omniture

Xinhua Silk Road: SAIC Motor raih momentum di India dengan 31,000 pesanan diterima pada September

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-16 23:53 477

NEW DELHI, 16 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat auto Cina yang berpangkalan di Shanghai SAIC Motor Corporation Limited (SAIC Motor, 600104.SH) semakin mendapat momentum di India, menerusi tapak pengeluarannya yang dibuka pada bulan April tahun ini dan menerima 31,000 pesanan dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran MG Hector.

MG Motor India Pvt. Ltd.
MG Motor India Pvt. Ltd.

Mengintai potensi besar dalam pasaran India, SAIC Motor mengumumkan pada awal tahun 2017 untuk melabur sebanyak 3.275 bilion yuan bagi membina tapak pembuatan kereta dan menyokong taman pembekal di India dengan memperoleh dan membentuk semula kilang Halol General Motors India di Gujarat, barat India.

Meliputi kawasan seluas 700,000 meter persegi dengan kapasiti pengeluaran tahunan yang dirancang sebanyak 56,000 buah kereta, tapak India berkenaan merupakan tapak pengeluaran auto luar negara yang ketiga milik SAIC Motor selain tapak pengeluaran Thailand dan Indonesia, seraya menjadikan SAIC Motor sebagai pembuat auto Cina pertama yang melabur di India.

SAIC Motor melancarkan jenis auto pertamanya MG Hector di India pada Jun 2019.
SAIC Motor melancarkan jenis auto pertamanya MG Hector di India pada Jun 2019.

Pada 27 Jun tahun ini, SAIC Motor melancarkan jenis auto pertamanya MG Hector dalam pasaran India. Dilengkapi dengan sistem pemanduan pintar i-Smart yang dibangunkan sendiri daripada SAIC Motor yang telah dipertingkatkan bagi menampung keperluan pengguna India, MG Hector telah dijual dengan baik sebagai jenis auto Internet yang pertama di India.

Menjelang 29 September, tiga bulan selepas pelancaran produk, tapak pengeluaran India milik pembuat auto China berkenaan telah menerima 31,000 pesanan dengan 7,000 buah kereta baharu telahpun diserahkan.

Kehadiran kukuh SAIC Motor di India bukan sahaja telah mencipta peluang pekerjaan untuk penduduk setempat, tetapi turut menyuntik tenaga ke dalam ekonomi tempatan, dengan kira-kira 50 peratus komponen auto dikeluarkan oleh firma-firma tempatan. Selain itu, kereta-kereta Internet juga telah mencipta perniagaan baharu untuk perusahaan tempatan bagi menumpu pada perkhidmatan Internet, kecerdasan buatan dan bidang-bidang inovasi yang lain.

Pada masa kini, kerajaan India berusaha untuk mempromosikan kenderaan tenaga baharu (NEV). Ini memberi kelebihan buat SAIC Motor, menurut seorang pekerja dengan MG Motor India Pvt. Ltd., memandangkan ia mempunyai teknologi berkaitan dan merancang untuk melancarkan MG EZS, sejenis NEV daripada jenamanya sendiri, ke dalam pasaran India menjelang akhir tahun ini.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308756.html?from=singlemessage

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191015/2609863-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191015/2609863-1-b?lang=0

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion New products/services