omniture

ZTE menang Anugerah Kecemerlangan 5G di Kongres Dunia SDN/NFV

ZTE Corporation
2019-10-21 09:34 340

SHENZHEN, China, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi Anugerah Kecemerlangan 5G di Kongres Dunia SDN/NFV yang diadakan di The Hague, Belanda hasil daripada Penyelesaian Common Edge. Ia merupakan satu-satunya anugerah produk dan penyelesaian terbaik 5G yang dianugerahkan di kongres tersebut.

Anugerah Kecemerlangan 5G
Anugerah Kecemerlangan 5G

Penyelesaian Common Edge ZTE menerima pakai teknologi dwiteras (VM + bekas) yang utama dalam industri untuk membina awan teragih 5G generasi baharu. Ia menggunakan perkakasan yang amat bersepadu dan berbilang jenis perkakasan pencepatan sesuai diri, menangani semua keperluan dalam senario 5G. Dengan memperkenalkan enjin AI, kolaborasi awan-pinggir dan kolaborasi pinggir-pinggir, ia membolehkan kuasa pengkomputeran untuk menyalurkan perkhidmatan dan merealisasikan pengoptimuman pintar.

Penyelesaian ini memecahkan seni bina tertutup bagi rangkaian telekomunikasi tradisional, membuka infrastruktur rangkaian pinggir, keupayaan pencepatan perkakasan, keupayaan pemunggahan rangkaian pinggir dan keupayaan persepsi rangkaian tanpa wayar kepada aplikasi pihak ketiga. Ia menerokai sepenuhnya keupayaan sedia ada rangkaian tanpa wayar dan mempercepatkan inovasi perkhidmatan dalam industri-industri vertikal, mengurangkan lagi kelewatan hujung-ke-hujung interaksi pengguna-perkhidmatan serta meningkatkan pengalaman pengguna.

Menangani cabaran O&M masa depan yang dibawakan oleh pembinaan MEC berskala luas, penyelesaian Common Edge ZTE boleh mencapai penggunaan satu-kunci dan peruntukan automatik MEC serta APP industri vertikal. Melalui pengurusan pinggir seragam dan O&M pintar, ia dapat mencapai O&M tak berjaga di pinggir untuk mengurangkan OPEX dengan banyak.

Penyelesaian Common Edge ZTE diaplikasikan secara meluas dalam pembuatan perindustrian, grid pintar, Internet Pelbagai Kenderaan (IoV), hiburan dan media, keselamatan awam, pendidikan, penjagaan kesihatan, kewangan, pertanian dan bidang-bidang lain. Ia memberi tumpuan pada aplikasi perindustrian "1+4", iaitu pendedahan keupayaan rangkaian tanpa wayar + video raya, IoV, pembuatan pintar dan juga bekalan kuasa. Disokong dengan penyelesaian Common Edge, ZTE telah menjalankan projek kerjasama dan rintis yang luas bersama lebih 100 rakan kongsi strategik dan lebih 200 pengguna industri.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE telah memperoleh 25 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614093-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news