omniture

Ekspo Import Antarabangsa China Kedua labuh tirai dengan pelaksanaan yang berjaya

China International Import Expo
2019-11-12 15:46 384

SHANGHAI, 12 November 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) melabuhkan tirai edisi keduanya pada 10 November dengan keputusan yang lebih membuahkan hasil berbanding tahun pertama, mempamerkan resolusi China untuk terus membuka pintu dan menyuntik tenaga jangka panjang demi pembangunan ekonomi dunia yang lebih mampan.

Pemandangan malam lokasi CIIE -- Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai)
Pemandangan malam lokasi CIIE -- Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai)

Menerusi tema "Keterbukaan dan Inovasi untuk Kerjasama Saling Menguntungkan," Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao mempunyai sekitar 60 penceramah tersohor daripada lingkungan politik, perniagaan dan akademik di seluruh dunia, menyampaikan ucapan dalam lima sesi selari mengenai persekitaran perniagaan, kecerdasan buatan, reformasi WTO, e-dagang dan pembangunan 70 tahun China.

Sejumlah 71.13 bilion dolar AS nilai urus niaga tentatif dicapai untuk pembelian barangan dan perkhidmatan selama setahun semasa CIIE kali kedua, meningkat 23 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada sebelah tengah hari 10 November, pameran berkenaan telah mencapai lebih daripada 910,000 pengunjung dari 181 negara dan wilayah serta organisasi-organisasi antarabangsa.

Pameran Negara dalam ekspo berkenaan disertai oleh 64 negara dan tiga organisasi antarabangsa -- Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pusat Dagangan Antarabangsa.

Lebih daripada 3,800 syarikat asing mengadakan pameran dalam Pameran Perniagaan dan sekurang-kurangnya 391 produk, teknologi atau perkhidmatan baharu membuat penampilan sulung peringkat global atau serantaunya menerusi CIIE tahun ini.

Bilangan pengunjung profesional berdaftar untuk CIIE kedua melangkaui 500,000 pengunjung, antaranya merupakan lebih 7,000 pembeli luar negara.

Sekitar 380 aktiviti termasuk analisis dasar oleh kementerian-kementerian berbeza, penerbitan laporan oleh WTO dan UNIDO, telahpun diadakan semasa ekspo berkenaan.

Setakat 10 November, lebih 230 buah syarikat dari serata dunia telah mendaftar untuk CIIE kali ketiga, dengan gabungan kawasan pameran melebihi keluasan 84,000 meter persegi, Antaranya merupakan lebih 80 syarikat Fortune Global 500 atau peneraju industri, dengan jumlah kawasan pameran melebihi 50,000 meter persegi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638535-1?lang=0

 

Source: China International Import Expo
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news