut berkolaborasi dengan lebih 100 rakan kongsi ganjaran termasuk Eu Yan Sang, Petron, Chow Tai Fook, The Coffee Bean & Tea Leaf, Guardian dan banyak lagi di 12 negara, membolehkan pengguna memperoleh ganjaran di lebih 1,600 lokasi dalam talian dan luar talian. Ia turut bekerjasama dengan Olimpik Khas Asia Tenggara bagi menggalakkan gaya hidup yang aktif dalam kalangan orang kurang upaya intelektual.

BookDoc dipilih oleh Sekretariat ASEAN sebagai salah sebuah syarikat digital yang paling inovatif di ASEAN. Ia juga telah memenangi banyak penghargaan dan anugerah, antaranya, Anugerah Ekonomi Baharu Cina Frost & Sullivan 2019 (Kecemerlangan dalam Inovasi), Anugerah Ekonomi Baharu Frost & Sullivan 2018 dan banyak lagi.

"Kami berharap dapat mengakhiri tahun ini dengan lebih banyak perkongsian strategik bersama syarikat dan konglomerat insurans; menambah pemahaman yang mendalam tentang perniagaan, produk dan teknologi kepada ekosistem kami yang semakin berkembang. Peluang-peluang ini disasarkan untuk mencipta nilai jangka panjang yang bermakna, memandangkan pakatan berkenaan dapat membantu menghasilkan penyelesaian teknologi yang utama dalam industri, memacu lebih banyak pertumbuhan perniagaan sambil menyerlahkan potensi penuh transformasi digital dalam industri penjagaan kesihatan. Kami telah didekati oleh banyak modal usaha niaga (VC) namun kami melihat lebih daripada kewangan yang dapat membantu kami mempercepatkan pertumbuhan kami melalui kedudukan strategik mereka bagi membolehkan kami untuk membina ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih lengkap."

"Dengan berganding bahu, kami berharap dapat mencipta penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan digital sepenuhnya generasi akan datang yang lebih peribadi, berpatutan dan boleh diakses bagi meningkatkan hasil kesihatan, menurunkan kos keseluruhan dengan pengalaman digital yang dipertingkat," kata Dato' Chevy Beh.

BookDoc ditubuhkan oleh Dato' Chevy Beh dan Joel Neoh, bersama penyokong syarikat termasuk keluarga King of Gaming Dr Stanley Ho, Ahli keluarga Diraja Brunei dan keluarga Achmad Hamami (keluarga jutawan dari Indonesia).

Industri kesihatan dan kesejahteraan yang kini bernilai USD $4.2 trilion, telah menyaksikan pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam dekad lalu. Masa depannya kelihatan cerah.

Source: BookDoc
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion