omniture

Pra-Pendaftaran untuk Black Desert Mobile Tersedia Sekarang

Pearl Abyss
2019-09-30 09:14 145

SEOUL, Korea Selatan, 27 September 2019 /PRNewswire/ -- Pearl Abyss hari ini mengumumkan bahawa lewat tahun ini, MMORPG aksi dunia-terbuka Black Desert Mobile akhirnya akan menemui para pemain di serata dunia, termasuk beberapa Kawasan di Asia Tenggara. Pastikan anda pra-daftar di telefon bimbit sekarang untuk menjadi antara yang terawal memuat turun permainan dan mendapat ganjaran-ganjaran eksklusif!

Black Desert Mobile Pre-Registration and Pre-Orders Begin!
Black Desert Mobile Pre-Registration and Pre-Orders Begin!

Black Desert Mobile versi global akan terus menawarkan asas pertempuran yang sama dan pengubahsuaian corak permainan yang telah dialami oleh berjuta-juta pemain di seluruh dunia melalui PC, Xbox One, dan PlayStation®4. Selain daripada sistem pengubahsuaian pertempuran dan watak secara mendalam, Black Desert Mobile menawarkan kemahiran hidup untuk menaik taraf kem-kem, cabaran dengan kuasa-kuasa besar dunia, dan kandungan PyP seperti Node Wars. Black Desert Mobile menafsirkan semula Black Desert SEA yang terkenal dan mengoptimumkannya untuk platform mudah alih dengan aksi-aksi terkedepan, kawalan intuitif, dan sistem-sistem corak permainan yang terunggul.

Black Desert IP versi mudah alih telah menyaksikan kepopularan yang sangat besar apabila angka muat turunnya telah melebihi 10 juta. Para pengembara boleh memulakan pengembaraan baharu mereka dengan memilih daripada lima kelas watak: Warrior, Ranger, Giant, Witch atau Valkyrie.

Para pengembara boleh menerima item eksklusif dalam-permainan dengan mendaftar di laman sesawang rasmi Black Desert Mobile, kemudian pra-daftar atau pra-tempah di Google Play Store atau iOS App Store.

Saksikan treler rasmi corak permainan di sini: https://youtu.be/7rrIBXJWOuQ

Black Desert Mobile’s Official Logo
Black Desert Mobile’s Official Logo

Latar Belakang Black Desert

Black Desert ialah MMORPG aksi dunia-terbuka Pearl Abyss dengan visual-visual yang canggih dan pertempuran berasaskan kemahiran yang mengubah semula genrenya. Dengan sistem pengubahsuaian watak yang paling maju berbanding permainan lain yang ada di pasaran, para pengguna boleh keluar daripada kebiasaan dan mencipta watak-watak unik yang benar-benar menggambarkan diri mereka. Kawalan intuitifnya, dunia yang direka bentuk dengan indah, dan ceritanya yang luas akan mengujakan kedua-dua pendatang baharu dan veteran permainan MMO dan aksi RPG.

Latar Belakang Pearl Abyss

Ditubuhkan pada tahun 2010, Pearl Abyss telah membangunkan francais MMORPG Black Desert untuk PC, telefon mudah alih dan konsol. Kesemua permainan mereka dibina di atas enjin proprietari mereka dan terkenal kerana grafik-grafiknya yang canggih. Dengan pelbagai projek yang sedang dalam perancangan, mereka bersedia untuk meneruskan perkembangan mereka menerusi 2019 dan seterusnya untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai pembangun terkemuka dalam industri permainan. Maklumat lanjut tentang Pearl Abyss boleh didapati di www.pearlabyss.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190926/2591859-1-a?lang=0                        
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190926/2591859-1-b?lang=0

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services