omniture

Xinhua Silk Road: Heilongjiang Timur Laut China lancar jerayawara pelancongan musim sejuk di Beijing

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-15 04:27 447

BEIJING, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Wilayah Heilongjiang di Timur Laut China mengadakan promosi pelancongan musim sejuk pada hari Ahad di Beijing, menandakan jerayawara pelancongan musim sejuk wilayah ini telah dilancarkan.

Zhang Lina, pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Heilongjiang, memperkenalkan pelancongan musim sejuk Heilongjiang di acara ini.
Zhang Lina, pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Heilongjiang, memperkenalkan pelancongan musim sejuk Heilongjiang di acara ini.

Zhang Lina, pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Heilongjiang, memperkenalkan pemandangan musim sejuk romantis, rumah peranginan selesa dan produk pelancong yang mengujakan di wilayah ini serta mengundang jemputan mesra dan ikhlas kepada para tetamu yang hadir termasuk peminat kembara rakyat China dan kerakyatan asing.

Pada acara ini, selebriti memainkan peranan sebagai hos Heilongjiang untuk mengesyorkan aktiviti hiburan, makanan, tarikan pelancong dan laluan perjalanan. Berdasarkan permintaan pelancong untuk menikmati pengalaman destinasi kembara, acara ini mengesyorkan pelbagai pilihan untuk pengalaman lebih baik.

Persembahan tarian luncur ais semasa acara promosi.
Persembahan tarian luncur ais semasa acara promosi.

Teknologi realiti maya juga diguna pakai untuk membolehkan para tetamu menikmati sukan musim sejuk dan menonton pemandangan musim sejuk di 13 bandar di wilayah ini serta makanan tempatan juga dipamerkan.

Dimaklumkan bahawa acara ini secara rasminya membuka tirai jerayawara Heilongjiang untuk promosi pelancongan musim sejuk bagi musim ini, dan acara ini akan terus mempromosikan produk pelancongan musim sejuknya di bandar Shanghai dan Guangzhou pada pertengahan dan akhir November.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309307.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2639677-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2639677-1-b?lang=0

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Publishing/Information Service Travel New products/services