omniture

A.T. Kearney Lantik Utsav Garg sebagai Rakan Pengurusan Baharu untuk Asia Tenggara

A.T. Kearney
2019-10-03 08:59 224

SINGAPURA, 3 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- A.T. Kearney, firma pakar perunding pengurusan global yang terkemuka, telah melantik Utsav Garg sebagai rakan pengurusan baharu untuk Asia Tenggara, berkuatkuasa 1 Oktober. Utsav akan memantau strategi perniagaan dan operasi perniagaan A.T. Kearney di seluruh Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

A.T. Kearney Lantik Utsav Garg sebagai Rakan Pengurusan Baharu untuk Asia Tenggara
A.T. Kearney Lantik Utsav Garg sebagai Rakan Pengurusan Baharu untuk Asia Tenggara

A.T. Kearney komited terhadap pertumbuhan jangka panjang rantau ASEAN, menurut Rakan Pengurusan Global dan Pengerusi Alex Liu. "Kami merupakan perunding pilihan untuk banyak syarikat besar dan yang sedang berkembang, dan testimoni terbaik untuk hasil kerja kami ialah pertumbuhan mampan dan vitaliti mereka," kata beliau. "Utsav akan terus mendorong agenda kami bagi mencetuskan impak segera dan meningkatkan kelebihan pelanggan kami serta memberi semangat kepada kakitangan kami."

Utsav menggantikan Chua Soon Ghee, yang berkhidmat menerusi jawatan tersebut selama tujuh tahun dan akan terus berkhidmat sebagai rakan kongsi kanan di pejabat Singapura milik firma ini. Sepanjang empat tahun lalu, firma ini telah mencapai kemajuan ketara dengan pertumbuhan dua digit di rantau ini.

"Kami telah membina hubungan yang dipercayai bersama syarikat-syarikat terkemuka dalam sektor-sektor industri berbeza, khususnya berkisarkan bidang digital dan analitik serta transformasi seluruh syarikat yang berskala besar," kata Saurine Doshi, rakan kongsi dan ketua rantau Asia Pasifik. "Kelayakan terbukti Utsav dalam digital dan transformasi amat sesuai untuk fasa pertumbuhan yang seterusnya untuk A.T. Kearney di Asia Tenggara."

Seorang veteran industri dan perundingan selama 20 tahun, sebelum ini Utsav memimpin Amalan Transformasi Strategik firma untuk Asia Pasifik. Sebelum menyertai A.T. Kearney, beliau bekerja di Unilever, sebuah syarikat barangan pakej pengguna global yang utama. Beliau memulakan kerjaya di STMicroelectronics selepas memperoleh MBA daripada Indian Institute of Management Ahmedabad.

"Saya teruja dengan pertumbuhan ketara dan potensi transformasi untuk pelanggan kami di seluruh ASEAN," kata Utsav. "Syarikat-syarikat di rantau ini mempunyai peluang jelas untuk mengatasi rakan-rakan setara mereka dalam pasaran Barat, memanfaatkan digital dan analitik. Kami telahpun membantu pelanggan kami mendorong agenda Industri 4.0 mereka, mendayakan transformasi digital dari dalam dan menaik taraf strategi-strategi data dan analitik mereka sambil mencipta keputusan sebenar dan ROI menerusi pendekatan pragmatik terhadap digital."

Latar Belakang A.T. Kearney 

A.T. Kearney ialah firma pakar perunding pengurusan global yang terkemuka, mempunyai pejabat-pejabat di lebih 40 negara. Sejak tahun 1926, kami telah menjadi penasihat yang dipercayai untuk organisasi-organisasi yang utama di dunia. A.T. Kearney ialah firma milik rakan kongsi, komited untuk membantu pelanggan mencapai impak segera dan meningkatkan kelebihan dalam isu-isu paling bermisi kritikal mereka.

Ditubuhkan pada tahun 1990, perniagaan Asia Tenggara ini telah berkembang dengan ketara dan kini menawarkan perkhidmatan kepada rantau ASEAN dengan lebih 150 kakitangan di empat pejabat. Firma ini merupakan penasihat yang dipercayai untuk pengusaha utama rantau ini dalam pelbagai industri, bermula dengan teknologi maklumat dan komunikasi, telekomunikasi dan barangan pengguna serta jualan runcit hinggalah industri tenaga dan proses, automotif dan juga pengangkutan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi atkearney.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191002/2594442-1?lang=0

Source: A.T. Kearney
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Personnel announcements