omniture

BlueVoyant Perluas Operasi ke Filipina dan Tandatangani Urus Janji Perkongsian Penting

BlueVoyant
2019-10-25 01:21 148

Firma Keselamatan Siber Teruskan Peluasan Antarabangsa Platform Produk dan Kumpulan Pelanggan

NEW YORK, 24 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- BlueVoyant, sebuah firma keselamatan siber dipacu analitik dengan misi untuk melindungi perniagaan daripada penyerang siber sofistikated, hari ini mengumumkan peluasan operasinya ke Filipina. BlueVoyant secara rasminya membuka pejabat baharunya di Manila untuk bertindak sebagai ibu pejabat serantaunya.

Peluasan kehadiran fizikal BlueVoyant diketengahkan oleh perkongsian pengasas bersama institusi-institusi berpangkalan di Filipina yang terkemuka termasuk Aboitiz Equity Ventures, Inc., Bank of the Philippine Islands dan Unionbank of the Philippines.

"Kami bertuah kerana dapat membawa keupayaan pertahanan siber korporat bertaraf dunia kami untuk perniagaan daripada semua saiz di Filipina," kata Jim Rosenthal, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BlueVoyant. "Perkongsian ini memainkan peranan penting dalam pelancaran operasi kami di negara ini tatkala kami terus membantu dalam penambahbaikan postur sibernya."

"Sebagai sebahagian daripada perjalanan mampan kami pada tahun 2019 dan selanjutnya, Aboitiz Group menyasarkan untuk berusaha ke arah mencapai budaya kesedaran mengenai risiko keselamatan maklumat untuk mengukuhkan lagi pencegahan, pengesanan dan respons komprehensif terhadap ancaman keselamatan siber global yang semakin meningkat," kata Sabin M. Aboitiz, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi, Aboitiz Equity Ventures, Inc.

Ibu pejabat Manila akan diarahkan oleh Arleen Asuncion yang berperanan sebagai pengurus negara BlueVoyant. Asuncion menyertai BlueVoyant pada Mac 2019, selepas dua dekad dalam bahagian pengurusan, jualan dan komunikasi. Beliau akan disokong oleh Melecito Nadonga sebagai pengurus akaun teknikal dan Gino Montano sebagai pengurus pembangunan perniagaan.

"Tatkala kami terus membina momentum secara global dengan peluasan pejabat dan perkhidmatan kami ke Filipina," kata Gadi Goldstein, Presiden BlueVoyant International dan Pengerusi Israel, "kami tetap memberi tumpuan tinggi untuk menyediakan rakan kongsi kami dengan keupayaan pertahanan siber yang cemerlang daripada pasukan pakar yang bertaraf dunia."

BlueVoyant telah menjadi salah sebuah firma keselamatan siber yang paling pantas berkembang di dunia. Syarikat yang berpangkalan di Bandar Raya New York itu mengumpul sebanyak $82.5 juta baru-baru ini dalam pusingan pembiayaan Siri B pada penilaian melebihi $430 juta. Sejak pelancaran platform perkhidmatan keselamatan terurusnya pada Jun 2018, syarikat telah meluaskan kumpulan pelanggannya untuk melibatkan pelanggan daripada pelbagai industri termasuk perkhidmatan kewangan, pembuatan, kerajaan perbandaran dan sektor pendidikan, antara lain.

Latar Belakang BlueVoyant
Misi BlueVoyant adalah untuk melindungi perniagaan semua saiz daripada penyerang siber yang tangkas dan dibiayai sebaiknya dengan menyediakan keterlihatan, pandangan dan keresponsifan yang tiada tandingan. BlueVoyant menyediakan Kecerdasan Ancaman Termaju, Perkhidmatan Sekuriti Terurus dan Perkhidmatan Profesional. Syarikat ditubuhkan oleh Jim Rosenthal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Tom Glocer, Pengerusi Eksekutif, dan dipimpin oleh pasukan eksekutif perniagaan kanan serta mantan pemimpin siber kerajaan daripada Morgan Stanley, Thomson Reuters, NSA, FBI, GCHQ dan Unit 8200. BlueVoyant mempunyai pejabat-pejabat di Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom, Sepanyol dan Filipina.

Perhubungan Akhbar BlueVoyant:
Meredith Zaritheny, Prosek Partners
P: 646.818.9251
E: mzaritheny@prosek.com

Source: BlueVoyant
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Corporate Expansion