omniture

Clé de Peau Beauté Perkenal La Crème Baharu, Ciptaan Agung Diperbaharui Semula

Clé de Peau Beauté
2019-10-21 20:05 98

LONDON, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan kecantikan mewah yang ulung oleh SHISEIDO Company, Limited, memperkenalkan edisi diperbaharui semula, La Crème ikonik, krim muka berprestasi tinggi yang merangkumkan dengan sempurna DNA jenama ini: kecerdasan, tiada kompromi dan hebat. Suatu kemuncak antara pandangan unik, teknologi canggih, ketukangan teliti dan prestasi luar biasa, La Crème baharu bersedia untuk dilancarkan pada Musim Bunga/Panas 2020.

Diperbaharui semula lapan kali sejak pelancarannya, La Crème bersedia untuk dilancarkan pada Musim Bunga/Panas 2020
Diperbaharui semula lapan kali sejak pelancarannya, La Crème bersedia untuk dilancarkan pada Musim Bunga/Panas 2020

 

Ditubuhkan berdasarkan pandangan unik Kecerdasan kulit, kebolehan semula jadi kulit untuk membezakan antara rangsangan yang jahat dan baik, serta kebolehan sel-sel kulit untuk menghantar maklumat antara satu sama lain, La Crème memanfaatkan pemahaman mendalam perilaku sel kulit bagi memberi hasil yang luar biasa. Diperbaharui semula sebanyak lapan kali sejak pelancarannya pada tahun 1982, setiap versi La Crème dimajukan dengan penemuan terkini daripada penyelidikan berterusan Clé de Peau Beauté' dan setiap satunya adalah lebih berkesan dan sofistikated berbanding versi terdahulu.

La Crème baharu menampilkan adunan kompleks proprietari yang amat berkesan: Pengiluminasi Memperhebat-Kulit, yang terdiri daripada adunan hebat lima bahan utama: Sari Pati Sutera Emas Platinum, Ekstrak Cangkerang Mutiara Jepun, Theanine, Ekstrak Perila dan Ekstrak Angelica Acutiloba, membantu menguatkan Kecerdasan Kulit dan meningkatkan kebolehan kulit untuk memperbaiki dan mempertahankannya daripada kerosakan yang disebabkan oleh pelbagai tekanan.

Selain itu, rumusan yang diperbaharui semula ini mengandungi Ekstrak CeraFerment baharu yang dihasilkan daripada yis yang ditemui di Wilayah Akita Jepun dan meningkatkan kebolehan kulit untuk menjana semula dan menjadi pejal dari dalam.

Tekstur yang luar biasa kaya dan mewah daripada La Crème dihasilkan oleh pakar-pakar selama beberapa hari menerusi proses berbilang langkah yang tepat dan pendekatan yang amat berhati-hati, mencampurkan dengan teliti lebih enam puluh bahan dipilih atur untuk menyerlahkan keserian dalaman dan memperbaiki kulit dengan berkesan untuk penampilan yang rasa muda kembali dengan kepadatan muda dalam 12 minggu[1].

La Crème baharu, dipersembahkan dalam pempakejan seakan-akan permata mewah, diperkenalkan dalam sebuah acara eksklusif yang berlangsung di mercu tanda Central London Serpentine Magazine yang terletak di Hyde Park, yang mana lebih 100 editor utama, individu berpengaruh dan penjual runcit dari seluruh dunia dihoskan oleh Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama untuk Clé de Peau Beauté dan En Katsunori Yoshida, Ketua Pegawai Teknologi Makmal Clé de Peau Beauté.

Tempat yang dipenuhi cahaya, perayaan fizikal janji keserian La Crème, merupakan persekitaran sempurna di mana teknologi dan cahaya digunakan sepenuhnya untuk mencipta pengalaman jenama yang interaktif dan holistik -- setiap titik sentuh menonjolkan pencapaian yang diraih oleh Clé de Peau Beauté dalam menerobos sempadan sains dan inovasi. Tetamu-tetamu dibawa melalui pemasangan multimedia digital dan interaktif yang mempamerkan perjalanan jenama tersebut, evolusi La Crème dan penemuan saintifik berkisarkan kulit yang membentuk asas kepada prestasi yang luar biasa mewah daripada La Crème.

Acara ini merupakan sambutan fizikal janji keserian La Crème
Acara ini merupakan sambutan fizikal janji keserian La Crème

Acara ini turut menandakan satu lagi pencapaian penting -- pelancaran jenama ini di Eropah dengan London sebagai tempat persinggahan pertamanya.

Cik Suzuki mengulas: "La Crème menjadi keutamaan dalam Clé de Peau Beauté dan kami berasa bangga dan berbesar hati untuk mempersembahkan rumusan baharu dan diperbaharui semula, yang disokong oleh komitmen tanpa henti kami terhadap sains dan inovasi penjagaan kulit. Ia merupakan ikon kemewahan yang menggabungkan teknologi peringkat tertinggi bagi memperkasa kebolehan semula jadi kulit demi keserian yang berubah hari demi hari."

"Tambahan pula, kami memutuskan untuk menganjurkan upacara pelancaran ini di London memandangkan bandar raya ternama ini mewakili langkah pertama kami dalam perjalanan jenama kami di Eropah. Kami teruja dengan kemungkinan tak berkesudahan pada masa depan yang dilakarkan oleh dedikasi pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang komited, yang terus berusaha untuk mencetuskan pencapaian saintifik yang baharu bagi memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam."

Upacara pelancaran ini turut disambut dengan majlis makan malam gala di Corinthia Hotel London, yang bersama-sama dianjurkan oleh Clé de Peau Beauté dengan duta jenama globalnya, Cik Felicity Jones.

Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté, Cik Felicity Jones, Duta Jenama Global Clé de Peau Beauté dan En. Katsunori Yoshida, Ketua Pegawai Teknologi Makmal Clé de Peau Beauté meraikan pelancaran La Crème baharu di majlis makan malam gala yang dianjurkan di Corinthia Hotel London
Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté, Cik Felicity Jones, Duta Jenama Global Clé de Peau Beauté dan En. Katsunori Yoshida, Ketua Pegawai Teknologi Makmal Clé de Peau Beauté meraikan pelancaran La Crème baharu di majlis makan malam gala yang dianjurkan di Corinthia Hotel London

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Cosmetics, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan juga sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi alat solek dan penjagaan kulit termaju dari seluruh dunia. Sentiasa dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 14 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté : www.cledepeau-beaute.com 
Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté : instagram.com/cledepeaubeaute 

[1] *Diuji di Afrika Selatan oleh 100–103 wanita Kaukasia berumur 40–68, 25 Julai–18 Oktober 2018.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615342-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615342-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615342-1-c?lang=0 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589910-1LOGO?lang=0

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services