omniture

Jinergy Tingkatkan Output Kuasa Modul HJT kepada 530W

Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
2019-10-23 15:05 293

PULAU PINANG, Malaysia, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Jinneng Clean Energy Technology Ltd ("Jinergy"), pengeluar PV dipacu teknologi yang berpangkalan di China, diundang untuk berkongsi pandangan tentang pariti grid di PV ModuleTech 2019, dianjurkan oleh PV Tech, salah satu media yang berpengaruh dalam industri PV.

Menurut Jinergy, kecekapan lebih tinggi, pelaburan awal lebih rendah dan keandalan lebih tinggi akan menjadi faktor-faktor penting bagi mengurangkan LCOE dan beralih ke arah pariti grid.

Dengan pekali suhu yang sangat baik, prestasi cahaya rendah yang cemerlang, penjanaan kuasa dwimuka dan degradasi yang amat rendah HJT akan menjadi teknologi kecekapan tinggi masa depan. Sebagai salah satu pengeluar PV yang pertama mengkomersialkan modul-modul HJT di China, Jinergy masih berusaha untuk meningkatkan teknologi pengeluaran besar-besaran HJT. Menurut Jinergy, penggunaan MBB, separa potong serta wafer 166, output kuasa dwimuka bagi generasi keempat modul HJT akan mencecah 530W, meningkatkan penjanaan kuasa dengan berkesan dan mengurangkan LCOE.

Selain kecekapan, pelaburan awal dan keandalan juga merupakan unsur-unsur yang tidak boleh diabaikan yang mempengaruhi LCOE. Dengan degradasi amat rendah serta PID yang ditunjukkan dalam ujian pihak ketiga serta fasa I calon pendahulu aplikasi PV Datong, modul-modul polihabluran dan monohabluran Jinergy terbukti dengan keandalan tinggi, membawa lebih banyak faedah buat pelabur. Selain itu, dengan menerima pakai wafer yang lebih besar, MBB, teknologi separa potong dan dwimuka, modul-modul kecekapan tinggi Jinergy akan turut membantu mengurangkan kos BOS.

Lantaran kecekapan yang tinggi dan kualiti yang andal, Jinergy diiktiraf secara meluas oleh pelanggan di seluruh dunia. Pada tahun 2018, penghantaran luar negara Jinergy menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah penghantaran dan angka tersebut dijangka melebihi 50% tahun ini. "Setelah dimasukkan ke dalam senarai Tahap 1 BNEF sejak suku pertama tahun 2019, Jinergy akan terus membawa modul-modul solar yang berkecekapan tinggi, berkualiti tinggi dan andal ke pasaran global," kata Dr. Liyou Yang, pengurus besar Jinergy.

Latar Belakang Jinergy

Jinergy, sektor tenaga mesra alam yang diperbadankan di bawah Jinneng Group, salah sebuah kumpulan tenaga milik negeri di China, mengikuti strategi lelaran teknologi dan menggunakan tiga generasi teknologi canggih, iaitu polihabluran, monohabluran PERC dan HJT.

Menjelang akhir tahun 2018, Jinergy mempunyai kapasiti pengeluaran 2GW secara keseluruhan untuk modul-modul polihabluran, monohabluran PERC dan HJT. Pada tahun 2017, Jinergy mengkomersialkan produk-produk HJT berkecekapan tinggi dan akan meluaskan kapasiti pengeluaran kepada skala GW dalam tempoh tiga tahun.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144424-1LOGO?lang=0 

Source: Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities