omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan Pembangunan Tenaga Hijau Antarabangsa Ke-2 diadakan di Yangzhong timur China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-21 08:51 395

NANJING, China, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Persidangan Pembangunan Tenaga Hijau Antarabangsa (IGEDC) kali kedua pada hari Rabu bermula di Yangzhong, Wilayah Jiangsu, timur China, bertemakan aplikasi tenaga hijau global dan pembangunan bandar berkualiti tinggi untuk tahun ini.

2nd International Green Energy Development Conference held in E China's Yangzhong
2nd International Green Energy Development Conference held in E China's Yangzhong

Persidangan ini ditaja oleh China Economic Information Service (CEIS), Persatuan Industri Fotovolta China dan Jawatankuasa Khusus Tenaga Boleh Diperbaharui Persatuan Penyelidikan Tenaga China, antara institusi-institusi lain.

Dihadiri oleh pakar-pakar dan para usahawan dari dalam dan luar negara, persidangan ini bertujuan untuk meneroka dan mempamerkan teknologi terkini dan keadaan praktikal dalam aplikasi tenaga hijau serta membina platform kerjasama antarabangsa.

"IGEDC pertama berjaya diadakan di Yangzhong pada tahun 2017 dan amalan bandar raya tersebut telah menjadi model dalam pembangunan tenaga hijau global, transformasi hijau bandar dan pembinaan tamadun ekologi," kata Shi Zhengrong, pengerusi jawatankuasa penganjuran persidangan dan ahli akademik daripada Australian Academy of Technological Sciences and Engineering.

Pakar-pakar yang hadir percaya bahawa pembangunan tenaga hijau bukan sahaja merupakan kaedah yang penting untuk masyarakat antarabangsa menangani kekurangan tenaga, tetapi juga merupakan pilihan strategik untuk China bagi meningkatkan perlindungan terhadap alam sekitar, memastikan keselamatan tenaga dan menaik taraf struktur tenaga.

Xu Yuchang, pengerusi dan presiden CEIS, berkata bahawa individu berwawasan dan negara-negara yang bertanggungjawab di dunia meletakkan kepentingan yang lebih tinggi terhadap pembangunan tenaga hijau dan masa depan industri tenaga hijau akan menjadi lebih cerah.

Pembangunan hijau telah menjadi pengenalan penting untuk Yangzhong. Bandar raya ini komited terhadap pembangunan hijau dan telah melakar laluannya sendiri yang mana industri hijau dipandu oleh pembangunan hijau dan penggunaan hijau telah mula memberi manfaat kepada bandar raya hijau ini, kata Yin Min, setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Yangzhong CPC.

Yangzhong menyasarkan untuk merealisasikan penggunaan arang batu sifar di pulau utama dan 100 peratus penggunaan kuasa kediaman hijau menjelang tahun 2020 serta mencapai penggunaan arang batu sifat di seluruh bandar raya dan juga 100 peratus tenaga boleh diperbaharui dengan emisi karbon dioksida sifar menjelang tahun 2030.

Persidangan tahun ini terdiri daripada forum utama dan tiga sub-forum masing-masing tentang kerjasama antarabangsa dalam tenaga hijau sepanjang Jalur dan Jalan, pemudahan kecerdasan buatan untuk pembangunan mampan dan saling melengkapi antara kolam penternakan ikan/pertanian dan penjanaan kuasa fotovolta serta Internet tenaga.

Semasa persidangan, CEIS mengeluarkan Laporan Pembangunan Tahunan Aplikasi Tenaga Hijau Global dan Laporan mengenai Persekitaran Pelaburan Tenaga Hijau Jalur dan Jalan (2019).

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308819.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614090-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news