omniture

Xinhua Silk Road: Pembuat minuman keras Cina Wuliangye hadiri gala istimewa di Perancis sebar budaya baijiu Cina

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-02 11:51 639

BEIJING, 2 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pengeluar minuman keras yang terkemuka di China Wuliangye Yibin Co., Ltd. telah dijemput untuk menghadiri gala istimewa yang diadakan baru-baru ini di Sungai Seine di Perancis yang bertujuan untuk menyebarkan budaya Cina.

The scene of the special gala held on the Seine River in France on September 27.
The scene of the special gala held on the Seine River in France on September 27.

Wuliangye juga merupakan minuman keras terpilih bagi acara tersebut yang diadakan oleh Pusat Kebudayaan China di Paris di bawah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, berperanan sebagai medium pertukaran budaya antarabangsa.

Wuliangye mendapat pujian daripada tetamu-tetamu dari dalam dan luar negara untuk rasa yang unik dan budaya mendalam minuman kerasnya.

Martine Partrat, an executive from Air France, is tasting the Wuliangye wine.
Martine Partrat, an executive from Air France, is tasting the Wuliangye wine.

Berbeza daripada rasa lembut champagne Perancis, minuman keras Wuliangye mempunyai rasa yang lebih keras dan lebih matang, kata Martine Partrat, seorang eksekutif daripada Air France, selepas merasa minuman keras Cina di lokasi acara tersebut.

Wuliangye memainkan peranan penting dalam mempromosi budaya Cina, memandangkan minuman keras tersebut dihasilkan di Yibin, sebuah bandar di Wilayah Sichuan barat daya China yang ditakrifkan sebagai "kawasan paling sesuai untuk penghasilan minuman keras sulingan tulen yang berkualiti tinggi di latitud sama Bumi," oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas persekitaran semula jadinya yang unik dan tidak diduplikasi.

Acara tersebut membawakan lagu dan tarian minoriti Cina, pertunjukan pakaian selain makanan dan wain Cina, dengan kehadiran seramai lebih 150 tetamu termasuk pegawai-pegawai Cina dan Perancis serta pihak-pihak daripada bidang ekonomi, budaya, media dan lain-lain dari kedua-dua negara.

Penganjuran acara gala sedemikian adalah bermanfaat untuk warga Perancis bagi mengenali China dengan cara yang menyeluruh melalui persembahan seni, pameran foto, pertunjukan fesyen dan sesi merasa makanan, kata Yan Zhenquan, pengarah Pusat Kebudayaan China di Paris.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308624.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190930/2595469-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190930/2595469-1-b?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Travel Trade show news