omniture

Risen Energy keluarkan laporan suku ketiga: keuntungan bersih melambung 237.34%

Risen Energy Co., Ltd
2019-10-30 03:08 281

NINGBO, China, 30 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pada 21 Oktober, Risen Energy Co., Ltd. mengeluarkan laporan keputusan kewangannya untuk suku ketiga tahun 2019. Pendapatan kendalian bagi tempoh ini mencecah 3.718 bilion yuan (kira-kira US$526 juta), melambung sehingga 77.49% daripada setahun yang lalu. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham melonjak 237.34% berbanding tahun sebelumnya kepada 299 juta yuan (kira-kira US$42.3 juta), manakala keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham selepas menolak keuntungan dan kerugian yang tidak berulang berjumlah 261 juta yuan (kira-kira US$36.9 juta), melonjak 134.46% berbanding tahun sebelumnya.

Keputusan untuk tiga suku pertama juga agak positif. Pendapatan kendalian untuk tiga suku pertama meningkat kepada 9.77 bilion yuan (kira-kira US$1.38 bilion), meningkat 42.87% berbanding tahun sebelumnya, manakala keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham mencecah 783 juta yuan (kira-kira US$111 juta) dan meningkat sebanyak 271.13%. Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, output sel dan komponen PV syarikat, pendapatan jualan daripada produk PV yang berkaitan dan keuntungan jualan yang sepadan semuanya meningkat.

Sebagai salah satu daripada 10 pengeluar modul PV yang terkemuka di China, Risen Energy terlibat dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran sel serta modul silikon kristal solar selain pembinaan dan operasi stesen janakuasa fotovolta selama bertahun-tahun, mengumpul simpanan teknikal yang mendalam serta membangunkan banyak teknologi teras. Melalui simpanan teknikal dan pengumpulan peralatan, proses dan bahan yang berkaitan dengan heterosimpang (HJT), Risen Energy telah menguasai teknologi pembuatan HJT dan berjaya membangunkan komponen sel HJT berkecekapan tinggi.

Pada 19 Ogos, Risen Energy mengadakan upacara pecah tanah untuk projek sel dan modul HJT berkecekapan tinggi 2.5GW di Ninghai, sebuah daerah dalam bandar raya Ningbo di wilayah Zhejiang. Projek ini dijangka siap pada tahun 2021 dan akan menambah pendapatan jualan sebanyak 5 bilion yuan (kira-kira US$700 juta) sebaik sahaja ia memulakan pengeluaran penuh. Sel-sel HJT syarikat mempunyai kecekapan penukaran melebihi 23% dan termasuk helaian sisi belakang (backsheet) separa potong, imbrikat, dwikaca dan tinggi pemantulan yang bersepadu sebagai sebahagian daripada pembinaan sel. Melalui aplikasi teknologi sel HJT dwimuka berkecekapan tinggi, komponen HJT Risen Energy dapat menjana tenaga elektrik pada kedua-dua sisi panel dan menyediakan pelabur dengan 10-30% tahap pendapatan yang lebih tinggi daripada kuasa yang dijana.

Selain daripada sel-sel HJT, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Risen Energy juga berjaya membangunkan teknologi separa potong generasi kedua penggunaan cahaya ultra tinggi dan kehilangan kuasa ultra rendah melalui pengoptimuman bersama pempasifan bateri termaju dan pempakejan komponen berkecekapan tinggi. Selepas diuji oleh organisasi pengujian dan pensijilan pihak ketiga bebas TUV SUD, kecekapan penukaran fotoelektrik syarikat untuk modul-modul bersaiz 72-sel Jäger HP mencecah 21% dan merupakan antara yang tertinggi dalam seluruh sektor ini. Kecekapan penukaran maksimum untuk sel monokristal MBBnya melebihi 23.00%, dengan purata kecekapan mencecah 22.73%. Syarikat merancang untuk mencapai pengeluaran besar-besaran yang penuh bagi teknologi MBB dalam tahun ini.

Dalam masa yang sama, pengembangan pesat ke pasaran-pasaran di luar China turut memberi sokongan penting kepada pertumbuhan keuntungan Risen Energy. Pada masa kini, jejak perniagaan global syarikat telah berkembang ke Eropah dan juga Amerika Syarikat, Asia Tenggara, Oceania dan Asia. Di negara-negara dan wilayah-wilayah yang bersempadan dengan laluan "Inisiatif Jalur dan Jalan" kerajaan Cina, khususnya, Kazakhstan dan Ukraine, syarikat turut mencapai keputusan yang signifikan.

Risen Energy menduduki tempat kedua bagi penghantaran ke pasaran Eropah dalam separuh pertama tahun 2019, menyumbang lebih 10% daripada penghantaran China bagi peralatan solar ke wilayah berkenaan. Selain Ukraine, penghantaran oleh syarikat menduduki tempat pertama untuk Republik Dominican, menyumbang sebanyak lebih 50% modul yang dihantar ke sana, menjadikannya peneraju bagi eksport komponen ke negara Caribbean.

 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities