omniture

Pameran Canton ke-126 Pamer Pencapaian Teknologi, Galakkan Pembangunan Kendiri di China

Pameran Canton
2019-10-30 02:26 160

GUANGZHOU, China, 30 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat-syarikat Cina di Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton atau "Pameran") ke-126, mempamerkan produk-produk beretika yang dibangunkan dalam era digital. Sejajar dengan seruan acara ini terhadap penyelidikan dan pembangunan termaju, inkubasi jenama dan promosi hak harta intelek, produk-produk akhir yang dipamerkan menonjolkan keupayaan pembangunan kendiri yang inovatif dengan pelbagai fungsi gaya fiksyen sains.

Pameran Canton ke-126 Tonjolkan Kejayaan Cemerlang Teknologi, Galakkan Pembangunan Kendiri di China
Pameran Canton ke-126 Tonjolkan Kejayaan Cemerlang Teknologi, Galakkan Pembangunan Kendiri di China

"Sebuah acara perdagangan unggulan di China dan jendela kepada pembangunan ekonomi Cina, Pameran Canton menonjolkan daya tenaga perdagangan antarabangsa di China meskipun berdepan dengan ketidaktentuan semasa," kata Alan Liu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri di Pameran Canton, "Kami gembira dapat menyumbang kepada rantaian pembuatan premium global dengan daya saing yang semakin meningkat di China dalam pengeluaran pintar dan berkualiti tinggi."

Teknologi Pintar Bawakan Gaya Hidup Ringkas 
Salah satu sorotan utama di Pameran Canton tahun ini ialah produk-produk bersilang fungsian termasuk:

  • Makanan + peti sejuk Zhejiang Xingxing Refrigeration Co., LTD, dapat mengekalkan kelembapan dan suhu secara tekal pada sekitar 5 darjah Celsius, satu persekitaran ideal untuk menyimpan kosmetik.
  • Peralatan audio kalis air visual Guoguang Electric Company yang mempunyai cakera ganti yang bertindak sebagai pembesar suara sandaran bergetar apabila muzik dimainkan.
  • Sistem kawalan angin dan awan 'thermoception' berpaten canggih Chigo Air Conditioning Co., Ltd bertujuan untuk mencipta gaya hidup yang sihat dan bersih dengan pintar.

Teknologi Pintar China Muncul dalam Pasaran seluruh Dunia
Teknologi yang didemonstrasikan di Pameran Canton bukan sahaja dibawakan kepada pasaran maju, tetapi juga pasaran baru muncul, mendayakan keadaan hidup yang lebih baik. Unit-unit penyaman udara terpisah Chigo membezakannya daripada unit-unit yang lain dengan menawarkan produk-produk yang menjimatkan tenaga dengan output hingar rendah dan terbukti popular di Timur Tengah, Afrika, Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.

Sadik Reyepov, seorang pembeli dari Turkmenistan, kagum dengan banyak produk premium buatan Cina di Pameran ini, seperti mesin basuh bebas bersih dan sistem penyaman udara berpusat IoT yang dapat menghubungkan sehingga 1,500 unit peralatan dan peti sejuk dengan penimbang lemak badan yang dapat mencadangkan resipi. Beliau berkata bahawa syarikat-syarikat Cina membawa banyak produk pintar daripada pelbagai kategori kepada dunia.

Jessie daripada China Electronics Import & Export Zhuhai Limited Co. yang menyediakan peralatan pembayaran kepada beberapa negara menyatakan bahawa produk-produk mereka diterima baik dalam banyak pasaran antarabangsa memandangkan penyelesaian pembayaran mudah alih dan kod bar mereka merapatkan jurang dalam pembayaran teknologi kewangan.

Di Afrika, kipas mudah bawa daripada Guangzhou Shibaoli Electronic Technology Co., Ltd, termasuk lampu suluh, panel solar dan turut menjadi bateri mudah bawa, memastikan keserbabolehan terhebat sambil kekal sejuk.

"Banyak syarikat di Pameran Canton telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan agensi serta penjual runcit tempatan, yang kami percaya akan memberi faedah yang amat besar kepada pasaran-pasaran baru muncul seperti negara-negara sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan serta di Afrika," kata Liu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191028/2623212-1?lang=0

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news