omniture

Xinhua Silk Road: Forum Bandar-Bandar Terusan Dunia & Persidangan Terusan-terusan Dunia 2019 diadakan di Yangzhou Timur China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-09 18:20 406

NANJING, China, 9 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Forum Bandar-Bandar Terusan Dunia & Persidangan Terusan-terusan Dunia 2019 telahpun diadakan di Yangzhou, Wilayah Jiangsu di bahagian timur China, mulai 26 September hingga 6 Oktober.

Bertemakan perlindungan, warisan dan penggunaan budaya terusan, forum ini bertujuan bukan sahaja untuk menyebarluaskan tindakan China dalam usaha perlindungan, warisan dan penggunaan Terusan Besar China (Grand Canal), tetapi juga berkongsi amalan yang membuahkan hasil dan pengalaman termaju budaya terusan dunia.

Luo Shugang, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Cina; Wu Zhenglong, Gabenor Wilayah Jiangsu; Juan Carlos Varela, bekas Presiden Panama; dan Presiden IWI David Edwards-May menghadiri upacara perasmian yang diadakan pada 27 September dan menyampaikan ucapan tentangnya.

Wu menyatakan bahawa Jiangsu akan menggenggam erat peluang yang dibawa oleh forum tersebut dan menganggap terusan sebagai medium untuk mengukuhkan lagi pertukaran dan kerjasama bersama bandar-bandar terusan dunia, menggalakkan persefahaman budaya dan menyumbang kebijaksanaan China kepada perlindungan terusan global dalam usaha untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk pembangunan bandar-bandar terusan dunia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bandar raya Yangzhou berusaha untuk membangun menjadi sebuah bandar bersejarah dan budaya yang terkenal dengan tahap kesedaran budaya dan keyakinan budaya sendiri yang tinggi serta terus mendorong perlindungan yang baik terhadap Terusan Besar China, penggunaan saintifik terusan dan pengantarabangsaan pertukaran budaya terusan agar dapat memikul tanggungjawab Yangzhou dengan lebih baik, menyumbang kebijaksanaan Yangzhou dan memperlihatkan peranan demonstrasi Yangzhou dalam pembinaan koridor budaya Terusan Besar China.

Pelbagai aktiviti seperti pertunjukan cahaya, pertunjukan bakat rakyat dan perarakan karnival turut diadakan semasa berlangsungnya acara ini.

Sebagai laluan air buatan purba yang terpanjang dan terbesar di dunia, Terusan Besar China dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada Jun 2014.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308639.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation