omniture

Shanghai Electric Percepat Perancangan Luar Negara, Cari Rakan Kongsi Luar Negara

Shanghai Electric
2019-09-20 21:16 115

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group ("Syarikat"), pembuat peralatan tenaga dan penyedia penyelesaian terkemuka, mempamerkan pelbagai penyelesaian dan peralatan di Kongres Tenaga Dunia kali ke-24 (WEC) yang diadakan di Abu Dhabi pada 9 hingga 12 September. Syarikat ini yang telah lama beroperasi di luar negara dan telah menjalankan beberapa projek-projek yang mapan, khususnya dengan rakan-rakan niaga di Timur Tengah dalam pelbagai bidang termasuk tenaga solar, kuasa gas, penyahgaraman dan pengurusan tenaga.

Dalam usaha untuk menyediakan penyelesaian yang bersih dan lebih bijak, Shanghai Electric telah menghasilkan produk yang lebih canggih dan telah membawa penyelesaian yang lebih komprehensif dan saling berhubung dengan memberi perkhidmatan kitaran hayat sepenuhya kepada WEC, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan di seluruh dunia.  Bermula dengan memperkenalkan produk-produk secara individu hinggalah kepada menawarkan penyelesaian yang lebih komprehensif dan bersepadu, Syarikat aktif mencari transformasi positif dalam perancangan strategiknya dan kedudukannya dalam industri berdasarkan trend pembangunan pasaran dan permintaan industry.

Dari sudut perniagaan, Shanghai Electric telah membuka ruang kepada pasaran luar negara. Pada tahun 2018, Syarikat juga menyaksikan kenaikan bilangan pesanan projek-projek pembinaan baharu dalam pasaran asing mengatasi pasaran domestik, yang menggariskan usaha Syarikat untuk membawa penyelesaiannya ke luar negara sejajar dengan inisiatif Jalur dan Jalan China. Pada tahun 2018 Syarikat telah melaksanakan beberapa projek mercu tanda di luar negara, termasuk antara lainnya projek pembinaan stesen janakuasa solar di Dubai, projek kuasa arang batu di Mesir, projek kuasa gabungan kitaran di Panama, dan projek penyahgaraman di Brunei.

Loji janakuasa yang sedang dalam pembinaan oleh Shanghai Electric di Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum Solar Park, Dubai, kini merupakan loji janakuasa solar terbesar di dunia, mampu menjana bekalan elektrik tanpa gangguan untuk lebih 320,000 isi rumah setiap tahun di Dubai, mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 1.6 juta tan.

Pada tahun ini, Shanghai Electric telah menawarkan penyelesaian tenaga solar di lebih banyak negara. Ia telah membina sebuah stesen janakuasa solar di Hokkaido, Jepun, dan telah mula menjana kuasa pada bulan Februari. Syarikat juga mempunyai pelbagai projek tenaga yang sedang berjalan di UK dan Australia.

"Kami sangat menghargai perniagaan luar negara kami, dan matlamat kami adalah untuk meningkatkan bahagian aset kami di luar negara dan menggandakan hasil perniagaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang," kata Zheng Jianhua, Pengerusi Shanghai Electric.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan bersepadu yang besar, yang mengkhusus dalam peralatan tenaga, peralatan industri dan perkhidmatan-perkhidmatan penyepaduan. Ia komited dalam memberikan pelanggan penyelesaian kepada penyepaduan teknologi dan sistem yang menggabungkan tenaga hijau, mesra alam, kepintaran dan Internet.

Source: Shanghai Electric
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Utilities Trade show news