omniture

UOB Asset Management dan Value3 Advisory bakal lancar platform penilaian kredit didayakan-AI di ASEAN untuk pelaburan bon lebih cekap

UOB Asset Management
2019-11-15 16:51 295

SINGAPURA, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- UOB Asset Management Ltd (UOBAM) dan Value3 Advisory Pte. Ltd. (Value3)[1], sebuah syarikat baharu teknologi kewangan (FinTech), hari ini mengumumkan kolaborasi mereka untuk melancarkan penilaian kredit didayakan-kecerdasan buatan (AI), penyelidikan dan perkhidmatan pelaporan di ASEAN. Melalui kolaborasi mereka, kedua-dua organisasi menyasarkan untuk membantu pelabur-pelabur bon memperoleh pandangan kredit pada waktu sebenar agar dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih berkesan. UOBAM akan turut memanfaatkan AI bagi meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pandangan pasaran pasukan pendapatan tetapnya.

UOBAM akan menggabungkan kepakaran pelaburan serantaunya dengan teknologi pembelajaran mesin dan pemprosesan bahasa tabii Value3 untuk analitik prediktif yang teliti bagi data kewangan dan bukan kewangan penerbit bon korporat ASEAN yang dikumpul daripada pelbagai sumber. UOBAM akan turut menyediakan pandangan pasaran dan industri serantau bagi membantu Value3 memperkenalkan platform-AI[2] AlgoCRED proprietarinya di ASEAN, portal dalam talian yang menawarkan penilaian, penyelidikan dan pandangan kredit automatik untuk bon korporat rantau ini, termasuk bon tidak dinilai[3]. Penilaian kuantitatif dan kualitatif yang automatik kemudiannya akan dijalankan bagi memperoleh penilaian kredit, mewujudkan penunjuk risiko kredit dengan amaran waktu sebenar dan untuk menghasilkan laporan penilaian kredit yang terperinci.

Buat julung kalinya, pengurus aset, firma khidmat nasihat kewangan dan pelabur institusi akan berupaya untuk mengakses penilaian[4] kredit bebas untuk bon tidak dinilai di ASEAN dengan melanggan platform-AI AlgoCRED. Ini akan membolehkan pelabur bon untuk menilai kebolehpercayaan kredit penerbit dan merit pelaburan terbitan dengan lebih tepat.

[1] Value3 ialah finalis bagi Anugerah FinTech 2019 di Festival FinTech Singapura.

[2] Platform-AI AlgoCRED Value3 kini boleh didapati di Switzerland, meliputi kira-kira 1,400 bon franc Swiss.

[3] Rujuk kepada bon yang belum menerima penilaian kredit daripada satu atau lebih daripada tiga agensi penilaian global: Fitch, Moody's dan Standard & Poor's. 

[4] Penerbit bon korporat tidak perlu membayar yuran untuk terbitan mereka bagi memperoleh penilaian kredit pada platform-AI AlgoCRED.

En. Chong Jiun Yeh, Ketua Pegawai Pelaburan (Ekuiti dan Pendapatan Tetap) UOBAM, berkata, "Di seluruh ASEAN, banyak penerbit bon korporat mungkin menghindar daripada mencari penilaian untuk terbitan bon mereka lantaran yuran tinggi yang mungkin ditanggung atau masa yang diperlukan untuk memperoleh dan mengekalkan penilaian berkenaan. Hasilnya, pelabur-pelabur termasuk pengurus-pengurus aset seperti UOBAM perlu bergantung pada sumber-sumber dalaman untuk menentukan merit pelaburan terbitan. Keterlihatan lebih tinggi penilaian kredit bagi penerbit bon akan turut membantu memberi manfaat kepada pasaran hutang korporat di rantau ini."

En. Abhinav Mishra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Value3, berkata, "Institusi-institusi kewangan berbeza biasanya akan bergantung pada metodologi mereka sendiri untuk menetapkan penilaian kredit kepada bon tidak dinilai, membawa kepada penilaian yang tidak konsisten dalam pasaran. Melalui kolaborasi kami bersama UOBAM, kami akan membawa platform-AI AlgoCRED proprietari dan memenangi anugerah kami ke ASEAN bagi menangani permintaan terhadap perkhidmatan penilaian kredit terpiawai untuk bon tidak dinilai. Ini akan membantu penerbit korporat, khususnya perusahaan bersaiz kecil dan sederhana, menjadi lebih telus dalam pendedahan mereka dan untuk menarik lebih ramai pelabur untuk bon mereka."

UOBAM akan turut bekerjasama dengan Value3 untuk menerapkan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam model penilaian kredit eksklusif pada platform-AI AlgoCRED bagi memudahkan usaha-usaha pelaburan bertanggungjawabnya sendiri.

En. Chong berkata, "UOBAM mempunyai rekod prestasi[5] yang mantap dalam pelaburan pendapatan tetap dan komited untuk menggunakan teknologi bagi memperkukuh keupayaan kami. Melalui kolaborasi kami dengan Value3, kami akan menerokai AI untuk mengautomasikan proses penyelidikan dan penilaian kredit kami dan menjadi lebih cekap dalam penilaian pendapatan tetap serta pengurusan pelaburan kami."

Penilaian kredit, penyelidikan dan perkhidmatan pelaporan dijangka akan mula dilancarkan di Singapura pada Disember 2019 dan kemudiannya dalam pasaran-pasaran ASEAN yang lain.

[5] UOBAM dinamakan syarikat unit amanah pendapatan tetap terbaik menerusi pelbagai anugerah industri. Sila rujuk https://www.uobam.com.sg/about-us/awards.page untuk senarai penuh anugerah.

Latar Belakang UOB Asset Management

UOB Asset Management Ltd (UOBAM) ialah subsidiari milik penuh United Overseas Bank Limited. Ditubuhkan pada tahun 1986, UOBAM telah mengurus skim pelaburan kolektif dan tabung budi bicara di Singapura selama lebih 30 tahun. Kini, kami mengurus 56 unit amanah di Singapura dan merupakan salah satu pengurus unit amanah yang terbesar dari segi aset bawah pengurusan. Setakat 30 September 2019, UOBAM dan subsidiari-subsidiari kami mengurus kira-kira S$35 bilion (US$25.3 bilion) dalam aset-aset pelanggan.

UOBAM hadir secara meluas di Asia menerusi pejabat-pejabat perniagaan dan pelaburan serantau di Brunei, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand. Jaringan kami melibatkan UOB Alternative Investment Management Pte. Ltd dan UOB Islamic Asset Management Sdn Bhd di Malaysia. Kami mempunyai dua usaha sama: Ping-An Fund Management Company Limited (China) dan UOB-SM DS Asset Management Pte Ltd (Singapore). Di samping itu, kami menjalin pakatan strategik dengan UTI International (India) dan Wellington Management Singapore. UOBAM ialah salah sebuah syarikat pengurusan dana yang paling banyak menerima anugerah, memenangi 'Syarikat Unit Amanah (Fund House) Asia Terbaik Tahunan' di AsianInvestor Asset Management Awards 2019, 'Bank Pelaburan Terbaik dalam Asian G3 Bonds' - Tempat ke-4 di The Asset Benchmark Research Awards 2019, 'Firma Pengurusan Aset Terbaik Singapura' dan 'Syarikat Unit Amanah Pendapatan Tetap Asia Terbaik Singapura' di International Finance Awards 2018 serta anugerah 'Syarikat Unit Amanah Pendapatan Tetap Asia ' di Morningstar Awards 2017.  

Latar Belakang Value3 Advisory

Value3 Advisory Pte Ltd (Value3) ialah sebuah syarikat Teknologi Kewangan (FinTech) B2B yang menawarkan platform-AI pasaran modal untuk penilaian kredit, penyelidikan, ESG dan analitik bebas, prediktif dan automatik sepenuhnya.

Platform ini memperkasa pelabur bahagian belian dan pengurus risiko dengan proses membuat keputusan yang lebih baik menerusi pemilihan portfolio mereka, pemantauan risiko dan penunjuk amaran awal. Bahagian jualan diperkasa oleh kebolehan untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih baik dan memperoleh pandangan yang lebih mendalam dengan 80% daripada tugasan mereka diautomasikan dalam platform ini. Platform ini membolehkan institusi kewangan, pelabur dan penyelidik untuk menyepadukan pandangan dalaman selain keputusan dipacu AI. Platform ini turut menyediakan keterlihatan pelaburan pasaran modal untuk PKS/PMKS yang berkualiti baik berdasarkan faktor-faktor ESG dan kriteria saringan SDG.

Value3 menggabungkan data kewangan dengan jejak digital dalam talian tidak berstruktur, berita tempatan dan global, peristiwa korporat/kawal selia, tadbir urus, penggunaan tenaga, faktor-faktor persekitaran, sentimen pasaran, geopolitik, demografi, antara hubungan global, trend industri serta pola syarikat-syarikat daripada pelbagai sumber untuk menukarkan beban lebih data kepada pandangan yang boleh diambil tindakan. Platform ini berkeupayaan untuk meliputi kedua-dua syarikat awam dan swasta daripada semua saiz merentas lebih 30 industri di seluruh dunia. Pelanggan-pelanggan aktif daripada pasaran Singapura, Eropah dan India memanfaatkan keupayaan-AI daripada platform ini.

Ibu pejabat Value3 terletak di Singapura dengan kehadiran di Eropah dan juga India. Value3 ialah sebuah syarikat FinTech dan AI yang memenangi anugerah, memenangi 'Anugerah Syarikat Baharu FinTech Terbaik' di Persidangan Pelaburan Bloomberg IMAS 2019 di Singapura, 'Syarikat Baharu FinTech Terbaik di bawah kategori Pelaburan dan Pengurusan Kekayaan' sempena Hari FinTech Nasscom India Day 2019, 'Syarikat Baharu FinTech Paling Disruptif' di Money20/20 Asia 2019 di Singapura, Platform-AI Terbaik untuk Pasaran Modal' di Wealth&Finance 2019 di UK, 'Penyelesaian Pengurusan Kekayaan 10 Terbaik' di Banking CIO Outlook 2019 di Eropah dan 'Anugerah Produk FinTech Paling Inovatif' di Forum FinTech India 2018.

Notis Penting & Penafian: Bahan penerbitan ini tidak boleh disalin atau disebarkan, atau menjadi pergantungan oleh mana-mana individu untuk tujuan apa pun. Maklumat di sini diberikan secara umum tanpa kewajipan dan hanya sebagai maklumat sahaja. Bahan penerbitan ini bukanlah tawaran, permintaan, cadangan atau nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana produk pelaburan, termasuk mana-mana skim pelaburan kolektif atau saham-saham syarikat-syarikat yang disebutkan di dalam dokumen ini. Walaupun setiap perhatian yang munasabah telah diberi bagi menjamin ketepatan dan objektiviti maklumat yang terkandung dalam bahan penerbitan ini, UOB Asset Management Ltd ("UOBAM") dan pekerjanya tidak akan dipertanggungjawabkan untuk apa-apa kesalahan, ketidaktepatan dan/atau pengabaian, walau apa pun yang menyebabkannya, atau apa-apa keputusan atau tindakan yang diambil berdasarkan pandangan yang dinyatakan atau maklumat dalam bahan penerbitan ini. Maklumat yang terkandung dalam bahan penerbitan ini, termasuk mana-mana data, unjuran dan andaian asas adalah berdasarkan andaian tertentu, ramalan pengurusan dan analisis maklumat yang tersedia dan memperlihatkan keadaan semasa dan pandangan kami setakat tarikh bahan penerbitan ini, kesemuanya tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis. Sila ambil maklum bahawa graf, carta, formula atau peranti lain yang dinyatakan atau dirujuk dalam dokumen ini tidak boleh, dengan sendirinya, digunakan untuk menentukan dan tidak akan membantu mana-mana individu untuk memutuskan produk pelaburan untuk dibeli atau dijual, atau bila untuk membeli atau menjual produk pelaburan. UOBAM tidak menjamin ketepatan, kecukupan, ketepatan masa atau kelengkapan maklumat dalam dokumen ini untuk apa-apa tujuan tertentu, dan dengan jelas menafikan liabiliti untuk apa-apa kesilapan, ketidaktepatan atau pengabaian. Apa-apa pendapat, unjuran dan kenyataan pandang ke hadapan lain berhubung peristiwa atau prestasi masa depan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, negara, pasaran atau syarikat tidak semestinya menunjukkan, dan boleh berbeza daripada peristiwa atau keputusan sebenar. Tiada apa-apa dalam bahan penerbitan ini yang boleh dianggap perakaunan, undang-undang, pengawalseliaan, cukai atau nasihat lain. Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini tidak memberi perhatian kepada objektif tertentu, keadaan kewangan dan keperluan khusus bagi mana-mana individu tertentu. Anda mungkin ingin mendapatkan nasihat daripada ahli profesional atau penasihat kewangan bebas tentang isu-isu yang dibincangkan dalam dokumen ini sebelum melabur dalam mana-mana produk pelaburan atau insurans. Sekiranya anda memilih untuk tidak mendapatkan nasihat berkenaan, anda perlu mempertimbangkan dengan teliti sama ada produk pelaburan atau insurans yang berkenaan sesuai untuk anda.

Source: UOB Asset Management
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology