SHANGHAI, 8 November 2019 /PRNewswire/ -- Youngme, jenama makanan import yang dimiliki oleh rangkaian makanan ringan berpangkalan di Shanghai LYFEN, mempamerkan lebih 20 produk terpilih dalam lima kategori: makanan laut, minuman, gula-gula, coklat dan jeli, biskut dan kekacang di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE 2019) ke-2. Acara tahunan penting di dunia bagi perdagangan global ini menghimpunkan kira-kira 3,000 pempamer, lebih banyak daripada edisi tahun lalu, dari lebih 150 negara dan wilayah di bawah satu bumbung.
Pelancaran Youngme oleh LYFEN di CIIE 2018 telah menjadi langkah yang penting dalam melaksanakan strategi syarikat untuk membina platform global. Berkedudukan sebagai jenama makanan ringan yang mengimport produk-produk terpilih dari seluruh dunia, Youngme telah melancarkan hampir 100 produk dalam sembilan kategori utama melalui jalinan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar utama dari lebih 20 negara dan wilayah seluruh dunia, termasuk Australia, Perancis, Rusia, Korea Selatan, UK dan AS, menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis makanan ringan antarabangsa asli dan produk-produk berkaitan.
LYFEN telah mengukuhkan daya saingnya sebagai jenama kebangsaan Cina melalui jalinan kerjasama dengan CIIE menerusi jenama produk importnya Youngme, menggalakkan sepenuhnya pelaksanaan strategi pembangunan globalnya yang digelar olehnya sebagai "Jenama Cina, Pengeluaran Seluruh Dunia dan Perkongsian Global". LYFEN mencari sumber, produk dan rakan kongsi baharu sebagai pembeli dengan mengambil bahagian dalam CIIE 2019 selain untuk menyediakan produk-produk terpilih yang berkualiti tinggi sebagai pempamer.
LYFEN bukan sahaja merupakan jenama kebangsaan Cina, tetapi juga pencipta, pelaksana dan peneraju dalam pasaran Cina untuk operasi rangkaian makanan ringan. Setakat ini, LYFEN telah membuka hampir 2,800 kedai di lebih 100 bandar dan 24 wilayah di seluruh negara, mewujudkan landskap jualan runcit omnisaluran baharu termasuk aplikasi proprietarinya, kehadiran e-dagang dan saluran jualan lain.
Menuju masa depan, LYFEN merancang untuk terus membangunkan lebih banyak makanan ringan berkualiti dengan membina perkongsian bersama pembekal-pembekal makanan di negara-negara yang disasarkan oleh Inisiatif Jalur dan Jalan China.
"Kami akan memanfaatkan CIIE sebagai platform untuk terus mengembangkan dan mengukuhkan LYFEN serta Youngme bagi membawakan lebih banyak makanan import yang berkualiti tinggi kepada pengguna domestik," kata Ketua Pegawai Eksekutif LYFEN Yu Ruifen. "Sementara itu, kami juga perlu memberi tumpuan terhadap strategi menuju ke luar untuk memperluaskan eksport produk-produk premium kami ke negara-negara asing."
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191108/2634151-1?lang=0