omniture

Xinhua Silk Road: Huangzhou Timur China jadi destinasi tumpuan untuk pelaburan

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-08 06:51 397

BEIJING, 8 November  2019 /PRNewswire/ -- Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang timur China, telah menjadi destinasi tumpuan untuk pelaburan berkaitan persekitaran perniagaan ditambah baik pada beberapa tahun terakhir.

Statistik menunjukkan penggunaan sebenar modal asing Hangzhou mencecah 6.086 bilion dolar A.S. dari Januari-September, meningkat 19.21 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Keputusan ini kali pertama berlaku terutamanya kerana bandar ini telah melaksanakan beberapa langkah untuk menarik bakat dan menambah baik perkhidmatan berkaitan untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaannya.

Hangzhou berada di kedudukan pertama di China dari aspek aliran masuk bakat bersih pada 2018 dan 2019. Ia juga berada di kedudukan teratas di dalam negara dari segi pengenalan bakat luar negara tahap tinggi, jurutera dan elit daripada bidang sains dan teknologi.

Kelompok berbakat besar telah membawa masuk aliran modal berkualiti dan industri lanjutan, yang telah sama-sama membentuk Hangzhou menjadi pusat pembuatan berkelas tinggi dan pusat pembuatan pintar.

Banyak platform inkubasi industri transnasional seperti Taman Inovasi Teknologi Perubatan Australia China dan Taman Industri Teknologi Finland-China telah selesa bertempat di bandar ini, memacu transformasi dan menaik taraf industri tempatan.

Selain itu, Hangzhou juga telah menambah baik perkhidmatan kerajaannya, mengurangkan cukai dan bayaran serta melicinkan prosedur pentadbiran, dengan matlamat membina persekitaran perniagaan kelas dunia.

Bagi mempromosikan inovasi dan keusahawanan, Hangzhou telah menetapkan dana kerajaan, jaminan teknologi berasaskan polisi, dana khas untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana berkaitan teknologi dan mengasaskan bank teknologi secara usaha sama dengan bank utama.

Bandar ini juga telah menempa kejayaan cemerlang dalam pengurangan cukai. Data menunjukkan sebanyak 2.309 bilion yuan cukai telah dikurangkan untuk 116,300 perusahaan sejak 2018. Sementara itu, pembaharuan cukai nilai tambah bandar ini telah menyelamatkan syarikat daripada cukai berjumlah 4,105 bilion yuan.

Dengan kelebihan geografi, sumber bakat yang melimpah, inovasi dan modal serta perkhidmatan kerajaan yang cekap, Hangzhou menikmati lebih banyak peluang daripada sebelumnya, kata pegawai Biro Promosi Pelaburan Hangzhou.

Lihat pautan asal:  https://en.imsilkroad.com/p/309211.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Travel