omniture

Xinhua Silk Road: Pesta Promosi Pelaburan Musim Luruh Kunshan 2019 tuai hasil berguna

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-07 08:08 376

BEIJING, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Pesta Promosi Pelaburan Musim Luruh Kunshan 2019 baru-baru ini telah dibuka di Bandar Kunshan di timur Wilayah Jiangsu, China, menarik minat kira-kira 1,000 tetamu yang terlibat dalam pelbagai industri untuk menghadiri pesta ini.

Ketika pesta ini, sejumlah 100 projek dengan pelaburan keseluruhan lebih 80 bilion yuan berjaya dikontrakkan, yang mana terdapat empat projek yang setiap satunya bernilai lebih 10 bilion yuan dengan gabungan pelaburan 33.73 bilion yuan.

Sejak penyediaan zon pembangunan dengan biayanya sendiri, Kunshan telah mencipta laluan pertumbuhan khusus yang menerima secara terbuka pembangunan berkualiti tinggi. Pada 2019, bandar ini berada pada kedudukan teratas dalam 100 Bandar Peringkat Daerah Terbaik di China berdasarkan kekuatan menyeluruh selama 15 tahun berturut-turut.

Pada 2018, Kunshan menjadi bandar peringkat daerah pertama di China dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi 380 bilion yuan. Bandar ini mengasaskan 196 projek pelaburan asing baharu dari Januari hingga September tahun ini, dengan modal asing berdaftar tergabung mencapai 1.28 bilion dolar A.S.

Semasa pesta ini, perusahaan yang membuat sumbangan kepada Kunshan daripada aspek modal asing, dagangan asing, pengeluaran industri dan manfaat pengeluaran pada 2019 diberi penghargaan, dengan lapan anugerah diberikan seperti "Anugerah untuk Sumbangan Unggul bagi Peningkatan Modal Asing yang Stabil."

Sementara itu, Kunshan melancarkan kelompok projek pertama bernilai keseluruhan 50 bilion yuan pada platform bekalan-permintaan industri dan satu dokumen mengenai amalan terbaik promosi dan perlindungan pelaburan sebagai bulan tema untuk 2019.

Bagi menambah baik persekitaran perniagaan di Kunshan, bandar ini telah melaksanakan 23 polisi dan sepuluh langkah sokongan secara teliti, dan berganding bahu dengan negara Jalur dan Jalan (B&R) dalam membangunkan tujuh platform R&D.

Kunshan berusaha untuk menerima secara terbuka pelbagai peluang yang dibawakan oleh kemajuan Inisiatif Jalur dan Jalan dan strategi nasional lain seperti zon perdagangan bebas rintis, memimpin laluan ke arah pembangunan kualiti dan bandar rintis moden dalam era baharu.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309202.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news