omniture

Mainstream Renewable Power Capai Perjanjian Pembiayaan Angin dan Solar USD$580 Juta di Chile

Mainstream Renewable Power
2019-11-12 19:14 113

DUBLIN, 12 November 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat pembangunan angin dan solar bertaraf global, Mainstream Renewable Power ("Mainstream" atau "Syarikat"), telah mencapai pemenuhan pembiayaan untuk fasa pertama platform penjanaan kuasa angin dan solar "Andes Renovables" 1.3 gigawatt gergasi milik penuh dan berkontrak sepenuhnya di Chile.

Syarikat telah berjaya mengumpul sebanyak USD$580 juta secara hutang untuk membiayai pembinaan fasa satu untuk apa yang bakal menjadi salah satu platform penjanaan angin dan solar yang terbesar di Amerika Latin.

Pembiayaan berkenaan telah disediakan oleh konsortium dengan enam buah bank: CaixaBank, DNB, KfW IPEX-Bank, Natixis, SMBC dan Societe Generale, serta merupakan salah satu perjanjian pembiayaan hutang tenaga boleh diperbaharui terbesar yang dilaksanakan di wilayah ini bagi tahun ini. Bank ketujuh, Banco Santander, menyediakan kemudahan VAT.

Fasa pertama 571 megawatt (MW) Andes Renovables – digelar "Cóndor" – terdiri daripada aset-aset penjanaan PV tiga angin dan satu solar. Kerja-kerja pembinaan telahpun bermula dan aset-aset berkenaan akan memulakan operasi komersial pada tahun 2021. Aset-aset tersebut akan menjana bekalan elektrik mampan yang mencukupi untuk memberi kuasa kepada 680,000 buah rumah penduduk Chile dan akan menggantikan 656,000 tan metrik gas CO2 setiap tahun.

Andes Renovables ialah platform penjanaan angin dan solar tiga fasa c.USD$1.7 bilion, terdiri daripada aset-aset penjanaan PV tujuh angin dan tiga solar. Dua fasa berikutnya, "Huemul" dan "Copihue", yang mempunyai gabungan kapasiti c. 730 MW, berada di landasan untuk mencapai pemenuhan pembiayaan pada bulan-bulan akan datang.

Ladang angin baharu tersebut akan dibina oleh Sacyr Industrial dan Elecnor, dengan Vestas, Nordex Acciona dan Siemens Gamesa membekalkan turbin-turbin angin. Sterling & Wilson dipilih untuk membina ladang solar Río Escondido, manakala kerja-kerja sambungan grid akan dijalankan oleh Transelec, CGE, HMV dan Siemens. Keempat-empat transformer kuasa utama untuk projek-projek tersebut akan dibekalkan oleh ABB.

Andy Kinsella, Ketua Eksekutif Kumpulan Mainstream berkata: "Memecah tanah di platform Andes Renovables1.3 gigawatt Mainstream merupakan satu pencapaian penting dalam komitmen jangka panjang kami untuk membawakan penjanaan tenaga yang bersih dan rendah kos ke Chile. Permulaan penyerahan projek tiga fasa bernilai USD$1.7 bilion ini – salah satu platform penjanaan kuasa angin dan solar yang terbesar di Amerika Latin – terus dibuktikan melalui kedudukan Mainstream sebagai pembangun bebas yang terkemuka di dunia bagi tenaga boleh diperbaharui, dengan 9 gigawatt aset-aset yang sedang dibangunkan di seluruh Amerika Latin, Afrika dan juga Asia Tenggara. Pengumuman hari ini akan diikuti rapat oleh pemenuhan pembiayaan dan permulaan pembinaan fasa-fasa kedua dan ketiga Andes Renovables pada bulan-bulan akan datang."

Manuel Tagle, Pengurus Besar Mainstream untuk Amerika Latin berkata: "Kami amat berbangga dapat menerajui jalan dalam menyahkarbonkan sistem bekalan elektrik Chile selain merendahkan harga penjanaan kuasa di negara ini. Pengumuman pemenuhan pembiayaan Cóndor hari ini adalah amat penting, memandangkan empat projek baharu ini sahaja akan menggantikan lebih 656,000 tan metrik gas C02 setiap tahun. Di samping itu, dengan tambahan 2.7 gigawatt saluran aset pembangunan angin dan solar, yang paling pelbagai dari segi geografi di negara ini, kami komited untuk memberi sumbangan yang malah lebih besar pada dekad-dekad akan datang."

Pada tahun 2016, Mainstream merupakan pemenang terbesar dalam lelongan tenaga elektrik neutral-teknologi yang terbesar seumpamanya di Chile, mengambil 27% daripada jumlah kapasiti yang diperuntukkan. Suruhanjaya Tenaga Kebangsaan Chile menganugerahi Mainstream dengan kontrak berkaitan indeks dan berdenominasi AS dolar selama 20 tahun, untuk membekalkan kuasa teguh 3,366 Gigawatt Jam bermula pada tahun 2021. Mainstream juga telah menyerahkan tambahan 332 MW penjanaan angin di Chile melalui Platform Aela bersama rakan kongsi usaha samanya Actis, bagi menyerahkan ladang angin pertamanya untuk memulakan operasi komersial pada tahun 2014.

Catatan untuk Editor:

Maklumat Projek Terperinci

Fasa 

Nama 

Angin laut MW

PV Solar MW

Operasi Komersial 

1

Cóndor

3 aset (426MW)

1 aset (145MW)

2021

2+3

Huemul &
Copihue

4 aset (525 MW)

2 aset (205 MW)

2021 & 2022



Fasa satu – Aset-aset Cóndor

Nama
Aset
 

Teknologi 

Kapasiti

MW

Wilayah 

Operasi
Komersial

Pembekal
peralatan
 

Kontraktor
pembinaan
 

Tchamma

Angin
laut

157

Antofagasta

2021

Siemens
Gamesa

Sacyr
Industrial

Cerro
Tigre

Angin
laut

185

Antofagasta

2021

Vestas

Elecnor

Alena

Angin
laut

84

Biobío

2021

Nordex
Acciona

Sacyr
Industrial

Río
Escondido

PV Solar

145

Atacama

2021

Kontrak EPC penuh:

Sterling & Wilson


571
MW


Latar Belakang Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power ialah satu-satunya pembangun bebas di dunia bagi aset-aset kuasa angin dan solar berskala utiliti dengan jejak global. Syarikat memberi tumpuan untuk menyediakan portfolio yang berkualiti tinggi melibatkan lebih 9 GW aset-aset angin dan solar di seluruh Amerika Latin, Afrika, Asia Pasifik serta sektor angin Luar Pesisir seluruh dunia.

Mainstream telah menyerahkan lebih 800 MW aset-aset angin dan solar untuk memulakan operasi komersial dan kini sedang membina tambahan 1.5 GW di seluruh Amerika Latin dan Afrika.

Di Chile, 1.3 GW aset-aset angin dan solar yang berkontrak sepenuhnya dan milik penuh Mainstream berada di landasan untuk mencapai operasi komersial mulai tahun 2021. Di Afrika, syarikat telah menyerahkan 600 MW aset-aset angin dan solar untuk memulakan operasi komersial di Afrika Selatan dan kini mempunyai 250 MW aset-aset angin yang sedang dibina di sana. Melalui usaha sama Lekela Power di Afrika, ia mempunyai 410 MW aset-aset angin yang sedang dibina di Senegal dan Mesir.    

Mainstream ialah peneraju dunia bagi pembangunan aset-aset angin luar pesisir. Ia berjaya membangunkan 3.5 GW projek angin luar pesisir di UK daripada konsep awal, kepada persetujuan dan ke peringkat sedia untuk dibina. Ini termasuk ladang angin luar pesisir yang terbesar di dunia; projek-projek Hornsea 1 dan Hornsea 2 yang kini sedang dibina di UK. 

Pembangunan projek angin luar pesisir 800MW Soc Trang Mainstream di Vietnam merupakan pembangunan tenaga boleh diperbaharui tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Syarikat menandatangani perjanjian dengan Eni, syarikat tenaga global untuk berkolaborasi berhubung pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi di seluruh Afrika, Asia Tenggara, dengan tumpuan awal diberikan pada Pusingan 4 luar pesisir UK.

Mainstream telah mengumpul lebih EUR2.1 bilion bagi pembiayaan projek setakat ini dan menggaji 260 kakitangan merentas lima benua.

www.mainstreamrp.com 

Hubungi:
Emmet Curley, Ketua Komunikasi & Penentu Kedudukan
Telefon: +353 86 2411 690
Emel: emmet.curley@mainstreamrp.com 

 

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Accounting news, issues New products/services Natural Disasters