omniture

Xtep x House of Holland Pamer Koleksi "City Runner", Jenama Pakaian Sukan Pertama dari China Sertai Minggu Fesyen London

Xtep
2019-09-21 00:10 356

LONDON, 21 September 2019 /PRNewswire/ -- Xtep International Holdings Limited, jenama fesyen pakaian sukan Cina yang terkemuka melancarkan koleksi "City Runner", satu kolaborasi bersama jenama pereka British House of Holland, di Minggu Fesyen London.

Koleksi Xtep x House of Holland
Koleksi Xtep x House of Holland

Xtep ialah jenama pakaian sukan Cina pertama memperkenalkan julung kali koleksinya di acara pertunjukan fesyen yang terkemuka UK, suatu petanda cita-cita berpandangan jauh Xtep. Ketua Pegawai Eksekutif jenama Xtep Holly Li dan Henry Holland, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif House of Holland, turut hadir. Pertunjukan "City Runner" berkenaan diadakan di Gas Holder Park, London dan menampilkan pentas peragaan membulat yang amat inovatif.

Holly Li: Ketua Pegawai Eksekutif jenama Xtep & Henry Holland: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif House of Holland
Holly Li: Ketua Pegawai Eksekutif jenama Xtep & Henry Holland: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif House of Holland

Set yang direka khas ini mempamerkan kombinasi "City Runner" antara sukan/dinamisme dan gaya bandar. Hadirin menghayati gaya fesyen sukan Xtep diadunkan dengan gaya berani dan pintar House of Holland. 

Xtep membawakan pakaian sukannya yang versatil dan inovatif kepada khalayak mengikut fesyen UK bersama jenama pereka British House of Holland. Menggabungkan estetika pakaian kasual British dengan inovasi dalam pakaian sukan, koleksi "City Runner" menonjolkan kualiti larian dan inovasi pakaian kasual jenama ini. Membayangkan koleksi pakaian larian digabungkan dengan gaya kasual disokong oleh perincian House of Holland yang tersendiri. Estetika istimewa ini mengguna pakai kombinasi warna yang terang, cetakan terang istimewa, fabrikasi dan gaya yang canggih teknikal. Dicipta dengan mengutamakan estetika belia moden, pereka Henry Holland telah menghasilkan koleksi untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup bandar yang dinamik dan kreatif.

Cetakan teknik ikat celup, yang dahulunya dilihat sebagai sebahagian daripada koleksi sebelum Musim Luruh House of Holland dihasilkan semula kepada warna limau nipis terang dan warna teal untuk pakaian lelaki dan warna kuning kemerah-merahan psikedelik untuk koleksi wanita. Panel boleh bernafas membentuk badan dan nilon paperweight dirapikan dengan kun alur reflektif dan digandingkan dengan pakaian luar 3M, menambah kepada fungsi sebenar koleksi pakaian yang aktif ini.

Xtep ialah salah satu jenama sukan natif yang terkemuka di China. Sebagai peneraju dalam pakaian dan kasut larian teknikal, ia telah menaja dan menganjurkan sendiri lebih 1,000 pertandingan larian, dengan sejumlah lima juta peserta mencakupi lebih 100 juta kilometer, menjadikannya rakan kongsi yang ideal untuk kolaborasi global ini. Xtep melancarkan koleksi ini di minggu fesyen antarabangsa terkemuka, berkongsi perspektif unik Xtep dalam fesyen sukan bersama dunia.

Latar Belakang Xtep International Holdings Limited

Xtep International Holdings Limited (kod saham SEHK: 1368) ialah sebuah syarikat pakaian sukan berbilang jenama yang terkemuka, disenaraikan pada Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 3 Jun 2008. Kumpulan ini terlibat terutamanya dalam rekaan, pembangunan, pembuatan, jualan, pemasaran dan pengurusan jenama bagi produk sukan termasuk kasut, pakaian dan juga aksesori. Ditubuhkan sejak tahun 2001, jenama istimewanya "Xtep" ialah jenama sukan profesional yang terkemuka dengan jaringan pengedaran luas melibatkan lebih 6,300 kedai meliputi 31 wilayah, kawasan berautonomi dan majlis perbandaran merentas PRC dan luar negara. Pada tahun 2019, Kumpulan ini terus mempelbagaikan portfolio jenamanya yang mana kini termasuk empat jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa iaitu K-Swiss, Palladium, Saucony dan Merrell.

Xtep ialah konstituen MSCI China Small Cap Index, Hang Seng Composite Index Series dan Shenzhen-Hong Kong Stock Connect. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang korporat Xtep: www.xtep.com.hk atau cari WeChat Kumpulan: xtepholdings.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190919/2584883-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190919/2584883-1-b?lang=0

 

Source: Xtep
Related Links:
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news