omniture

Parallel Wireless Bantu Realisasikan Visi OpenRAN MTN seluruh Afrika

Parallel Wireless
2019-11-14 22:05 135

MTN bersedia menggunakan 5,000 tapak OpenRAN dalam 21 operasi mereka   

NASHUA, New Hampshire, 14 November 2019 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., syarikat OpenRAN terkemuka berpangkalan di A.S. yang menyediakan satu-satunya penyelesaian OpenRAN hujung-ke-hujung tentuan perisian di dunia untuk liputan dan kapasiti, hari ini mengumumkan bahawa MTN, salah sebuah syarikat telekomunikasi yang terbesar di dunia, bersedia untuk menggunakan lebih 5,000 tapak dalam seluruh 21 operasi mereka, membawakan ketersambungan 2G, 3G dan 4G menggunakan OpenRAN Parallel Wireless ke kawasan-kawasan yang dahulunya tidak terhubung.

Afrika ialah benua yang paling terpisah secara digital yang mempunyai hanya 44% pengguna mudah alih unik. Rangkaian 2G, 3G atau 4G tradisional memerlukan peralatan yang mahal dan sangat besar bagi tujuan penggunaan dan operasinya. Rangkaian berasaskan perkakasan ini adalah sukar dan mahal untuk dinaik taraf.

Parallel Wireless mendayakan peralihan kepada seni bina rangkaian OpenRAN terbuka, berasaskan perisian dan maya bagi menangani cabaran penggunaan ini, di samping turut menyampaikan ketangkasan rangkaian dan kos penggunaan serta penyelenggaraan yang jauh lebih rendah.

OpenRAN Parallel Wireless telah menunjukkan prestasi yang amat mantap, kualiti perkhidmatan serta faedah-faedah kos dan dalam masa yang sama buat pertama kalinya menyampaikan secara serentak kesemua 3 teknologi RAN (2G, 3G, 4G/LTE) kepada pelanggan komersial.

Apa yang membuatkan penyelesaian OpenRAN Parallel Wireless unik?

  • Stesen utama berasaskan GPP tentuan perisian berbilang teknologi membolehkan MTN untuk menggunakan sistem 2G dengan teknologi 2G maya sepenuhnya dan untuk melaksanakan 2G, 3G dan 4G secara serentak pada stesen utama yang sama untuk menyediakan perkhidmatan data dan suara komersial kepada pelanggan MTN di seluruh Afrika, di kawasan bandar dan luar bandar negara berkenaan. RRU berbilang teknologi merupakan tentuan perisian, mudah digunakan serta diselenggara dan boleh dinaik taraf dengan perisian kepada 5G.  
  • Pengawal OpenRAN merupakan satu-satunya platform perisian dalam industri yang memayakan SEMUA G RAN dan fungsi-fungsi utama (iaitu vBSC untuk 2G, vRNC untuk 3G, sel kecil dan get laluan teras untuk 4G) bagi mengurangkan kos RAN menerusi pemudahan, pengautomatan melalui SON waktu sebenar dan kemayaan penuh rangkaian. Ia turut menyediakan mobiliti lancar, pelepasan setempat dan kependaman rendah untuk pengalaman pelanggan yang terbaik buat pelanggan MTN. Perisian tersebut membolehkan seni bina OpenRAN dengan menggunakan antara muka berasaskan standard dan terbuka antara komponen rangkaian dan hasilnya, mendayakan ekosistem OpenRAN. Ia juga memudahkan pengurusan dan penyepaduan rangkaian produk-produk RAN baharu kepada teras rangkaian melalui lapisan pengautomatannya dan membolehkan evolusi teknologi yang jelas dan berkesan kos.

Kata-kata sokongan

Rob Shuter, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MTN Group, berkata, "Pasukan Teknologi Kumpulan kami telah mempelopori OpenRAN, menyelesaikan percubaan lapangan di Zambia pada tahun 2018 dan menggunakan tapak komersial dari awal tahun 2019. Kami memberi tumpuan untuk mencipta penyelesaian RAN baharu yang berdaya maju bersama-sama penggunaan tradisional pembekal teknologi rangkaian bagi tujuan mempercepatkan peluasan luar bandar dalam pasaran-pasaran kami."

Christoph Fitih, Pengarah Jualan, Afrika, Parallel Wireless, berkata, "Sebagai salah satu penyedia komunikasi yang inovatif, MTN memahami potensi sebenar untuk meningkatkan liputan dengan menerima seni bina rangkaian baharu, seperti OpenRAN. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTN untuk penggunaan ini agar berupaya menghubungkan yang tidak terhubung sebelum ini tanpa membuat pelaburan modal yang banyak yang dikaitkan dengan penggunaan rangkaian legasi. Dengan mengubah rangkaian kepada OpenRAN maya, MTN boleh membawa persekitaran awan (cloudify) untuk rangkaian mereka bagi memberi liputan kepada setiap pelanggan pada kos yang jauh lebih rendah. Liputan tanpa wayar berkos rendah akan merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan infrastruktur dan mengurangkan kos untuk pengguna bagi memastikan akses kepada ketersambungan dengan teknologi terbaik dan tidak meninggalkan sesiapa di belakang."

Lux Maharaj, Pengarah, Jualan Afrika Parallel Wireless, berkata, "Kami komited terhadap peranan kami untuk menginovasi dalam ekosistem OpenRAN bagi membantu MTN merapatkan jurang digital di seluruh Afrika. Dengan menyahgandingkan perisian RAN boleh atur cara daripada perkakasan dan membolehkannya beroperasi pada platform pemprosesan tujuan umum, Parallel Wireless mendayakan seni bina natif-awan, lalu menyediakan kefleksibelan yang lebih besar buat MTN. Hasilnya, kos yang dikaitkan dengan pembinaan rangkaian mudah alih 2G 3G 4G dikurangkan dan ketersambungan dapat dibawa kepada setiap individu di seluruh benua Afrika. Kami berbangga kerana dapat menyokong MTN dalam memperbaharui semula infrastruktur tanpa wayar agar berkos lebih rendah bagi menjamin akses yang lebih sama rata kepada ketersambungan."

Latar Belakang Parallel Wireless
Parallel Wireless ialah satu-satunya syarikat berpangkalan di A.S. yang mencabar vendor legasi dunia dengan satu-satunya penyelesaian OpenRAN didayakan perisian SEMUA G (5G/4G/3G/2G) yang seragam dalam industri. Perisian rangkaian natif-awannya menakrifkan semula ekonomi rangkaian untuk pengendali mudah alih global dari segi penggunaan liputan dan kapasiti, di samping turut membuka laluan untuk 5G. Syarikat terlibat dengan lebih 50 pengendali terkemuka di seluruh dunia. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam penyelesaian RAN maya terbuka, berbilang teknologi telahpun diiktiraf menerusi lebih 65 anugerah industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1004727/PW_FullColor_CMYK_Logo.jpg

Source: Parallel Wireless
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Contracts