omniture

atta, perkhidmatan perjalanan yang menggunakan Data Raya dan AI telah membantu pelancong menjimatkan kira-kira 1,830,000 MYR melalui pemberitahuan harga dan telah menambah Booking.com kepada senarai rakan kongsinya

atta
2019-11-12 12:55 335

TOKYO, 12 November 2019 /PRNewswire/ -- atta pte ltd (diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif: Yoshihisa Haruyama) telah mengumumkan bahawa sejak pelancaran aplikasinya pada 4 Julai 2019, atta telah membantu para pelancong menjimatkan kira-kira 1,830,000 MYR melalui pemberitahuan harga untuk kedua-dua penerbangan dan hotel. Pemberitahuan ini memaklumkan para pengembara apabila terdapat penurunan harga untuk hotel atau penerbangan. Aplikasi atta telah mencapai lebih daripada 100,000 muat turun sejak Julai.

atta has added Booking.com to its list of partners
atta has added Booking.com to its list of partners

Dengan aplikasi atta, para pengembara dapat membandingkan harga dari pelbagai platform tempahan dalam talian dengan mudah. Sistem AI kami meramalkan kebarangkalian kadar bilik menurun pada masa akan datang. Para pengembara boleh mendaftar untuk pemberitahuan tolak supaya mereka dimaklumkan apabila harga turun bagi hotel yang mereka kehendaki. Sejak bulan Julai, atta telah membantu pengembara menjimatkan kira-kira 1,070,000 MYR pada harga bilik hotel.

Pada bulan September, atta membina perkhidmatan carian tiket penerbangan dengan kerjasama Skyscanner. Dengan aplikasi atta, para pengembara boleh mencari penerbangan ke & dari 4400 lapangan terbang di seluruh dunia. Sama seperti perkhidmatan hotelnya, atta mempunyai fungsi ramalan harga AI terbina dalam untuk tiket penerbangan. Pengembara boleh mendaftar untuk pemberitahuan harga untuk memantau harga laluan tertentu dan dimaklumkan dalam masa sebenar apabila harga turun. Sejak September, atta telah membantu pengembara menjimatkan kira-kira 761,000 MYR pada harga tiket penerbangan.

Encik Haruyama berkata: "Saya gembira kerana atta boleh membantu para pelancong mendapatkan tawaran terbaik untuk penerbangan & hotel mereka dan menjimatkan banyak masa dan wang dengan ciri pemberitahuan harga kami. Kami gembira kerana lebih daripada 100,000 pengembara telah memuat turun aplikasi kami setakat ini dan kami berharap untuk membantu lebih ramai pelancong pada masa akan datang!"

Pada bulan Oktober, atta berjaya menyempurnakan penyepaduan rakan e-dagang perjalanan, Booking.com, yang menghubungkan pengembara dengan pilihan terbesar tempat menginap yang hebat di dunia. Pilihan ini terdiri daripada hotel dan rumah percutian kepada ryokan, villa dan juga iglo. Dalam jawapannya, Encik Haruyama berkata: "Dengan penyepaduan sistem ini bersama Booking.com, pelancong mempunyai lebih banyak pilihan di hujung jari mereka untuk mencari, membandingkan dan akhirnya menempah penginapan yang dikehendaki. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Booking.com untuk memberikan lebih banyak nilai dan pilihan kepada pengembara kami."

Laman sesawang: https://atta.ai/

Aplikasi iOS: https://apps.apple.com/app/atta/id1406244428
Aplikasi Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=app.atta
Bahasa yang Disokong Pada Masa Ini: Bahasa Inggeris & Jepun

Latar Belakang atta pte ltd

atta pte ltd ialah syarikat baharu teknologi perjalanan dengan pejabat di Tokyo dan Singapura. atta diasaskan di Tokyo pada 12 Mac 2018 dan diperluas ke Singapura pada bulan Mac 2019. atta telah mengumpul 2.5 juta USD dalam pengumpulan dana awal pusingan pada Januari 2019. Sebagai pemimpin dalam inovasi, atta telah dijemput untuk membuat pembentangan di RISE Hong Kong 2019 dan ITB Asia 2019. atta juga dicalonkan sebagai finalis kebangsaan dalam Anugerah ASEAN Rice Bowl Startups untuk Pendatang Baharu dan Pengasas Terbaik Tahunan. Untuk maklumat lanjut, sila emel Gerard Andrew James, Pengarah, Pembangunan Perniagaan, SEA di: pr@atta.ai

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191108/2637279-1?lang=0

Source: atta
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Hotels and Resorts Mobile Entertainment Telecommunications Travel Contracts