omniture

Pertandingan Mozart Zhuhai Tonjolkan Tarikan Baharu Kota Romantis China ke Mata Dunia

Zhuhai Huafa Group
2019-09-27 02:19 525

- Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai untuk Pemuzik Muda ke-3 Melabuhkan Tirai dengan Jayanya   

ZHUHAI, China, 27 September 2019 /PRNewswire/ -- Konsert penutup bagi Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai untuk Pemuzik Muda (Pertandingan Mozart Zhuhai) ke-3 selama 12 hari telahpun diadakan pada 22 September di Opera Hall bertempat di Zhuhai Huafa & CPAA Grand Theatre. Ia merupakan kali ketiga Zhuhai, yang terkenal di seluruh China sebagai Kota Romantis negara, berkolaborasi dengan Salzburg, bandar raya Mozart dan Sound of Music

Pertandingan Mozart Zhuhai tahun ini memberi tumpuan untuk meninjau bagaimana sebuah bandar membezakan dirinya melalui muzik, dengan menilai muzik sebagai komponen yang diperlukan dalam kurikulum akademik. Melalui pendidikan, pendekatan baharu untuk meningkatkan penyepaduan bandar dengan muzik dapat ditemui. Pertandingan ini terus mengukuhkan kehadirannya sebagai jenama budaya Zhuhai dalam pasaran-pasaran antarabangsa.

Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai untuk Pemuzik Muda ke-3
Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai untuk Pemuzik Muda ke-3

Ahli Jawatankuasa Tetap Kebangsaan CPPCC, naib presiden China Federation of Literary and Art Circles dan presiden Persatuan Pemuzik Cina Ye Xiaogang dan timbalan datuk bandar Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhuhai Yan Wu menyampaikan ucapan dalam upacara penutup. En. Ye berkata, "Pertandingan Mozart Zhuhai telah membina jambatan persahabatan antara Zhuhai dan dunia melalui keajaiban muzik. Sepanjang berlangsungnya pertandingan, ia turut meningkatkan reputasi Zhuhai sebagai pintu masuk dan hab dalam Kawasan Teluk Lebih Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau dan memainkan peranan penting dalam membantu menggalakkan usaha dan pencapaian China dalam memperkukuh pendidikan muzik belia serta mempromosi muzik klasik dalam dunia moden. Pertandingan berkenaan, sebagai asas sosial Inisiatif dan visi Jalur dan Jalan China, memainkan peranan penting dalam meningkatkan komunikasi terbuka antara penduduk dunia."

En. Yan menambah, "Tatkala GBA terus membangun, acara sosial dan kebudayaan seperti Pertandingan Mozart Zhuhai akan memberikan sumber manusia dan kebudayaan yang lebih beraneka, menyokong penubuhan GBA sebagai contoh ekonomi yang cemerlang bagi jalur ekonomi pantai."

Presiden Alink-Argerich Foundation (AAF) Gustav Alink, Pengarah Seni Biola Pertandingan Mozart Zhuhai Ketiga dan bekas timbalan canselor Mozarteum University Salzburg Paul Roczek, ketua jabatan piano Mozarteum University Salzburg Klaus Kaufmann dan juga pengarah eksekutif serta presiden Zhuhai Huafa Modern Service Investment Holdings Xi Xiaole turut hadir dalam upacara penutup dan konsert berkenaan.

Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai untuk Pemuzik Muda, yang berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan budaya Cina dan barat, telah menarik perhatian seluruh dunia. Liputan berita bagi edisi kedua Pertandingan mencatatkan hampir 280 juta tontonan atau bacaan di lebih 50 negara dan wilayah, manakala acara tahun ini dijangka menjadi lebih penting dari segi metrik dan untuk memainkan peranan yang besar bagi meningkatkan lagi imej dan jenama antarabangsa Zhuhai.

Latar Belakang Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai untuk Pemuzik Muda

Pertandingan Mozart Antarabangsa Zhuhai untuk Pemuzik Muda ialah pertandingan muzik bertaraf antarabangsa dan komprehensif untuk golongan muda. Pertandingan ini bukan sekadar memberi tumpuan pada kehebatan luar biasa pemuzik muda, tetapi juga meletakkan kepentingan yang besar kepada pemahaman dan interpretasi mereka terhadap gaya muzik klasik.

Latar Belakang Zhuhai Huafa Group

Ditubuhkan pada tahun 1980, Zhuhai Huafa Group menjadi salah sebuah syarikat yang tersenarai antara Fortune China 500. Ia merupakan perusahaan milik negara yang terkemuka di Zhuhai dan perbadanan komprehensif yang terkenal di China.

 

Source: Zhuhai Huafa Group
Keywords: Entertainment Music