omniture

Xinhua Silk Road: Festival jalan lasak gurun terbesar China tarik 1.2 juta peserta

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-10 00:01 431

BEIJING, 10 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- FB-Life Alxa Hero Festival kali ke-14, yang diadakan di Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di bahagian utara China dari 1 hingga 5 Oktober, telah menarik minat 1.2 juta pemain, peminat kenderaan jalan lasak dan pelancong untuk menikmati perlumbaan tersebut.

Festival berkenaan, yang dimulakan pada tahun 2006, bersama-sama dianjurkan oleh Fblife.com dan kerajaan tempatan pada tahun 2019. Sebagai perhimpunan kenderaan jalan lasak yang terbesar di China, ia telah menyaksikan penyertaan sebanyak hampir 400,000 buah kenderaan tahun ini.

Lebih 50 aktiviti seperti pertandingan siri Team-3 (T3), grand prix kenderaan semua rupa bumi, karnival muzik, ekspo auto, perlumbaan drift dan pertunjukan bunga api diadakan semasa berlangsungnya festival selama lima hari itu.

Sebagai acara yang paling penting dalam festival berkenaan, pertandingan siri Team-3 (T3) yang menghargai kolaborasi tiga kenderaan sebagai satu pasukan dan semangat kesukanan dalam menyahut cabaran sentiasa menggamit perhatian pemandu kenderaan jalan lasak. T3 Challenge dan T3 Relay tahun ini menarik minat 579 pesaing dan 346 buah kenderaan untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan tersebut.

Acara kemuncak bagi Alxa Hero Festival ke-14 juga melibatkan pertunjukan penerbangan lagak ngeri dan persembahan cahaya kenderaan udara tanpa pemandu. Semasa berlangsungnya festival berkenaan, 500 dron terbang dalam formasi khusus menerangi langit Alxa, lantas menggembirakan pengunjung dengan pesta visual seni dan teknologi.

Pameran komoditi pelancongan yang menampilkan Mongolia Dalam turut diadakan. Kira-kira 130 perusahaan mempamerkan produk pelancongan, kraf, barang kreatif dengan ciri-ciri tempatan yang menyebarkan daya tarikan budaya gurun, budaya nomad dan budaya unta Mongolia Dalam.

Alxa Hero Festival tahunan akan menjadi salah satu pemacu paling penting kepada Alxa League untuk membangunkannya menjadi destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Statistik menunjukkan bahawa Alxa Left Banner, lokasi festival tersebut diadakan menerima lebih daripada tujuh juta pelancong tahun lalu, merealisasikan pendapatan pelancongan kira-kira sebanyak 6.4 bilion yuan, meningkat 46.91 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308646.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation Travel