omniture

Laporan Baharu Daripada World Gold Council Tunjukkan Jalan untuk Ketahanan Industri Emas ketika Hadapi Risiko berkaitan Iklim

World Gold Council
2019-10-24 23:16 86

LONDON, 24 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini World Gold Council melancarkan laporan 'Emas dan Perubahan Iklim: Kesan-kesan semasa dan masa depan' ('Gold and Climate Change: Current and future impacts'), yang bertujuan untuk memberi pelabur dan pihak berkepentingan industri dengan kejelasan yang lebih besar berkisarkan profil emisi global dan peranan yang boleh dimainkan oleh emas sebagai aset pengurangan risiko iklim dalam strategi pelaburan jangka panjang.

Meneruskan usaha awal oleh World Gold Council pada tahun 2018, laporan baharu ini menawarkan gambaran yang lebih komprehensif tentang status semasa kesan iklim emas dan bagaimana sektor tersebut, dan perlombongan emas khususnya dapat menyahkarbonkan, selaras dengan objektif-objektif Perjanjian Paris.

Di samping itu, laporan ini menilai sejauh mana peranan emas sebagai aset pelaburan mungkin terjejas oleh risiko fizikal dan peralihan berkaitan iklim berbanding pelaburan-pelaburan aliran utama yang lain.

Dapatan utama daripada laporan termasuk:

  • Anggaran yang disemak semula bagi emisi berkaitan dengan kedua-dua pengeluaran dan penggunaan emas memperlihatkan pemahaman yang lebih tepat dan komprehensif tentang intensiti gas rumah hijau (GHG) emas serta jejak karbon, di samping mengesahkan secara meluas usaha tahun 2018 kami. Di samping itu, dapatan ini mengesahkan penggunaan hiliran emas – seperti barang kemas, bulion dan dalam produk elektronik – mempunyai kesan bahan yang sedikit terhadap jejak karbon keseluruhan emas.
  • Terdapat peluang yang besar bagi perlombongan emas untuk menyahkarbonkan. Khususnya, terdapatnya sebab yang kuat untuk percaya bahawa penggunaan tenaga dan bahan api dalam pengeluaran lombong emas dapat beralih ke arah laluan sifar bersih dengan cara yang praktikal dan berkesan kos.
  • Emas sebagai aset yang kelihatan agak mantap dalam konteks risiko fizikal dan peralihan berkaitan iklim, terutamanya apabila dilihat sebagai perbandingan dengan kebanyakan aset aliran utama yang lain. Ketahanan Emas sebahagiannya memperlihatkan pelbagai pemacu permintaan yang menyokong kes pelaburan yang lebih luas untuk emas.
  • Apabila dilihat bersama-sama, dapatan ini menunjukkan bahawa emas mungkin mempunyai peranan tambahan untuk dimainkan sebagai aset pengurangan risiko iklim dalam strategi pelaburan jangka panjang. 

Dr Ben Caldecott, Pengarah Program Kewangan Mampan Oxford dan Profesor Madya di University of Oxford, mengulas: "Pelabur di seluruh dunia, bermula daripada pelabur institusi besar kepada penyimpan runcit milenial kecil-kecilan, menjadi semakin sedar tentang jejak alam sekitar portfolio mereka. Cabaran global untuk beralih kepada jejak karbon negatif menimbulkan cabaran yang besar, tetapi juga peluang dan akan membentuk semula nilai aset dan syarikat merentas sektor-sektor dalam ekonomi global. Laporan baharu oleh World Gold Council ini memaparkan persoalan-persoalan utama yang perlu ditangani oleh industri emas pada masa kini bagi tujuan mencapai sifar bersih, tetapi ia juga melihat kepada emas yang memainkan peranan dalam penyelesaian ini. Saya mengalu-alukan laporan ini dan berharap dapat melihat kemajuan industri emas dalam tahun-tahun akan datang."

Terry Heymann, Ketua Pegawai Kewangan di World Gold Council, mengulas: "Kami menyedari bahawa perubahan iklim menimbulkan risiko yang amat besar kepada ekonomi global. Kajian baharu ini menunjukkan bahawa emas mempunyai peranan penting untuk dimainkan bagi menyokong peralihan kepada ekonomi rendah karbon, kedua-duanya melalui usaha penyahkarbonan dan sebagai pelaburan menarik tatkala pelabur mencari aset-aset yang berdaya tahan dalam portfolio mereka, yang kurang cenderung untuk mendapat kesan negatif oleh risiko-risiko fizikal dan peralihan yang dikaitkan dengan perubahan iklim."

Laporan penuh disediakan untuk dimuat turun di sini.

Anda boleh mengikuti World Gold Council di Twitter di @goldcouncil dan Klik Suka pada Facebook.

Catatan untuk editor:

World Gold Council

World Gold Council ialah pertubuhan pembangunan pasaran untuk industri emas. Tujuan kami adalah untuk merangsang dan mengekalkan permintaan terhadap emas, menyediakan kepimpinan industri dan menjadi kuasa global dalam pasaran emas.

Kami membangunkan penyelesaian, perkhidmatan dan produk yang disokong emas, berdasarkan pandangan pasaran berwibawa dan kami bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk menjadikan idea kami suatu kenyataan. Hasilnya, kami mewujudkan perubahan struktur dalam permintaan terhadap emas dalam sektor-sektor pasaran yang utama. Kami memberikan pandangan terhadap pasaran emas antarabangsa, membantu orang ramai untuk memahami kualiti pemeliharaan kekayaan emas dan peranannya dalam memenuhi keperluan sosial dan persekitaran masyarakat. 

Keahlian dalam World Gold Council melibatkan syarikat-syarikat perlombongan emas yang terkemuka dan paling berpandangan jauh di dunia.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/779630/World_Gold_Council_Logo.jpg

 

Source: World Gold Council
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mining Mining/Metals Precious Metals Publishing/Information Service Retail Survey, Polls & Research