omniture

Sekolah Perniagaan SKEMA pada tangga ke-12 di seluruh dunia oleh Financial Times untuk program Sarjana dalam Pengurusan

SKEMA Business School
2019-11-05 04:23 133

PARIS, 4 November 2019 /PRNewswire/ -- Financial Times telah menerbitkan kedudukan dunia 2019 untuk program Sarjana dalam Pengurusan. Program Sarjana dalam Pengurusan Sekolah Perniagaan SKEMA telah berada pada kedudukan ke-12 dalam kalangan 100 sekolah perniagaan yang ditampilkan. Ia telah mendaki 13 anak tangga tahun ini daripada kedudukan pada 2018.

 

Majlis Pengijazahan SKEMA
Majlis Pengijazahan SKEMA

 

SKEMA telah dimasukkan di dalam kedudukan ini sejak dilancarkan pada 2009. Ia kini memasuki senarai kedudukan 15 teratas sekolah perniagaan terbaik di dunia FT pada kadar yang luar biasa.

Di Perancis, Sarjana dalam Pengurusan SKEMA telah menduduki tempat ke-4 dalam kalangan 22 Grandes Ecoles Perancis yang diwakili.

Dalam panorama global ini, penghargaan alumni terhadap sekolah mereka, integrasi dan evolusi profesional mereka sepanjang tempoh tiga tahun mewakili separuh daripada penilaian. SKEMA menyerlah terutamanya dalam kategori 'matlamat yang dicapai' yang mengambil kira objektif yang dicapai oleh alumni hasil diploma mereka dan berada di kedudukan ke-6 di seluruh dunia. Dalam kategori 'pengalaman antarabangsa', SKEMA berada di kedudukan ke-9.

Kemajuan sekolah adalah gambaran tepat model pedagogi yang telah dibangunkan: berkongsi kekayaan pengalaman yang benar-benar global dan berbilang budaya yang tiada tandingannya kepada pelajarnya yang mewakili 120 warganegara di 7 buah kampus antarabangsanya.

Alice Guilhon, dekan SKEMA, menyatakan: "Kami boleh mengukur sejauh mana kedudukan kami memandangkan kami telah memasuki kedudukan pada 2009 dan berbangga dengan pencapaian yang telah kami capai setakat ini. Ini adalah satu pengiktirafan hebat strategi pengantarabangsaan sekolah dan kejayaan siswazah kami. Berada di kedudukan ke-12 di dunia merupakan ganjaran yang sangat memuaskan ketika SKEMA meraikan sambutan ulang tahun ke-10nya tahun ini."

Dengan 8,500 pelajar daripada 120 warganegara dan 45,000 siswazah di 145 negara, Sekolah Perniagaan SKEMA ialah sebuah institusi pendidikan tinggi yang melalui penyelidikan, 50 program pembelajaran dan struktur berbilang tapak antarabangsanya, melatih dan mendidik insan yang diperlukan oleh syarikat abad ke-21. Sekolah kita terletak di 7 buah tempat: 3 kampus di Perancis (Lille, Sophia-Antipolis, Paris), 1 di China (Suzhou), 1 di Amerika Syarikat (Raleigh), 1 di Brazil (Belo Horizonte) dan 1 Afrika Selatan (Cape Town).

Pada September 2019, sekolah mengumumkan pelancaran rasmi Makmal Globalnya dalam Kecerdasan Luasan dan pusat (Penyelidikan & Pembangunan) R&D baharunya: SKEMA Quantum Studio.

SKEMA memiliki tiga akreditasi daripada EQUIS, AACSB dan AMBA.

Majlis Pengijazahan SKEMA

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/1020385/SKEMA_Graduation_Ceremony.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/931024/SKEMA_Logo.jpg

 

 

Source: SKEMA Business School
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Magazines Publishing/Information Service Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)